Aku menyorong luggageku yang maha besar ini ke bilik dormku. Mujurlah tingkat bawah je. Kalau tak, mati katak aku.
"Qai,"panggil Mawar. Di sebelahnya, Adam pun turut berjalan seiringan dengannya.
Mawar mulai mendekatiku."Wei, kau balik KL ke? Aku dengar ada orang jemput kau. Malang betul aku balik awal hari tuh. Kalau tak, tahu dah siapa pakwe ko, "ujarnya. Aku hanya tersengih. Adam tajam merenungku.
"Eh,mana ada pakwe. Aku single lagi. "Nafiku.
"Abang, kami pergi dulu eh. "Mawar menyalami Adam sebelum kami masuk ke blok Aspuri.
"Kau nak tahu tak, Abang Adam dapat job jadi model. Semalam, pak cik aku cuma ajak dia untuk suka-suka. Tak sangka, bos pak cik aku suka Abang Adam. Memang superb ah Abang Adam. Lepas tu kan aku dengar Abang Adam ada usya seorang model nih. Pak cik aku kata model tu pon lawa. Muka ada iras-iras Emma Watson. Sesu.. "
"Aku penat. Aku nak tidur kejap. "Aku terus beradu ke duniaku.
***
"Aalia... "
Aku melilau mencari suara itu. Namun, hanya kegelapan malam menyelubungi aku."Aalia... "Suara itu bergema lagi.
"Sedarlah... "
"Ingat Tuhanmu. "
"Qaisara.... "
Aku kenal suara itu. Suara Mak Esah."Mak Esah... "Laungku. Senyap. Air mataku mulai bertakung di tubir mata. 'Mak Esah, Sara rindu mak. Mana mak? '
"Sara, kalau Sara rindu, sedekahkan mak doa. Mak pun rindukan Sara. Tapi Allah lebih sayang mak. Sara jaga diri eh. "Pesan Mak Esah sebelum aku menjumpai cahaya terang di hujung jalan. Aku mendekati cahaya itu. Lagi beberapa tapak sebelum aku boleh keluar dari dunia jahanam ini.
Tap!!
Huh... Huh... Nafasku tak teratur. Pantas aku mengambil inhaler dari dalam beg sekolah. Dipicit laju inhaler itu. Sebelum nafasku mulai teratur. Mataku melilau melihat sekeliling dorm. Kosong. Mana semua orang? Aku melihat jam dinding. 7.30 malam. Ya Allah! Dah lama rupanya aku tertidur. Pantas aku mengambil wudhuk dan terus solat maghrib. Lama doa yang dipanjatkan kepada Allah. Memohon semoga roh Mak Esah tenang dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Setelah itu, aku terus solat Isyak memandangkan azan pun sudah berkumandang. Usai solat, aku bersiap ke bilik untuk prep. Mulai hari ini, Qaisara akan berubah.
Tote beg dicapai bersama iPhone X baruku. Langkah dituju ke bilik prep. Kosong. Mungkin belum siap solat jemaah. Aku mengeluarkan buku latihan Biology. Chapter Mitosis and Mieosis dibuka. Maklumlah, bab itu agak hard. Lama aku tenggelam dalam dunia Biologi sebelum terdengar bunyi budak-budak baru nak masuk bilik. Lamanya. Dah pukul 10.30 malam. Ada setengah jam lagi sebelum waktu prep berakhir.Ada apa-apa ke hari ni?
Mawar, Ruby dan Adha pun baru masuk. Tergelak-gelak mereka melangkah masuk ke dalam bilik prep. Apa je yang digelakkan?
"Hey, Qai. Dah bangun? Sorrylah tak kejutkan. Tadi nampak kau sedap sangat tidur. "Ujar Adha. Mereka mengambil tempat di sebelah aku. Maklumlah satu kumpulan empat orang.
"Kenapa masuk lambat? "Soalku. Itulah yang bermain di mindaku.
"Oh, tadi ada ceramah dari Abang Adam. Menarik juga tajuk tadi. Pasal kehidupan di asrama. Ada cerita pasal buli, bash, cop minus. "Ulas Adha. Mawar tidak banyak cakap.
"Nasiblah sekolah kita takda semua itu. "Ujar Ruby pula. Aku hanya tersenyum. Aku lihat wajah Mawar berubah.
