14|Buli

1.1K 15 0
                                    

Cara Delevingne As Mawar Asya
------------------------------------

"Korang dengar tak citer yang Cikgu Alvin kita tu minta cuti sebulan. Katanya pergi oversea. "Gosip si Ruby. Aku hanya diam. Bermain dengan pen.

"Hah? Sebulan? Oversea? Lamanya! Mana kau dapat cerita nih? "Tanya Adha.
"Si Mail bagi tau aku. "Jelas Ruby.
"Buat apa dia lama-lama kat sana eh?! "Soal Adha. Mawar hanya mengangkat bahunya.
"Aku rasakan dia tu sebenarnya anak orang kaya then dia menyamar jadi cikgu sebab nak cari pasangan hidup. "Telah Ruby.

Pap!

"Agaklah woi! "Rupanya Mawar yang membaling bantal kepada Ruby.

"Eleh jealouslah tu. Qai, kau tak rasa apa-apa ke? "Tanya Ruby.
"Rasa apa? "Kataku.
"Yelah, cikgu kau cuti sebulan. "
"Tak rasa apa-apa. Bukan aku kenal dia sangat pun".

Tok. Tok.

Puteri dan gengnya masuk ke dalam dorm kami.

"Erm, hai. Akak nak jumpa dengan Qai kejap. Boleh korang keluar tak? "Mawar, Adha dan Ruby pantas keluar dari dorm. Aku pula masih rileks bermain dengan pen sambil membaca buku Theology Theory.

"Aalia Qaisara! "Jerkahnya. Aduh, bingitlah. Aku terhenti.

"Pandang aku." Arahnya. Sorrylah, aku bukan senang nak diarahkan.

"Apa hubungan kau dengan Adam? Kenapa kau macam rapat je dengan Adam? "Soalnya. What? Adam? Aku? Rapat? Oh, man!

"Kak Puteri, saya tak ada apa-apa dengan Adam. Dia cuma abang kepada kawan saya dan ketua pengawas je. No specific relationship. "Bidasku.

Aku lihat senyumnya yang sinis.

"Kau fikir aku percaya? Abihtu apa kau buat kat rumah Adam? "Soal Puteri. Macam mana dia tahu?

"Bila kau nampak? "Dah tak ada rasa hormat aku kepadanya.

"Jadi kau admitlah. Good! Tak susah aku nak buat kau mengaku. "

"Hey, bitch! Kau dengar sini! JANGAN RAPAT DENGAN ADAM! Ingat,kau tu junior,aku ni senior!!"jerkahnya. Naik satu oktaf. Sebelum dia berlalu dari dorm kami.

Mawar, Ruby dan Adha pantas meluru kearahku. Aku cuba mengawal riak wajahku. Senyum nipis dihulurkan.

"Qai, kau ok tak? Kenapa kau macam nih? Apa yang terjadi? Aku dengar nama Abang Adam." Kedengaran nada kerisauan dalam ungkapan Mawar.
"Nothing. Aku boleh handle. "

***
"Semua berdiri. Baik mengaku siapa ada bawa bahan terlarang. Siapa bawa smartphone? "Jerkah Adam tetiba sebaik sahaja memasuki dewan. Baru sebentar tadi kami diarahkan berkumpul di dewan. Pintu dewan ditutup rapat. Tiada siapa dibenarkan keluar. Para pengawas berkawal di setiap pintu keluar. Apakah ini?
Pengawas lelaki memeriksa tubuh badan lelaki. Setiap mereka dipaksa membuka baju dan seluruh tubuh mereka diraba.
Pengawas perempuan pula memeriksa perempuan didalam sebuah bilik khas. Tali coli dibuka dan mereka dipaksa melompat. Seluruh tubuh diraba.

Manakala di dalam bilik dorm terdapat pengawas lain memeriksa barangan kami teasuklah luggage, bawah katil, dalam baldi dan dalam bantal. Sementara beberapa pengawas lain memeriksa kawasan sekolah untuk memastikan tiada pelajar dan mencari tempat yang sesuai untuk pelajar menyorokkan barangan haram seperti bawah tangga, dalam papan putih dan dalam kotak projektor. Boleh dikatakan, spot check besar-besaran.

Aku masih selamba walaupun aku tahu telefonku sudah diambil. Takpa, boleh beli lain. Tadi, usya juga IPhone X. Cantik. Esok, balik rumah boleh beli.

Usai semua pelajar diperiksa, kami dibenarkan duduk semula. Di dalam dewan yang dikawal ketat.
Tuan Zaki, Cik Najwa, Adam dan Puteri berada di hadapan. Tidak lupa juga, Cik Fazida dan Cik Kamelia sebagai warden blok perempuan. Encik Firdaus dan Encik Razak sebagai warden blok lelaki. Serius sekali muka mereka. Ditangan Adam dan Puteri, terdapat beberapa plastik hitam yang sarat dipenuhi barang. Barang rampasan barangkali.

"Kamu tahu apa ada di tangan saya dan Puteri? Inilah barang rampasan. Tak kira lelaki ke perempuan, semua bawa barang terlarang. Lepas ni, saya nak siapa rasa barang dia dirampas pergi ke hadapan. Mengaku dan kami akan berikan demerit sebelum awak boleh tuntut barang kamu hujung tahun. Kalau barangan elektronik, kena bawa ibu bapa kamu baru boleh tuntut semula. Faham?! "Jerkah Adam.

Usai Adam habis berucap, aku lihat sekumpulan lelaki mendapatkan Adam dan merayu kepadanya. Perempuan pula merayu pada Puteri. Namun, mereka hanya diberi peluang menuntut barang mereka hujung tahun biarpun mereka rela didemerit.

Kesian. Aku hanya berdiam. Sepantas waktu berlalu, makin ramai yang meninggalkan dewan selepas fed up dengan rayuan mereka ditolak. Para warden pula sibuk berbincang. Tinggal Adam dan Puteri yang sedang berbincang. Sebelum mereka menyedari hanya tinggal aku di dalam dewan itu.

"Kenapa kau kat sini lagi? "Tanya Puteri. Aku bangun dari duduk dan menepuk bajuku yang kotor dengan habuk. Langkah diatur ke arah Puteri dan Adam.

"Aku bukan nak menyibuk tapi aku nak tahu siapa yang pernah kena buli. "
Serta-merta riak Adam dan Puteri berubah.
"Apa kau merepek ni ha? "Jerkah Puteri.
"Bukan apa, aku pernah ternampak ada orang kena buli. Tapi aku tak tahu siapa pelakunya. "
"Kau nampak betul-betul ke? "Tanya Adam.
"Ya. Aku nampak kat belakang ampai. "
"Apa dia buat? "
"Nothing cuma ugut untuk bunuh orang tu kalau tak dengar cakap dia. "
"Kau sure itu yang kau dengar? "
Aku mengangguk. Riak Puteri terus berubah. Masam namun masih dikawal. Bukan aku tak tahu dia selalu buli Mawar cuma Mawar tak tahu aku tahu. Bongok punya Mawar. Harap je abang ketua pengawas tapi tak mengadu.

"I'm pretty sure. Lagipun buat apa aku tipu? "Aku terus berlalu dari situ. Langkah diatur ke bangunan Tingkatan Empat.

Aku memasuki bilik air. Paip air dipusing. Wajah mulusnya disimbahi air paip untuk kekal segar.

Aku tersenyum sinis.

Puteri!!

------------------------------
Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-

ASRAMAWhere stories live. Discover now