20|Pergi Genting

619 9 1
                                    

"Kau serius tak nak ikut? "Soalku lagi kepada Mawar. Hanya gelengan diterima sebagai jawapan.

"Aku nak main gamelah. Kau pergi jelah dengan Abang Adam. "Katanya sambil matanya fokus pada iPad di ruang tamu.

"Pergilah Adam, Qai. Mawar ni kalau dah main iPad memang tak nak lepas. "Kata Ibu yang mengambil tempat di sofa sebelum TV dibuka untuk menonton rancangan masakan kegemaran oleh Gordon Ramsey.

Kunci kereta diambil dari mangkuk di tepi pintu sebelum Vans hitam disarung oleh Adam. Aku mengambil kasut tumit tinggi dari rak kasut.

"Eh, pakai ni. Aku nak bawa pergi satu tempat ni. "Adam mengeluarkan Converse merah highcut dan meletakkan di sebelah kasut tumit tinggiku. Kasut tumit itu pula diletakkan kembali di atas rak kasut.

Adam  dan aku memasuki perut kereta Nissan GTR Roadstar berwarna merah sebelum kereta itu laju membelah jalan.

                                       ***
Kad akses kondominium Alvin diletakkan pada scanner yang terdapat di pintu kondominium miliknya.

Daun pintu dikuak. Alvin tak ada ke? Dia tak balik ke malam tadi?

Aku masuk ke dalam kondo. Adam hanya menunggu di luar sambil bermain telefonnya. Bilik utama dituju. Masih kemas lagi katilnya. Sahlah tak balik lagi. Closet dibuka. Aku mencampakkan bajuku ke dalam luggage besar. Kebanyakkan baju yang seksi memang aku tinggalkan di sini. Agak banyak juga bajuku. Termasuk kasut -kasutku. Aku menyorong luggage itu ke hadapan pintu.

"Kau nak tebuk dia ke?!"Soal Alvin kuat. Jelas urat Adam yang sedang tegang menandakan dia sedang marah gila.

"Kau tak berhak cakap macam tu kat dia. Dia lain dari perempuan yang kau pernah jumpa. "Beria-ria Adam mempertahankan aku.

"Lain? Good lucklah. Aku nak tebuk pun dia tak bagi. "Sempat Alvin menepuk bahu Adam sebelum masuk ke dalam rumah.

"Hah?! Nak ikut jantan lain pula. Dasar betina jalang. Mana kad aku? Aku tak naklah anjing yang tak setia macam kau masuk ke dalam rumah  aku lagi. Dahlah tak setia, kotor pula tu. "Hina Alvin sebelum meludah ke lantai. Tepat di depanku.

Jahanam punya Alvin. Siap kau. Berani kau hina aku. Silap oranglah.

Senyuman kecil kuberi sebelum aku melangkah keluar dari kondo itu. Kad akses itu ditinggalkan di atas meja kopi. Mujur kalau turun lif tak perlu kad akses. Tunggu je pembalasan aku nanti.

                                       ***

"Kau ok ke? "Soal Adam tanpa memandangku. Masih memberikan tumpuan ke jalan raya.

Jap. Asal masuk highway?

"Asal kau masuk highway ni? Kita nak pergi mana? "Soalku bertalu. Adam hanya tersenyum kecil.

"Nak enjoy. Pulihkan semangat kau. Kita pergi Genting jap. Esok kita baliklah. "Katanya selamba.

"Boleh percaya ke? "Kataku dengan syak.

"Tak percaya sudah. Kau tidurlah dulu. Dah sampai, aku kejutkan. "Aku hanya mengangguk. Pantas aku melelapkan mata.

                                        ***

Mikael, mana kau menghilang? Sudah sekian lama aku mencari kamu. Kau sudah tidak cintakan aku lagi ke?

Jauh Aalia termenung memandang Tasik  Kristal Biru berhampiran istana. Selepas Mikael meminta kebenaran ingin berburu ke dalam hutan, sudah sepurnama dia belum pulang juga. Apakah dia dimamah singa? Ataupun ditangkap orang kanibal?

"Tuan Puteri. "Panggil Dayang Suri. Aalia memandang ke arah Dayang Suri.

"Ada khabar buruk, Tuan Puteri. "Kata Dayang Suri. Pantas Aalia bangkit dari bangku.

