"Lepas ni nak pergi mana? "Soalku kepada Adam. Mawar di depan leka bermain dengan telefon.
"Mawar cakap nak pergi tengok wayang. Ada cerita best katanya. "
Aku hanya mengangguk. Kalau tak ada Mawar, memang aku berjoli habis sesorang. Tak apalah. Teman dioranglah hari ni. Esok kita shopping habis-habisan.
"Akak, nak tiket wayang The Devil 3."pinta Mawar. Aku dan Adam disuruh membeli popcorn.
"Hensemnya lelaki tu. "
"Kalau akulah jadi perempuan tu, memang tak lepaslah. "
"Tomboy ke perempuan tu? "Haih, banyak pula bunyi langau.
"Popcorn dan air coca cola, 3."pinta Adam.
Aku mengambil popcorn manakala Adam membawa air. Lagi 10 minit, baru cerita nak mula. Baik masuk terus. Adam mengambil tempat di sebelah Mawar, Mawar ditengah dan aku ditepi.Iklan demi iklan berlalu. Aku membelek telefonku.
Ada mesej dari mama.Mama
No matter what, i'll coming. Don't even to stop us. I know you still hate us but please, only for once. Ok, baby. Muah..Aku membalas.
Sara
Whatever, ma.Cerita pun bermula. What!! Cerita thriller ke? Oh, shit! Aku ingatkan cerita hantu. Dahlah lemah aku dengan darah.
Awal-awal lagi dia dah tunjuk darah yang membuak. Nevermind. Baik aku tidur je.
***
Cahaya matahari memancar mengenai mataku. Membuatkan aku untuk terjaga dari lena yang panjang.Aku kat mana nih? Wait! Katil? Warna sky blue? Siapa punya bilik nih? Aku menyelak selimut. Nasib masih ada baju.
Aku pergi keluar. Tangga dituju."Eh, Qai. Dah bangun? Mari sarapan. "Ajak Mawar. Aku mendekatinya.
"Ibu, Walid. Inilah Qaisara. Kawan Mawar." Aku menyalami tangan ibu dan hanya tersenyum kepada Walid. Mawar menarik kerusi untuk aku bersebelahan Ibu sebelum mengambil tempat dihadapan Ibu.
"Morning, Ibu, Walid. "Sapa Adam. Dia mencium pipi Ibu dan menyalami tangan Walid sebelum mengambil tempat di hadapanku.
"Oh, hai Qai. "Aku tersenyum.
"Adam. Baca doa. "Arah Walid. Adam menadah tangan. Begitu juga kami. Suara lunak Adam mengetuai bacaan doa makan menyentuh hati aku.
Keluarga Adam sangat bertata cara semasa makan. Tengoklah. Makan pun senyap. Tiada bunyi sudu dan garfu berlaga. Memang sangat beradab. Patutlah anak-anaknya sangat berdisiplin.
"Walid pergi kerja dulu. Nanti solat jumaat Walid balik. "Pantas Ibu mengiringi Walid.
"Qai, kenapa makan sikit je? "Tanya Mawar."Tak ada selera. Ermm... Mawar. Kenapa aku ada kat rumah kau? "Terluah juga persoalan aku dari tadi.
"Hehehe... Tadi malam kau kan tidur kat wayang. Kejut tak nak bangun. Apa lagi Abang Adam angkat kaulah. Tak tau nak bawa kau ke mana, kitorang bawalah kau balik. Nasib Ibu dan Walid faham. "Ujar Mawar. Aku bermain dengan sudu. Terkedu. Adam angkat aku?
"Lepas ni, kau mandilah. "
"Mawar, aku nak balik. "
"Kau nak balik mana? "Adam bertanya.
"Err..."
"See, kau tak ada hala tujuan. Baik kau stay sini je. Ibu dan Walid ok je. "Ujar Adam.
"Tapi, aku segan. "
"Tak payah seganlah Qaisara. Ibu pun suka ada tetamu. "Ujar Ibu yang baru menghantar Walid.
"Dengar tu, Qai. Lepas ni, bestlah aku ada kawan. "Ceria sahaja Mawar berkata. Aku pula tak terkata.
***
Segarnya lepas mandi.Lagu The Weekend berbunyi menandakan ada panggilan.
