3+

126 11 0
                                    

"Kenapa aku pulak?! " Jun yang senyap daripada tadi terus bangun berdiri.

"Memandangkan kau yang paling banyak buat silap masa audition hari tu.. Kau kena yang kena belanja. " Jaemi menggoyangkan jari telunjuknya depan Jun.
"Sokong! " Semua mengangguk setuju. Akhirnya Jun mengeluh.

"Jom aku teman kau" Jaemi menarik tangan Jun yang longlai tu dari bilik seni.

Semasa perjalanan ke kantin... Ada satu pandangan yang tak enak berlaku di koridor sekolah. Jun semestinya yang paling terkejut.

Kelihatan Jungkook dan seorang perempuan sedang ghairah bercium. Jun memandang tidak percaya. Jaemi pula melopong melihat perilaku kawan baiknya itu.

"Yah! Jeon Jungkook! " Jerit Jaemi mengejutkan pasangan yang ada di hadapan mereka.

"Jae aku pergi dulu" Jun terus meninggalkan Jaemi. Dia perasaan Jun sedang menahan air matanya tumpah. Matanya mencerlung tajam Jungkook. Dia pula asyik menggosok lehernya.

"Jagi~~ Kenapa dia ni? " Perempuan yang berada di sebelah Jungkook itu melentok sana sini pada badan Jungkook. Nak muntah Jaemi tengok. Baik Hwa okay lagi. Dengan make up tebal kalah opera cina! Huh! Macam mana biskut tak cukup gula ni boleh terpikat. Nak kata seksi aku seksi g.

"Ni lah kawan baik jagi sejak sekolah tadika... Kwon Jae-mi"

"Jae... Kenalkan ni Areum. "

"Aku tahu la! " Areum memandang Jaemi sinis. Aku rasa nak cakar ja minah lalang ni.

"Awak ni.. Bukannya... Ahli Pink Punk..." Areum berkata sinis. Jaemi baru perasan yang perempuan di hadapan dia ni salah satu ahli pesaing mereka. Jaemi mengflipkan hairnya.

"Kau lainkali nak buat benda tak senonoh cari tempat tertutup sikit" Jaemi meninggalkan Jungkook dan Areum yang sedang merengek.

"Jae! " Jaemi memandang gerangan yang memanggil namanya.

"Kenapa? " Eun memegang lututnya. Penat berlari.

"Nak tambah makanan. " Eun tersenyum menampakkan giginya. Mereka berjalan bersama ke kantin.

"Tu yeochin Jungkook? " Eun asyik tertoleh belakang .

"Cantik" Puji Eun.

"Cantik,kalau perangai serupa hantu baik tak payah. Lagipun pompuan tu pesaing kita" Terang Jaemi panjang lebar.

"Jeongmalyo?! " Eun mengangguk-ngangguk.

"Eh,mana Jun"

"Jungkook kiss yeoja tu tadi... Dia pun menghilang ke kantin terus" Jaemi memeluk bahu Eun. Memandangkan Eun ni pendek saja, mudah bagi dia untuk memperlakukan Eun sebegitu.

"Yo! "

"Jun! " Panggil mereka serentak.

"Kau okay? " Tanya Jaemi risau. Tetapi mata Eun terarah pada makanan yang penuh di tangan Jun.

"Okay. Dah Jom! "

"Jap! Yuna minta tambah makanan"

"Dia dah mesej aku" Pftt... Jaemi mengetawakan Eun yang sudah cemberut.

"Tak guna punya vampire sepet! " Eun geram. Jun pula blur. Masih tak tahu apa2.

[ Lie Cafe ]

"Okay! Kita ada masalah sekarang ni" Eun mundar mandir di hadapan mereka berenam.

"Masalah apa pula? " Yoora pun ikut mundar mandir. Obin pula naik pening dengan dua makhluk dihadapannya ini.

Together | BTSWhere stories live. Discover now