15+

69 6 2
                                    

Kalendar di meja belajar dia capai dan membelek tarikh untuk hari ni menggunakan pen di tangannya. Kemudian suatu tarikh dibulatkan. Pen diletakkan bawah dagu. Bibirnya mengukir senyuman. Tinggal beberapa hari lagi sebelum competition tu. Latihan pun semakin hari semakin sempurna. Lusa akan membuktikan mereka menang ataupun tidak.

"Jae! Yoongi dah sampai! " Laungan Puan Kwon dari bawah menyentakkan lamunannya. Beg di atas meja dia sandang di bahu kemudian menilik dirinya buat kali yang kedua di sebuah cermin panjang di biliknya.

Sempurna. Dia turun. Hari ni Yoongi ajak date sebab dah lama tak bersama berdua. Sebab tu dia pastikan outfit dia harini sempurna. Baju belang hitam putih lengan panjang serta jaket kulit hitam paras pinggul jadi pilihan. Seluar jeans jeans hitam turut digayakan dengan kasut Converse merah kesukaannya. Rambut dia paras bahu dia lepaskan.

Selesai memeriksa. Dia menapak ke bawah.

"Omma Jae pergi dulu! " Pintu rumah dibuka dan kelihatan Yoongi yang berada di luar pagar bersama motosikal putihnya.

"Nae. Elok2. Jangan balik lewat sangat" Suara Puan Kwon lantang dari dapur. Jaemi membalas apa yang patut.

"Hai" Tangan dilambai depan Yoongi.

"You look gorgeous today" Yoongi memeluk tubuh sambil merenung Jaemi atas bawah. Tak disangka Yoongi boleh memujinya.

"G-gomawo" Belakang tengkuk dia gosok untuk menghilangkan perasaan segan. Entah kenapa dia rasa kekok pula.

"Tak payah la act awkward sangat dengan oppa. Nah" Rambut Jaemi kusut sebab Yoongi.

"Oppa! " Tangan Yoongi dia tepis perlahan. Dia hanya ketawa melihat muka cemberut Jaemi.
Jaemi mengambil helmet di tangan Yoongi dan memakainya.

"Peluk kuat2" Jaemi hanya menurut dan memeluk Yoongi erat. Bukan selalu...

***~

[ LOTTE WORLD ]

"Oppa! Jom naik benda panjang macam naga yang laju tu!!! Jom beratur nanti ramai orang!!" Macam budak kecil Jaemi menjerit. Terkinja-kinja melompat dan menarik tangan Yoongi. Ni mesti kalau orang tak kenal mesti dia ingat yang Jaemi ni adik dia. Yoongi mengikut saja ke mana tangan dia dibawa.

"Jae benda tu orang panggil roller coaster. " Yoongi menggerakkan kepalanya kiri kanan. Jaemi buat tak endah dan hanya menunggu giliran mereka.

"Okay jom! " Sekali lagi tangan Yoongi ditarik dan mereka sudahpun berada dalam tu. Yoongi buat muka bosan.

***~

"Uwekk! Uwekk! " Jaemi menekan-nekan perut dia. Bukan sebabnya muntah tapi menahan tawa.

"Tak swag langsung. " Lagi kuat tawa Jaemi bila Yoongi mencerlungnya tajam. Tadi bukan main berani siap tak tunjuk minat. Bergeraknya benda panjang tu Yoongi lah yang paling kuat menjerit. Dahlatu siap dengan muntah2 lagi.

"Ihh! Dahlah" Yoongi mengelap mulutnya pakai tisu. Habis isi dia makan pagi tadi keluar. Dia bergerak meninggalkan Jaemi.

"Janganlah macam ni. Jae gurau ja" Tangan Yoongi dia genggam.

"Jom pergi sana" Tangan Jaemi ditalakan ke arah satu mesin bergambar. Yoongi berdeham dan mengangguk.

"Aip! Malu2 kucing pulak" Pipi Yoongi dicubit kedua-kedua belah.

"Yah! Kwon Jae-mi! " Sekarang kedua-kedua tangan Jaemi berada dalam genggaman tangan Yoongi. Dia merenung Jaemi dengan pandangan redup.

"Kaja! " Terus pegangan terlepas dan dia pun terlepas dari pandangan Yoongi. Yoongi menggeleng dengan keletah Jaemi. Tak sangka aku boleh ada hati dengan budak2 tak cukup umur ni.

"Yah! Chakkaman! " Yoongi mengejar Jaemi dari belakang.