Mama.
"Hello. "
"You kat mana?"
"Sara selamatlah. "
"Kat mana? You ikut jantan mana hah? "
"Jantan mana nih, mama? "
"I ada upah orang follow you. Dia cakap kat Mama,you ada ikut jantan balik rumah."
"Ma, tu semua tak betul. Sara ikut kawan Sara. Mawar namanya.Ma, please don't jump into conclusion. "
"Ma... "
"Baby... "
"What the fuck you doing, ma? "Aku geram mendengar suara garau yang semestinya bukan suara papa.
"Listen, Sara.. "
"Bye.. "
Aku memutuskan talian. Mama tengah dengan anak ikan ke?"Qai, kau menung apa tu? "Mawar yang baru masuk ke dalam bilik menegurku.
"Tak ada apa-apa. "
"Jom. Tolong Ibu kat dapur. Ibu kata nak masak Gulai Kawah Ayam. "
"Jap. Kau turun dulu. Aku nak keringkan rambut dulu. "Aku menggosokkan tuala pada rambutku. Nasib baik rambut pendek. Cepat kering.
"Mawar... "Adam menolak tombol pintu. Hanya ada aku yang juga sedang tergamam. Yelah, aku tengah betulkan coli kut. Malu aku. Terus aku pusing belakang.
"Sorry. Mana Mawar? "Tanya Adam.
"Mawar kat bawah. Tolong Ibu masak. "
"Cakap dengan dia,aku pinjam charger. "
"Qai.. "
"Ermm... "
"Please jangan goda aku. Aku lelaki. "Kata Adam sebelum hilang dari pandangan. What?!!! Baik aku turun ke bawah.
"Ibu nak Qai tolong apa? "Tawarku. Tengah rajin nih. Jarang tengok aku rajin tau.
"Pandai ke kau? "Gurau Mawar.
"Pandai eh. Ibu nak suruh Qai apa? "
"Ermm... Ibu macam tak percaya. Tapi Ibu nak Qai tolong potong sayur ni. "Ibu menunjukkan sayur kubis dan lobak.
"Senang je, Ibu. "Riak. Tak. Memang aku pandai buat kerja rumah. Kan selalu tolong Mak Esah dari kecil. Setakat potong sayur ni, celah gigi je.
Lincah tanganku memotong sayur tersebut. Pandai bermain dengan pisau.
"Tak sangka kau pandai main dengan pisau. "Ujar Mawar.
"Well. Tengok kakilah. "Kataku sambil menunjuk kakiku yang tersarung seluar trek milik Mawar.
"Kerek eh kau. Tolong aku kacau ni. Aku nak melabur kejap. Ibu pergi rumah jiran sebelah jap. "Mawar meninggalkan aku dengan Gulai Kawah yang hampir masak.
Sedapnya bau."Ermm... Sedapnya bau. "Terlepas senduk yang aku sedang pegang. Adam tertawa. Ada ke dia pergi bisik kat telinga aku.
"Apa kau ni Adam? Terkejut tau aku. Lempang kang. "Aku mengambil senduk yang jatuh. Dibasuh.
"Alah. Sikit je. Takkan dah terkejut? "Tawa Adam meletus.
"Sikit? Buatnya aku ada sakit jantung? Tak kiok terus aku. "
"Comellah kau ketawa. "Adam mencuit hidungku. Rambut pendekku juga dibuat main.
"Kan best tengok rambut kau ni panjang? Aku nak sangat tengok kau berambut panjang. "
"Apa kau merepek ni Adam? Sibuk je. Pergi sana. "Halauku.
"Pewittt. Sweetnya korang. Hello abang. Jangan ngurat anak orang kat sinilah. Bagitau Walid kang. "
"Janganlah Mawar. "
"Eleh, tau takut. Nak, cakap. "
"Nak apa? "
"Buat tak tau pula."
-----------------------------
Vote, comment and share kalau suka story ni.
-ardellshah-
YOU ARE READING
ASRAMA
ChickLitPermainan hidup bermula disini. Tak ada siapa nak protect kau. Kau kena independent. Buli, ragging, cop minus, bash, psyco, fly,rencah kehidupan kau kat sini. Saksikanlah kehidupan aku kat ASRAMA. P/s:this novel really different from other.