8|Segan

475 15 0
                                    

Mawar, Adha dan Ruby sedang ria mengemaskan barang-barang milik mereka. Walaupun balik cuma 2 hari, namun itu sudah mencukupi bagi kami yang bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh ini.

"Qai, kau balik KL ke? "Soal Mawar.

"Entahlah. Tak kut. Aku ingat nak sewa hotel je. Malaslah nak balik KL. Jumpa muka diorang lagi. "Balasku.

'Boleh jadi juga. Dari balik KL. '

"Kau serius ah, Qai? Asal tak nak balik je? "
Soal Ruby.

"Malaslah. Dahlah jauh. Kalau sewa hotel kat sini, bolehlah aku hang kat mall ke. "Ujarku.

"Oklah. Aku gerak dulu ke depan. Adam dah call aku. Katanya ibu dan walid dah sampai. Bye. "Mawar menyorong bagasinya dan menyandang beg sandang sebelum berlalu.

"Mana hotel murah kat sini eh? "Tanya ku.

"Hotel Katerina ke? Tak pun Novo Park? "Cadang Ruby.

Aku menaip Hotel Katerina pada carian google. Tempahan selama 2 hari 1 malam dibuat. Malam ini ingat nak lepak kat mapley ke. Or layan pub ke.

"Kau balik pukul berapa Adha? "Tanyaku. Ruby baru je chau sebaik sahaja mendapat panggilan daripada ibunya.

"Kejap lagi. Dalam pukul 5 petang. "Adha membelek komik mangga. Otaku detected.

"Aku gerak dulu. Nak shopping jap. "Aku berlalu dengan memakai baju kurung rasmi asrama.

Teksi yang baru sahaja ditelefon sudah sampai. Aku suruh singgah di stesen minyak. Pakaian baju kurung ini ditukar kepada legging berwarna grey dan t-shirt putih. Kasut sneaker putih juga dipakai.

Rambut pendekku yang mulai panjang dirapikan sedikit.

Usai sahaja menukar pakaian, aku terus ke mall.

My very first destination is spa. Aku nak potong rambut aku ni. Semaklah dah panjang. Lepas tu, aku nak ambil pakej massage. Pakej buat kuku juga diambil. Kenapalah kat bandar ni tak de sauna? Baru best. Hampir 3 jam di dalam spa, aku menuju ke bahagian pakaian dalam. Dah lama juga tak beli coli baru.

"Qai?? "

Aku menoleh. What? Adam? Apa dia buat kat sini?

Adam menundukkan kepalanya. Dah kenapa pulak?

"Apa kau buat kat sini? "

"Boleh letak benda itu dulu tak? "

"Benda.. "Aku baru terperasan aku sedang memegang coli berenda berwarna hitam. Pantas aku meletakkan kembali. Shit. Pehal depan dia juga?

"Dah. Angkatlah kepala. "

Seraya itu, Adam mengangkat kepalanya. Aduh, aku pulak yang kena dongak.

"Ermm. Apa kau buat kat sini? "

"Teman Mawar pergi Popular kat sebelah. Tak sangka jumpa kau pula kat sini. "

"Dah tau teman Mawar asal tak teman je? "

"Eh, janganlah emo. Ok, Qai. Sebenarnya aku nak mintak maaf kalau ada kata-kata aku yang buat kau sakit hati. Pasal mama papa kau tuh, aku tak patut masuk campur. I'm sorry eh. "Adam menghulurkan tangan. Aku menyambut. Namun belum sempat aku sambut, Adam mencuit hidungku. Pantas aku mencubit lengan Adam.

"Puan, boleh saya bantu? "Seorang amoi datang menggamit kami. 'Puan? '

"Saya belum.. "

"Kami ada koleksi terbaru untuk para isteri memikat suami. Hah, ini. Mana tahu, puan berminat? Encik pun suka. "Amoi itu menghulurkan sebuah coli berwarna merah. Memang kontra habislah dengan warna kulitku yang putih gebu ni.

"Err.. " Memang aku minat. Tapi takkan nak beli depan Adam pula kan? Aku mengerling Adam. Wajah putihnya sudah bertukar merah sedikit.

"Bagaimana,Encik? Berminat? "Tanya amoi tu lagi.

"Saya pilih ni lah. "Putus aku. Segan.
"Saiz apa ye, puan? "
"36B. "Slow je aku cakap. Malu weh.
"Hah? Takkan dengan suami sendiri pun malu? "
"Huh. 36B. "Aku berkata kuat sikit. Muka Adam dikerling sedikit. Kenapalah kau tak keluar?

"Ok, puan. Ada apa-apa lagi ke? "Amoi melipatkan coli itu.

"Tak. "
"Boleh bayar di kaunter. "Amoi itu menunjukkan kaunter pembayaran di bahagian dalam kedai itu.

"RM 120.00,puan. "Aku mengeluarkan dompet dari beg sandangku. Namun, sudah ada tangan yang menghulurkan kad debit kepada akak kaunter itu. Adam.

"No worries. My treat. "Bisik Adam yang berada di belakangku. Adam mengambil kembali kadnya selepas bayaran dibuat. Aku mengambil beg kotak dari Victoria Secret itu.

"Thanks. "Ucapku. Kami melangkah masuk ke Popular. Mawar sedang ralit membelek novel Melayu.

"Eh, Qai. Mana abang jumpa Qai? " 'Please jangan cakap kat VS. '

"Terserempak masa nak pergi sini. "

"Wow, VS siak!! "Jerit Mawar. Mujur tak kuat sangat. Segan aku doh.

"Ish, kau ni. "Marahku. Bengang aku.

"Abang belanja ke? "

"Mana ada. "Jawab aku. Err.. Adam pun menjawab sama.

"Woo, pasangan serasi siak. Baju pun dah sama. Putih suci murni. "Macam mana aku baru perasan baju kami sama? Patutlah ramai orang perhatikan kami. Hello, I'm not interested with Adam.

"Bisinglah kau. Kalau tak, abang cancel nak belanja kau. "

"Ok. Mawar nak pilih novel jap. "

"Novel je tahu. "

Lagu The Weekend yang menjadi nada dering telefonku berbunyi. Panggilan dari mama.

"Hello. "
"Where are you, Sara? "
"Sara tak balik. I'm stay in hotel. "
"Kenapa tak nak balik, sayang? "
"Malas. "
"Mama dan papa risau kalau Sara kena culik ke? Yelah, tadi cikgu call. Suruh ma datang mesyuarat PEWARIS Ahad nanti. And you know what, by? Mama dan papa boleh datang. "Ceria je suara Mama.
"Nope. Jangan datang. "Tegahku.
"Why, Baby? "
"Sara kata jangan datang. If not, Mama takkan nampak Sara lagi. "
Aku terus mematikan talian. Baru perasan yang Adam mendengar segala butir bicara aku. Tajam matanya merenung aku.

---------------------------
Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-





ASRAMAWhere stories live. Discover now