Di satu sudut ada mata yang memerhati kegembiraan mereka. Dia mengepal tangannya dan menumbuk kuat dinding yang dia selindungi diri. Darah yang mengalir dia tak hiraukan.

"Kwon Jae-mi aku dah cakap jangan dekat dengan Yoongi lagi tapi kau degil. Kau tunggu" Senyuman sinis terhias sebelum dia berlalu pergi.

***~

" Nah" Kertas yang terpapar pic mereka berdua Yoongi serahkan pada Jaemi. Dia sempat copy tadi.

"Omo! Yeochin siapa yang comel dan cantik sangat ni" Jaemi memegang pipi dia. Yoongi menrollkan eyeballs nya.

"Dahla oppa balik dulu. Gomawo sebab sudi luangkan masa seharian dengan oppa" Badan Jaemi dia rangkul kemudian satu kucupan hangat dia hadiahkan pada dahi Jaemi.

"Bye" Jaemi tersenyum dan menghantar Yoongi dengan anak matanya. Hilang bayang Yoongi dia terus masuk ke dalam rumah. Pic tadi dia sudahpun simpan dalam beg sandangnya.

"Omma! I'm home! " Kasut ditanggalkan dan diletakkan dalam almari.

"Hah baru balik! Dari pagi keluar malam baru balik" Pn. Kwon bercekak pinggang dan menggeleng. Kemudian dia tersenyum. Saja mahu mengusik anak gadisnya. Jaemi pula dari tadi menggesel pipinya dengan lengannya.

"Huhu mianeiyo omma" Matanya dikerdipkan berkali-kali.

"Yalah2. Ni tolong omma berikan barang2 ni kejap" Kertas bertukar tangan.

"Okay. Omma tunggu Jae ye" Sebelum keluar dia sempat memberikan flying kepada ommanya. Hoodie hitam besar yang tersangkut dia ambil juga. Cuaca dekat luar sejuk.

Basikal yang diparkir di halaman dia ambil.

"Damm! Waktu ni juga dia pancit. Terpaksa berjalan la aku" Basikal biru itu dia letakkan di tempat asalnya. Kemudian dia berjalan ke tempat yang dituju.

"Haish tak guna betul! Yang aku pun satu tak da jalan lain nak ikut. Lorong gelap sunyi sepi ni jugak jadi pilihan" Jaemi mempercepatkan langkahnya. Bunyi-bunyian yang tak sedap didengar berkumandang. Shit! Shit! Shit! Sumpah dia dalam hati. Bayang anjing yang mengejar dia beberapa hari lepas bermain di minda.

Bila sampai di satu kawasan yang hanya ada beberapa perumahan. Belakang badannya dipukul. Tersemban jatuh ke depan.

"Auchh! Woii apa ni"Belum sempat dia bangun tangan dia dpijak.

"Arghh! Apasal kau ni! " Jaemi memandang kelibat dua lelaki yang berada di depannya. Masing2 berpakaian serba hitam. Mask di muka menganggu matanya untuk melihat wajah mereka.

Rambutnya ditarik kasar oleh lelaki yang memakain mask berwarna putih.

"Apa main2 tarik! "Dia meronta-ronta agar dilepaskan tapi tetap tidak berjaya. Mereka berdua senyap kemudian perutnya ditumbuk kuat sehingga terdorong jatuh ke belakang.

"Shit! " Sekali lagi dia menyumpah bila rasa pinggulnya sakit. Perut dia senak gila. Belum sempat dia berbuat apa2 badan dia disepak bertubi-tubi. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya sekarang. Dia perempuan...
Bila sepakan tadi berhenti dia memandang lelaki di hadapan dia sinis. Setitik air mata pun tak jatuh. Badan dia penuh dengan luka-luka.

"Huh! Pengecut! P-perempuan boleh la kau pukul camni! Dahla berdua!! Dasar pengecut tak sedar diri!! " Terus diludahnya muka mereka. Tapi bukannya kena pun sebab jarak antara mereka jauh.

"Sial kau!! " Kerusi reput namja mask putih tadi ambil dan sekali hentakan...

Badan Jaemi jatuh lemah terkulai.

"Woi! Apa yang kau buat ni! Kalau dia mati camna! Kita cuma disuruh belasah dia ja pun" Lelaki mask hitam menarik kawannya menjauhi Jaemi... Minda dia terbayang wajah omma appa.. Pink Punk dan Yoongi.. Nafas dia mulai tidak teratur. Tubir mata mulai penuh dan jatuh juga setitis air mata.Akhirnya matanya memberat... Semuanya hitam selepas itu...

                

Together | BTSWhere stories live. Discover now