6|Serasi

517 19 0
                                    

"Qai... "Suara garau itu menyapa pendengaranku. Aku terbeliak melihat Adam yang boleh ada di hadapanku. Bukan aku kat villa ke tadi?

"Macam... Mana.. Arghhh.."Aku meraung kesakitan di bahagian kepala.

"Kau belum baik lagi. Tadi kau hampir lemas. Please jangan buat macam tu lagi. Aku risau tau tak? "

Terkejut aku.

"Lemas? "

"Ya. Nasib baik ada aku yang sado nih tolong angkat kau. Berat tau. Bersyukurlah sikit. "

Wait!!Angkat???Aku menyelak selimut yang menyelubungiku. Tersarung baju t-shirt berwarna putih dan skirt labuh bertanah hitam floral.

Aku merenung tajam wajah Adam.

"Kau? "

"Sumpah aku tak tengok. Aku pejam mata masa angkat kau. Mak Nab yang guide aku ke katil. Mak Nab juga yang pakaikan kau baju. Aku tak ambil kesempatan kat kau pun. "Pantas Adam menjernihkan segala prasangka buruk aku terhadapnya.

"Yelah tu. Dah pervert tu tetap pervert juga. Nih, pehal boleh kat sini? Bukan aku suruh kau jangan masuk campur lagi. Aku boleh handle sendiri. "Aku memarahi Adam.

"Handle sendiri? Mandi pun boleh lemas ni nak handle hal ni sendiri. Tak payah lah. Mama dan papa kau bukan ada pun. "

Aku menarik muncung. Badanku dipeluk erat. Tak puas hati.

"Jangan sebut nama diorang depan aku. Sebab dioranglah Mak Esah mati. Aku benci diorang. "Raungku. Biarlah semua pekerja dengar. Diorang pun imune dengar maki hamun aku terhadap ibubapaku.

"Tak baiklah. Diorang tetap insan yang melahirkan kau. Lagipun, kau tak boleh nak salahkan takdir. "

Aku mencebik.

"Whatever. Baru sehari kenal macam setahun kenal. "Sindirku.

Adam tersenyum kecil.

"Kau pun rasa macam aku rasa ke? Aku pun rasa kita dah kenal lama. Serasi juga eh kita? "

"Hell no. Kau tu yang semak dalam hidup aku. " Aku menyelak selimut dan menyarungkan kasut bercorak arnab yang berwarna pink peach.

Pintu balkoni dibuka. Menderu angin kencang menyapaku. Bestnya. Rambut pendekku sudah serabai gara-gara angin kencang.

Adam membetulkan sedikit rambut pendekku sebelum berdiri di sebelahku. Bersandar pada palang kaca.

"Bestkan dapat lari dari masalah? "Soalku. Tetiba rasa nak luahkan perasaan pada Adam.

"Best. But the best way is you have to face the problems. Not running away from the problems. "

"Aku dah penat, Dam. Mama dan papa selalu abaikan aku. Hanya kasih sayang yang aku tumpang selama nih. Lepas dia meninggal aku dah tak ada sesapa. Not even a person. "

"Kawan-kawan kau? "

Sinis aku tersenyum.

"Kawan? Semua tu fake. Semua nak duit je."

"Let me guess. You're loner in the past right? Takpa. From now on, you can share your problems with me. Friends?? "Adam menghulurkan tangan. Aku pandang lama. Ragu-ragu.

'Nak tak? Tapi aku takut dikecewakan lagi.'

"Follow your instint. "Adam tetap menghulurkan tangannya. Aku mengambil keputusan. Tangan kasar Adam disambut. Senyuman manis diberi.

***

Aku membetulkan selendang berwarna mustard senada dengan abaya hitam yang tersarung. Ralit memerhatikan Adam yang sedang berbual dengan tuk imam masjid. Tak sangka dapat lihat sisi lain seorang Adam Mikael. Segak berbaju Melayu teluk belanga berwarna hitam dan berkain pelikat.

Jam menunjukkan hampir pukul 11 malam. Tetamu pun mulai surut. Tuk imam pun dah balik. Akhirnya,hampir seminggu mengadakan tahlil untuk Mak Esah, aku mampu menerima hakikat bahawa ajal Mak Esah memang sudah ditakdirkan begitu.

"Qai, jangan lupa esok kita kena bertolak balik ke sekolah. Lusa nak naik sekolah. Lagipun kau baru sehari sekolah. "Adam mengingatkan aku.

"Haahlah. Nasib kau ingatkan. Hampir terlupa aku. Kau balik naik apa? "

"Aku dah tempah tiket bas. Bertolak esok petang. "

"Ada tempahkan aku punya? "

"Kau nak naik bas ke? Tapi.. Aku tak belikan tiket untuk kau. Sebab aku tak tahu pula kau nak naik bas. "

"What? Abis, kau expect aku nak naik flight? Hell no. Tiket flight dahlah mahal baik naik bas. "Ujarku. Sejak bila nih Qai?

"Fine. Aku check ada lagi tak tiket bas yang sama waktu dengan aku. "Pantas Adam mencapai iPhone 8 miliknya dan menaip sesuatu.

"Nasib kau memang baiklah Qai. Ada kosong lagi. Aku dah bank-in kan duit. Esok boleh ambil tiket kat kaunter. "

"Thanks, dude. Oklah. Aku naik atas dulu. "

Aku merebahkan badan ke atas katil queen sebelum melayang ke alam mimpi.

***

"Aalia. Bangunlah. Aku masih perlukan kau. "Rintih Mikael. Baru sahaja 2 jam beradu untuk mendapatkan tenaga semula, dia telah dikejutkan dengan berita kelemasan Aalia. Pantas Mikael berenang menyelamatkan Aalia yang sudah hampir ke dasar kolam yang agak dalam itu.

Tubuh kurus itu dicempung keluar dari air. Dilap dan dipakaikan pakaian baru untuk bidadarinya itu. Mikael mengelus lembut bibir Aalia yang jelas kelihatan pucat.

Kuasa healing juga sudah separuh digunakan untuk merawat Aalia. Namun, Aalia masih belum sedarkan diri. Mujur, kejang kakinya sudah sembuh.

"Aalia. Tolonglah bertahan. Kau harus lawan kelemahan kau. Lawan!!! "

***
Pantas aku terbangun dari mimpiku. Kenapa sejak akhir-akhir nih aku asyik bermimpi Mikael je? Dahlah masih tak boleh nak lihat wajah Mikael di sebalik topengnya.

Jam loceng di meja sebelah katil ditilik. 3.45 pagi. Haus pula rasa. Aku melangkah ke dapur. Susu soya kotak kecil diambil dan dihabiskan.

Kaki terus memanjat tangga sebaik sahaja kantuk mulai menguasai diri. Namun, terhenti di hadapan sebuah bilik tamu di tingkat dua. Bilik yang dihuni Adam Lampunya terbuka. Aku melihat dari pintu bilik yang tak ditutup rapat.

Adam sedang bermunajat kepada Allah. Tangan ditadah. Doa dipanjatkan. Dari apa yang aku dengar...

Ya Allah, jika benar itu adalah jodohku, kau dekatkanlah kami. Aku selalu merasai auranya namun aku takut itu bukan hakku. Kau berikanlah ku petunjuk, Ya Allah. Hanya dia yang kucinta keranamu, Allah.

'Who the lucky one? "

----------------------------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-



ASRAMAWhere stories live. Discover now