4|Kehilangan

874 21 2
                                    

"Qai. Jom pergi kelas. Hari ini kita prep kat kelas. Lepas ni pun sama. "Ajak Mawar.

"Perlu ke? Napa tak kat dorm macam selalu? "Soalku. Malaslah nak jalan. Bukan aku ada kerja pun. Baru first week pun.

"Nope. Lagipun, buku kita pun banyak kat sekolah. So, lagi senang. "Terang Mawar. Aku hanya akur. Tudung disarung dengan tak rela. Mp3 dipasang. Lagu The Weekends menjadi pilihan.

Tote bag tertulis ROSE diambil. Hanya diisi telefon dan purse. No book. Langkah diatur ke kelas yang terletak agak jauh dari asrama.

"Qai. Ramai tau jealous kau rapat ngan Adam. "Kata Adha.

"Apasal pula? Aku bukan ada relay pun ngan Adam. "Kataku. Pehal diorang nak jealous. Pikir aku hadap sangat Adam tu. Aku ada Mikael lah. Adha diam membisu. Adha, Ruby dan Mawar duduk segroup. Aku bersendirian. Belum ada hasrat nak buat kawan.

Kerusi ditarik sebelum aku menghempaskan punggung di atasnya. Boring lah. Aku melangkah keluar dari kelas.

"Qai... "Jerit Mawar. Tak aku endahkan. Aku bukan budak kecil lagi. Langkah diatur ke belakang blok. Tempat biasa aku lepak. Memang gelap tapi aku tak takut pun. Aku rasa lebih tenang kat sini. iPhone 8 Plus dikeluarkan. Ada 100 miss call. 123 mesej. Dari papa dan mama. Malas nak kisah. Pehal nak sibuk pasal aku pula. Tak pernah nak call aku except ada emergency je.

Ikon Instagram dibuka. Ada 40 noti baru. 30 new follower. 10 comment on your picture. Semak.

iPhone dimatikan. Boring. Ada sejam lagi untuk habis prep.

Zass

Ada lembaga tadi lalu. Mungkin tak perasan aku. Aku ikuti langkah lembaga itu. Berhoodie hitam dan berkasut kulit.

Lembaga itu menggali sedikit tanah basah di tepi pagar. Ada tali untuk menarik pintu kecil ke seberang sana. Lembaga itu terus berlalu. No way . Aku pun nak ikut. Lembaga itu sudah selamat sampai ke sebelah sana.

Aku terus mengikuti lembaga itu. Pintu kecil itu muat untuk aku. Aku curious. Siapa lembaga itu? Lelaki ke perempuan? Dia pun muat nak lalu.

Aku membersihkan bajuku yang terkena selut sedikit. Yes, aku bebas. Aku bebas dari asrama itu. Ok, sekarang ni aku tak buat persediaan so maybe tak boleh nak keluar sekarang.

Aku kembali ke dalam asrama.

Pap

Adam. Di hadapanku.

"Kenapa kau ada kat sini? Tahukan sekarang prep? "Soal Adam. Aku membuka tudung. Rimas.

"Mana kau tahu aku kat sini? "Balasku. Tak puas hati tempat lepak aku ada yang tahu.

"Tak kisahlah. Ni kenapa kau berselut? "Aku menggeleng. Tak akan aku dedahkan penemuan aku.

"Terjatuh tadi. Licin. "Bohongku.

"Kau tahu tak?P.. "

"Tak nak tahu. Boleh pergi? "

"No. Perempuan yang kau jumpa tadi pagi dah tak ada. Dia dah meninggal dunia. Baru tadi aku dapat berita. "Laung Adam. Terhenti langkahku.

What? No way. Aku dah tak ada sesapa. Mak Esah!!!!!!

****

"Aalia. Mari sini. Aku sudah siapkan santapan enak untuk kau. "Panggil Mikael. Aku turut.

Sungguh banyak makanan di atas meja. Sajian utama, Kambing panggang tersusun rapi di atas meja. Lauk sampingan seperti salad campuran dan coslow tersusun ditepi. Kentang putar pun ada.