"Apa cerita kau tetiba muncul time prep ni? Biasakan kau hilang? "Soal Ruby. Aku hanya tersengih umpama kerang busuk.
"Besok kan Pn Muniza nak buat kuiz Biology. Kau nak duduk luar? "Saja aku mengingatikan Ruby yang hilang ingatan lepas dengar ceramah Si Adam dia tu.
"Haahlah. Nasib kau ingatkan. Esok ada physic sekali kan? Aduh aku belum hafal formula lagi. Matilah kalau En. Yusop tetiba soal aku. Aku rasa lebih baik physic dengan Cik Fadilah tu. Dahlah cakap tak jelas, kerjanya asyik marah aku je. Aku tahulah nama aku sedap. Asyik nak mention nama aku je. Malu aku.
"Yelah. Jomlah study. "Ajak Adha. Mawar kembali mengambil buku latihan physic dri lokernya. Riak wajahnya mulai ceria. Takpe, Mawar. Aku akan pastikan Puteri dapat balasannya.
***
Kicauan burung di udara mengalihkan perhatianku. Puan Muniza di dalam masih mengajar subjek biology dengan tekunnya. Aku pula di koridor menjalani hukuman kerana tak dapat jawap soalannya. Hanya boleh belajar dari luar saja. Baguslah, aku pun memang nak perhati luar ni.Puteri sedang tekun belajar di Kelas 5 Alpha. Subjek Chemistry barangkali sebab ada Puan Suhada sekali. Sesekali tumpuannya dialihkan ke Adam yang berada di hadapan kelas. Buat pembentangan kut. Eh, gatalnya. Nak abangnya tapi buat jahat dengan adiknya. Pabo!
Jelas dari blok Tingkatan 4 yang setinggi 4 tingkat, kelas 5 Alpha. Termasuklah murid-muridnya kerana hanya bertentangan. Alamak, Puan Suhada mulai perasan aku. Eh, orang tua ni. Ajar jelah. Jangan kacau aku. Aku kembali memandang ke dalam kelas. Oh, bab Respiration ke? Boleh buat revision sendiri.
"Aalia. Awak memang nak duduk kat luar tu je ke? Dari minggu lepas lagi, saya dah cakap suruh baca buku, saya nak buat kuiz. Awak tak dengar ke? Dah, masuk!! " Arahnya. Eh, tak payahlah garang sangat. Berkedut baru tahu. Tahulah muka flawless.
Aku menekur masuk ke dalam kelas. Takutlah juga dengan cikgu nih. Kang dibuatnya aku gulai. Tak naya aku. Serentak itu, Puan Muniza pun memeinta diri apabila kelas sudah tamat. Oh, hidup aku.
"Qai, seriuslah kau tak dapat jawab soalan senang tadi? Bukan tadi malam kau bersungguh-sungguh ke baca? "Soal Mawar.
"Betullah aku tak tahu. Tak baca pasal tu tadi malam. Ada ke dia tanya salur darah mana yang banyak asid amino? Mana aku tahu? Bukan aku hafal salur darah kita pun. "Hujahku. Walhal jawapannya senang je.
"Memanglah aku tak hafal, tapi sekurang-kurangnya ambillah tahu. "Kata Mawar.
"Yelah. Kau nak rehat tak nih? Ruby dengan Adha dah lama keluar. "Soalku. Dia hanya menggeleng.
"Malaslah. Aku nak duduk dalam kelas je. "
Mawar mengeluarkan buku latihan addmath dari begnya."Hah, yelah. Aku keluar dulu. Lapar nih. "Aku terus menapak keluar. Jap! Tu bukan Puteri Senandung tu ke? Apasal dia masuk kelas aku? Oh, no! Mawar!
Aku mengintip dari jauh Puteri memperlakukan Mawar umpama anjing. Disuruh makan sisa makanan mereka yang dibaling ke lantai. What the heck?
Puteri, kau dah melampau!!!
---------------------------------------
Vote, comment and share kalau suka story ni.
-ardellshah-
YOU ARE READING
ASRAMA
ChickLitPermainan hidup bermula disini. Tak ada siapa nak protect kau. Kau kena independent. Buli, ragging, cop minus, bash, psyco, fly,rencah kehidupan kau kat sini. Saksikanlah kehidupan aku kat ASRAMA. P/s:this novel really different from other.