Kelas 4 Alpha dituju dengan gembira. Aku meletakkan beg kemudian mengeluarkan kotak pensel dan kalender kecil dari perut beg. Cuma segelintir pelajar yang dah masuk. Biasalah, budak-budak memang suka sampai loceng berbunyi baru nak pergi sekolah. Lagipun, senang. Terus pergi tapak perhimpunan.
Aku memangkah hari yang sudah berlalu. Dah empat bulan berlalu sejak kematian Mak Esah. Dah empat bulan jugaklah, aku cari anak Mak Esah yang kononnya tinggal ngan bekas suami dia. Tapi, sekarang ni, bekas suami dia tinggal pun aku tak tahu. Dia cuma cerita, rumah peninggalan arwah abah suaminya di Johor. Sebab tulah, aku mengambil keputusan hendak bersekolah di Johor. Tak apa, Mak Esah. Sara akan cari Natasya.
Kringg!!!
Bunyi loceng menghentikan lamunanku menandakan perhimpuan akan bermula sebentar lagi. Aku mengambil pen biru dan buku nota dan berlalu ke tapak perhimpunan. Mawar, Ruby dan Adha dah sedia di tapak. Nasib baik kat tengah-tengah. Aku rancang nak tidur daripada dengar ucapan pengetua yang boring tu. Kalu sekejap tak pelah, ni panjang berjela-jela macam dah ada skrip.
Aku perhatikan Cik Najwa di atas pentas. Ayu berbaju kebarung kain timpah berwarna hitam maroon. Dipadankan dengan shawl berwarna maroon. Tak sangka, dia kat sekolah ngan kat luar ibarat talam dua muka.
Alvin pun mengambil tempat di tepi dewan, berhampiran bilik siaran sebab dia in charge bahagian siar raya. Kacak berbaju kemeja lengan panjang berwarna kuning lembut dan tali leher berwarna merah dan seluar slack hitam.
Adam berdedikasi menjalankan tugasnya sebagai ketua pengawas dengan mengawal disiplin pelajar. Tak pedulilah. Tapi, hensemlah dia hari ni. Eh, bukan setiap hari ke dia hensem? Patutlah ramai junior minat dia.
"Qai, aku nak tanya ni? Kau gi mana malam sebelum sepatutnya kau ngan abang Adam balik dari Genting? "Soal Mawar. Ucapan guru bertugas sedang berlangsung di atas pentas, tapi kami hiraukan. Setiap minggu sama je. Dah bosan nak dengar.
"Ermm, aku ada kerja sikit. Aku balik kondo aku kat Evergreen tu. Sorrylah, tak sempat nak bagitau Adam. "Jelasku.
"Kau balik naik apa? Ada kenderaan ke memalam tu? "Soal Ruby.
"Aku call kawan aku dari KL aka my driver."jawabku. Terlopong mulut Mawar, Adha dan Ruby apabila diberitahu aku mempunyai driver persendirian.
"Sanggupnya dari KL naik Genting lepas tu turun Johor? "Ujar Adha. Aku hanya tersenyum.
"Mestilah dah dia driver aku. Hahaha. "Tanpa aku sedar, Adam sudah disebelahku. Di saat aku sedang bergelak ketawa. Patutlah, sekeliling aku senyap je ada head prefect tengah on duty.
"Nak kena tarik keluar ke? "Soal Adam. Tegas. Matanya tajam menusuk mataku. Huh, sumpah annoying.
"Fine,kitorang tak bising lagi."jawabku. Mawar,Ruby dan Adha dah menunduk merenung lantai simen dewan.
"Jangan buat bising lagi. Aku nak berkawal kat sini. " Oh, shit! Sumpah aku menyampah ngan pengawas seluruh dunia. Kenapa diorang mesti wujud dengan kegarangan yang melampau? Rileks sudahlah. Patutlah, semua pengawas cepat tua. Terutama yang banyak marah orang. Balasan selalu marah orang, kan dah tua.
Ucapan pengetua hampir tiba. Masa nilah budak-budak tunjuk alim. Semua acah tulis nota kat buku. Semua sebab dapat duduk selain semua pengawas yang menyelit ni akan beralih ke tepi dewan.
"Assalamualaikum murid-murid. Apa khabar semua? Best cuti? "Semua pelajar jawab dengan yakin dan nyaring untuk meyakinkan pengetua membenarkan kami duduk.
