❝After this moment
I’m not sure if we can go back
To being natural
But I have to
I like you
I tried holding it back
But I can’t anymore
Now I can tell you
I want to love you❞
Eul menggeliatkan sedikit badannya, leher diteleng ke kiri dan ke kanan, terasa lenguh badan selepas agak lama duduk didalam bilik hospital Hoseok ditempatkan.
Dia kini berjalan tanpa arah tuju didalam hospital itu, hanya mengambil angin dan menghilangkan kebas di kaki. Hoseok masih tidak sedarkan diri walaupun sudah dua minggu sejak pembedahan hatinya.
Sehingga dia terlanggar seseorang dan kertas mula bertaburan diatas lantai. Mata Eul membulat, dia mula tersedar. "Ah... Saya minta maaf...", ucap Eul sambil mencangkung, menolong orang itu mengutip kertas-kertas diatas lantai.
Perempuan yang dilanggar oleh Eul memakai kot putih berkata, "Eh... Tak adalah... Saya yang kelam kabut nak hantar laporan ni...", ujar perempuan itu. Eul menyerahkan kertas yang dikutipnya kepada perempuan itu. Agaknya dia ini doktor, telah Eul apabila melihat pakaian perempuan itu.
Perempuan itu mengangkat wajah dari mengutip kertas. "Terima kasih.", ucap perempuan itu. Mata Eul membulat melihat wajah itu.
"Eh... Cik bukan ke... Awek yang pergi DHC dengan Hoseok? Kan?", Eul bertanya dengan kerutan didahi. Minda Eul mula teringat kepada DHC beberapa bulan yang lepas. Inilah perempuan yang kelihatan bersama Hoseok!
"Ha?", tanya perempuan itu dengan terpinga-pinga. "Hoseok?", mereka mula berdiri dan memandang satu sama lain.
"Saya, Yoon Jiseul...", perempuan itu menghulurkan tangannya untuk berjabat, "Salah seorang doktor di Hospital Haeseong. Juga doktor yang ditugaskan untuk memantau kesihatan Hoseok. Awak?", ucap Jiseul dengan senyuman dibibir. Eul ternganga. Dia pula yang keliru.
Dengan sedikit lambat, Eul berjabat tangan dengan perempuan itu. "Ah... Saya, Noh Eul. Kawan baik Hoseok.", Eul tersenyum kecil.
ㅡㅡㅡ
"Jadi... Cik Jiseul ni... Doktor yang ditugaskan untuk memantau kesihatan Hoseok?", Eul meminta kepastian lagi. Jiseul mengangguk. Kini mereka berada di kafeteria Hospital Haeseong setelah Jiseul menghantar laporannya ke doktor lain.
Kebetulan pula Jiseul mempunyai waktu senggang, mereka memutuskan untuk minum bersama di kafeteria Hospital Haeseong. Eul masih tidak mempercayai hakikat bahawa Jiseul seorang doktor disini.
Jiseul mempunyai wajah yang muda, layak untuk dikatakan sebaya dengan Eul dengan wajah sebegitu. Rupa-rupanya, Jiseul ialah seorang doktor.
"Sebab itu ke cik Jiseul ada dengan Hoseok waktu DHC?", Eul bertanya lagi. Jiseul mengangguk.
"Yalah... Keadaan hati dia tidak stabil, jadi saya fikir ada eloknya saya ikut dia ke DHC. Lagi lagi dia menari.", Jiseul memberikan penjelasan. Eul ternganga sebelum bersandar pada kerusi.
"Jaㅡjadi... Cik ni... Bukan perempuan yang Hoseok suka?", tebak Eul. Jiseul yang menghirup tehnya sedikit tersedak. Pantas Jiseul menggelengkan kepala.
YOU ARE READING
1-4-3 » jung hoseok
FanfictionNoh Eul, seorang pelajar perempuan yang terkenal sebagai gangster di Kirin High School. Bergaduhnya nombor satu, seluruh sekolah takut dengannya, termasuk pelajar lelaki. Lebih terkenal sebagai the legendary Noh Eul dalam dunia gangsternya. Sering m...