"Mari, kekasihku. Duduk di sebelahku. "Mikael menarik keluar sebuah kerusi di sebelahnya. Aku labuhkan punggung di kerusi tersebut. Pinggan yang berisi tulang rusuk kambing, sedikit kentang putar dan coslow dihadapanku dipandang.

"Aalia. Kenapa tak santap? Lelah aku masak untuk kau. "Soal Mikael. Pantas aku mengambil pisau dan garfu. Sedikit daging dipotong dan dimasukkan ke dalam mulut. Sedap. Pantas aku menyuap lagi daging tersebut. Belum pernah aku rasa daging seenak ini di alam nyata.

Usai makan, aku menterbalikkan pisau dan garfu. Adab santap di istana. Mulut yang comot dengan kesan rempah daging dilap dengan napkin yang dari tadi diletakkan di atas peha.

"Sudah selesai? Mari aku tunjukkan kejutan untuk kau. "

Mikael melangkah ke sebuah bilik yang amat besar. Ditolak pintu yang amat besar itu. Terpampang jelas sebuah galeri yang terkandung pelbagai jenis lukisan. Ada sebuah lukisan terselindung di balik kain baldu berwarna biru.

Mikael mendekati lukisan itu.

"Sepanjang kau tiada, aku habiskan masa dengan melukis potret indah wajahmu. Inilah hasilnya. Kau janji jangan tawa. "Ujar Mikael. Dengar sahaja ucapan Mikael sudah aku tawa. Maafkan aku, Mikael.

Mikael menyelak kain baldu biru berkenaan. Wah, sungguh indah nian. Ini ke hasil lukisan kekasihku? Seperti tangan pakar.

"Bagaimana pandangan kau? "Tanya Mikael. Aku mengangguk.

"Sungguh indah. Tidak kusangka hasilnya sungguh indah. Kau ada belajar seni ke? "Mikael tergelak.

"Mana ada. Pandai kau bercanda. Aku cuma membayangkan wajah kau dan PAP. Hasilnya sebegini. "Seloroh Mikael.

"Aku bercadang mahu menggantungkan potret ini di kamar beradu kita. Bagaimana pendapatmu? "

Aku membelek potret wajahku. Lekuk wajah, alis mata, bentuk bibir seakan serupa dengan wajahku. Betapa sengsaranya Mikael tanpaku disisinya.

"Boleh sahaja jika kau mengkehendakinya." ucapku. Mikael mengusap rambut ikalku yang separas pinggang.

"Nanti aku suruh pegawai untuk membingkainya dengan indah dan menggantungkannya di kamar. "Ucap Mikael.

Mataku tertancap pada jendela. Jelas terlihat taman bunga yang sangat indah dengan dekorasi minimalis. Dihiasi air pancutan bercorak angel yang sedang memanah cinta dan beberapa patung angel sedang berdiri yang sangat besar di situ. Haruman mawar dan lavender semerbak menghiasi taman. Membuatkan aku tertarik untuk memetik mawar tersebut.

Serasa pinggangku dipeluk dari belakang. Aku berpaling. Kekasihku, Mikael.

"Kau hendak ke taman? "Soalnya. Aku mengangguk. Tangan kasar yang memeluk pinggangku disentuh. Mikael mempererat pelukan kami.

"Mari. Aku pun sudah lama tidak ke taman sejak bunga di hati menghilang membawa diri. Rawan di hati tiada penawarnya. "Ajak Mikael. Aku tidak faham akan maksud Mikael namun dibiarkan sahaja.

Kami melangkah ke taman bunga. Bau haruman mawar semerbak menuduk hidung. Mawar merah di sebelah kiri laluan menarik perhatianku. Cuba disentuh.

"Mawar merah. Lambang cinta suci kita. Ditanam olehmu sebaik sahaja kita mendirikan rumah tangga. Kini, mawar merah sudah mekar berkembang . Semekar cinta kita. "Terang Mikael. Aku sudah lupa bahawa aku pernah menanam mawar ini.

Aku cuba memetik sekuntum mawar merah yang sedang berkembang.

Auchh!!!

--------------------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-

ASRAMAWhere stories live. Discover now