"Kau kata apa? Khabar buruk? Apa dia? "
Dalam hati, aku berharap Mikael tidak apa-apa.

"Putera Mikael ditangkap oleh Raja Sihir! "Ujarnya ketakutan.

"Kau kata apa? Apa perlu aku lakukan ini?" Aalia kebingungan. Ini kali pertama mereka berpisah selepas bertemu kembali selepas dipisahkan oleh Sang Raja.

"Tuan Puteri usah khuatir. Mek Neng ada jawapannya. Ini orangnya. "Dayang Suri mempersembahkan Mek Neng. Mek Neng yang hanya berpakaian baju kurung kedah dan kain batik serta kain batik menutupi mukanya dan bertongkat kayu membongkok menyembah Aalia.

"Patik, Mek Neng sedia menghulurkan bantuan kepada Tuan Puteri. "Mek Neng menyatakan kesudiannya. Aalia hanya tersenyum.

"Teruskan. "Aalia mengambil tempat di atas buaian lalu menghayunkan buaian itu. Angin sepoi-sepoi bahasa pula datang menenangkan suasana.

"Sepurnama lepas, patik masuk ke hutan untuk mencari akar herba untuk membuat tonik. Sedang patik asyik mencari akar, patik terdengar bunyi kuda meraung diikuti hutan menjadi gelap. Patik dapat merasakan kuasa sihir telah dikenakan ke dalam hutan itu. Seluruh hutan seolah-olah bermuram apabila semua daun-daun berguguran. Pokok semua mereput. Binatang pula berlari ke perkampungan keluar dari hutan. Ramai penghuni kampung  hidup ketakutan kerana haiwan berkeliaran di depan rumah mereka. Banyak tanaman mereka musnah dipijak oleh gajah. "Mek Neng berjalan mendekati Tasik Kristal Biru sebelum membuat pusaran kecil menggunakan tongkatnya.

"Patik cuba memulihkan keadaan semula dengan bantuan Ahli Tabib lain. Setelah keadaan pulih semula, semua binatang dihantar ke hutan semula. Pohon gembira kembali dan daun-daun mula tumbuh semula. Patik pun kembali ke tempat patik rasakan kuasa sihir paling kuat. Apabila patik tiba, patik lihat Raja Sihir telah mengenakan sihir perangkap kepada Putera Mikael. Patik cuba meleraikan sihir itu namun kuasa patik tidak cukup kuat untuk merungkaikan sihir itu."Mek Neng berhenti membuat pusaran kecil pada permukaan tasik. Perlahan-lahan, dia mendekati Aalia yang sedang menghayunkan buaian.

"Patik cuba mencari tonik yang paling kuat untuk merungkaikan sihir itu. Namun, patik tak mampu menghasilkan tonik itu. "

"Lantas, siapa yang mampu menghasilkan tonik itu? Beta sanggup membayar sebanyak mungkin emas yang beta ada asalkan Putera Mikael bebas dari sihir perangkap itu. "

"Insan yang mampu menghasilkan tonik itu ialah.... "

                                        ***
"Qai, bangun. Kita dah sampai ni. "Adam menggoyangkan bahuku untuk mengejutkan aku. Pantas aku mengeliat untuk membetulkan struktur tulangku yang aku rasa dah beralih kerana terlalu lama duduk di dalam kereta. Sebuah hotel yang kukira mahal juga terpampang di hadapan mataku.

"Kita check in  dulu. Aku dah reserve dulu. "Aku hanya mengangguk dan menurut langkahnya.

"I had made reservation under Adam Mikael yesterday. "Kata Adam kepada receptionist itu. Aku memerhatikan ruang lobi yang serba mewah itu dengan hiasan dalaman yang kukira taraf antarabangsa.

"This is your card. Room number 1004 and 1005. "Receptionist itu menghulurkan dua keping kad kepada Adam.

"Thanks. "Adam memberikan senyuman kepada receptionist itu.

"Ok, kita masuk bilik dulu. Pukul 12 nanti kita lunch and kita solat kat masjid lepas tu kita pergi main game eh? "Adam memberitahu rancangannya. Aku hanya mengangguk sebelum membawa langkah ke lif. Nak tidur lagi. Tak larat rasanya nak berjalan lagi. Mata kuyu gila. Bye, world.

---------------------------------------

Vote, comment and share kalau suka story ni.

-ardellshah-

ASRAMAWhere stories live. Discover now