"Nak duduk? Kan baru lepas cuti? Mestilah dapat energy baru? Boleh berdiri? Saya pun berdiri ni? "
"Tak.... "
Sumpah dia mintak kaki. Memanglah dia berdiri sebab dari tadi dah duduk. Bagi kitorang duduklah. Aku rimas ngan Adam yang dari tadi macam nak telan aku. Dari tadi, aku menoleh belakang menantikan Adam berambus, tapi dia masih setia kat belakang tu. Ada jugaklah berapa kerat budak lelaki f4 kena maki sebab buat bising.
"Oklah, saya kesian ngan awak semua. Boleh duduk semua. "Habis je dia cakap, segenap dewan sudah duduk. Pengawas pula beralih ke tepi dewan memberi ruang kepada pelajar untuk duduk.
Selamat aku dari Adam. Pergi jauh sana. Dari pandangan aku, Cik Najwa ngan Alvin saling bermain mata. Sah, diorang ada apa-apa.
"Weh, Cik Najwa dengan Sir Alvin kapel ke? "Soalku. Jarang sekali aku hendak ambil tahu tentang cikgu-cikgu kat sekolah ni.
"Agaklah. Sebab aku selalu nampak diorang berdua je. Lepas tu, aku ternampak diorang pakai cincin kapel. "Ujar Ruby.
"Aku pernah nampak wallpaper desktop laptop Cik Najwa gambar Cik Najwa ngan Sir Alvin. " tambah Adha.
"Aku rasa diorang ni bercinta kut"ylas Mawar.
"Kau perasan ke Qai? "Tanya Ruby.
"Taklah perasan sangat. Tapi, aku ternampak diorang pernah makan kat cafe berdua je. "Tipuku. Biarlah, diorang pun tak tahu.
"Oh yeke? Cakap pasal tu, aritu aku terserempak ngan Puteri ngan gengnya kat Starbucks. Sumpah annoying. Dia buat Starbucks macam nenek dia punya. Bising gila. Aku macam nak bagi kaki je kat sekor-sekor. "Kata Adha.
Terburai ketawa kami. Tawa kami terhenti apabila aku melihat mata Adam menajam melihat kami. Mampuslah kau Dam. Aku nak berhibur sekejap.
****
"Weh, aku tak ada maggilah. Nak beli ngan kau. "Ujarku kepada Ruby, tauke segala maggi. Pelbagai perasa maggi ada. Lagipun, dia memang jual maggi, milo ngan air kotak kat asrama ni.
"Nak apa? "Soalnya sambil mengeluarkan
kotak dari bawah katilnya."Tomyamlah." Aku menghulurkan wang RM 1 kepada Ruby sebelum mengambil pek maggi itu. Tupperware dan chopstick diambil dan kami berempat ke pantry yang terletak di tingkat dua.
"Alah, air tak cukup panas. "Rungut Mawar. Dia menuangkan air panas ke atas mi maggi itu sebelum menutupnya.
"Alah, jadilah. Aku dah lapar ni "ujarku. Aku menuang air panas dan menunggu lama untuk mi kembang sebelum memasukkan perencah dan menggaulkannya dengan menggunakan chopstick dan memakannya dengan lahap sekali. Walaupun aku rasa macam maggi ni tak masak, tapi aku lagi risau dengan perut aku yang dah meragam sebab tak turun makan malam sebab makan ikan kejung mengalahkan atlet gimnastik.
"Perghh. Kenyang gila siak. "Aku menelentangkan tubuhku di atas katil. Ruby, Mawar dan Adha pun mengambil di atas katil memasing.
Tiba-tiba, kepalaku sakit. Duniaku seakan berpusing. Aku dah tak dengar bunyi bising bising lagi. Perlahan-lahan, mataku terkatup. Rohku sudah berpisah dari tubuhku. Mengembara mencari tubuh seorang Aalia.
----------------------------
Vote, comment and share kalau suka story ni.
-ardellshah-
YOU ARE READING
ASRAMA
ChickLitPermainan hidup bermula disini. Tak ada siapa nak protect kau. Kau kena independent. Buli, ragging, cop minus, bash, psyco, fly,rencah kehidupan kau kat sini. Saksikanlah kehidupan aku kat ASRAMA. P/s:this novel really different from other.