Yoongi mundar mandir di hadapan bilik pembedahan. Peluhnya menitik banyak tanpa disuruh. Tangannya digenggam."Oppa! " Suara lantang Eunhee yang berjarak 50 meter darinya kedengaran. Eun bukan berseorangan tapi masih ada lagi ahli-ahli Pink Punk yang lain dan juga BTS.
"Oppa! Kenapa dengan Jae?! Apa yang jadi?! Dia okay ke tak?! " Soalan Eun yang bertubi-tubi dengan satu nafas itu menyebabkan keluhan berat daripada bibir merah miliknya.
"Kenapa dengan Jae! " Giliran Obin menyoal. Suara dia meninggi lain daripada biasa. Hati dia terlampau risaukan keselamatan Jaemi yang sudah dianggapnya adik itu. Jin di sisinya menenangkan Obin.
"Dia... "
[ Flashback ]
Motosikal putih miliknya diparkir di hadapan rumah Jaemi. Plastik yang berisi buku di tangannya dia capai. Jaemi boleh pula tinggal buku yang dia beli tadi. Entah buku apa yang dia beli. Sebab itu Yoongi muncul depan kediaman Kwon semula.
Bila tiba di pintu utama dia menekan loceng berkali-kali. Lambat pula dia ni. Desis hati Yoongi. Sebelah tangan dia masukkan ke dalam poket seluar. Bila dia asyik merenung lantai pintu rumah dibuka dari dalam.
"Yah-Ahh ahjumma anyonghaseyo" Sepantas kilat Yoongi menunduk 90 darjah. Cuak pula tetiba.
"Ouhh Yoongi. Cari Jaemi ke? " Soal Puan Kwon sopan. Senyuman manis masih tidak lekang lagi dari bibirnya. Tapi mukanya ada riak kerisauan.
"Nae. " Yoongi menyuakan plasti merah di tangannya tadi pada Puan Kwon.
"Nak serahkan ni ja. Tak payah susah2 nak panggil Jaemi" Tutur Yoongi sopan. Lembut habis.
"Ouhh. Tapi Jaemi tak balik lagi ni" Mata sepet Yoongi agak membuntang.
"Tak balik lagi? Dia pergi mana? " Nada suara dia mulai risau. Jarum pendek sudahpun menunjukkan 10:12 p.m.
"Tadi ahjumma minta tolong belikan barang. Tapi dah nak dekat sejam batang hidung dia tak nampak lagi" Yoongi dapat melihat riak gusar di wajah Puan Kwon.
"Yoongi pergi cari dia. Ahjumma jangan risau lagi okay" Puan Kwon mengangguk dan dia melangkah ke arah motosikal putihnya.
"Yoongi! " Panggilan Puan Kwon mengejutkan Yoongi.
"Nae. Waeyo? "
"Ahjumma rasa Jaemi ikut laluan lorong gelap. Sebab basikal dia masih ada dekat rumah" Yoongi mengangguk. Dia meminta diri sebelum memecut bersama dengan motosikal dia. Kwon Jae-mi kalau kau tak buat aku risau sehari memang tak aman hidup kau ke!
Tiba di lorong itu dia terus nampak ada satu susuk sedang terbaring. Tanpa membuang masa dia terus mendekati susuk tersebut.
"Yah! Kwon Jae-mi!! Ireona! Yah! " Yoongi menampar kedua belah pipi Jaemi berkali-kali. Tapi tetap tiada reaksi. Idea gila bermain dia minda dia. Dengan kudrat dia mengangkat tubuh kecil Jaemi dan membawanya ke motosikal. Hospital dia tuju.
[ End Flashback ]
"Macam mana boleh jadi macam tu? " Yuna terduduk lemah. Dia dan Jaemi sudah ibarat kembar. Jun mengusap bahu Yuna. Bohong kalau dia cakap dia tak terkesan. Tengok Yoora pun sedang menangis di dada bidang Jhope. Hwa pula duduk sambil berteleku dengan pandangan kecewa...
Yoongi senyap. Dia malas hendak bersuara lagi.
"Oppa dah maklumkan pada omma Jae? " Dia memandang yeosaeng di sisi dia.
"Ahjumma Kwon cakap esok dia datang sebab Ahjussi Kwon balik esok. Dia tak ada transport nak datang sini" Eun mengangguk-angguk mendengar penerangan Yoongi. Taehyung memeluk Eun erat bila dia perasan yang mata gadis idamannya itu mula berkaca-kaca.
"Gwaenchana" Ucap Taehyung sambil bibirnya mendarat di ubun2 Eun.
Namjoon dari tadi tak berhenti-henti mengusap bahu Hwa. Semuanya masing2 hilang semangat.
"Siapa yang sanggup buat Jae camni! Dia bukannya kacau orang pun. Kalau setakat ngusik tu bukannya dia dah tak minta maaf! " Hambur Hwa yang sedari diam dari tadi. Seperti Taehyung, Namjoon menarik Hwa dalam pelukannya. Semuanya masih beremosi.
Jimin mengukirkan senyuman pada Yuna dan menarik Yuna dalam dakapannya. Itu sahaja yang dia mampu buat selepas melihat yang lain berbuat gitu.
Jungkook memegang erat tangan Jun.
Bila pintu dari bilik pembedahan dibuka semuanya meluru keke arah doktor tersebut untuk mengetahui perkembangan lanjut mengenai Jaemi.
"Macam mana? " Yoongi manusia pertama yang menyoal.
"Dia dalam keadaan stabil sekarang. Mungkin ambil masa beberapa hari untuk di sedar sebab badan dia sememangnya sangat lemah. " Selesai memberitahu apa yang patut doktor tu hilang dari pandangan.
"Aku tahu Jae kuat" Yuna yang sentiasa main2 berkata serius sebegitu.
*[ Bangtan Cafe ]*
Ppap! Sebuah dompet Yoongi lempar di atas meja. Hari ini cafe milik mereka tidak beroperasi kerana ingin menyiasat.
"Mwoya? "Jimin mencapai dompet berwarna coklat yang dilempar Yoongi tadi. Isi dalamnya dia keluar satu2. BTS memandang Yoongi meminta kepastian.
"Hmm. Aku tak tahulah pemilik dompet ni bodoh ke apa. Nak buat kerja jahat tapi bengap pergi bawak dompet yang siap dengan ID card lagi. Tch! Nampak sangat tak pernah tengok drama klise yang selalu tayang dekat TV" Yoongi memeluk tubuh. Mereka yang lain memandangnya pelik.
"Asal! "Jerkah Yoongi. Dahla yeochin dia masih lagi terlantar koma dekat hospital tu. Tak pasal2 ada enam orang penghuni lagi nak isi jadi pesakit hospital tu.
"Yang kau ni hyung. Siap masuk drama2 klise dah kenapa! Sawan " Jimin meletakkan dompet tadi di atas meja dan merenung Yoongi jengkel.
"Apa kau cakap! " Belum sempat Yoongi menghampiri Jimin dia sudahpun dihalang oleh Jin.
"Dah2. Takyah dok gaduh macam bebudak sangat. Sekarang ni fokus kita dompet usang depan ni" Jin memeluk tubuh. Suka hati dia mengkritik.
"Conclude yang aku boleh buat. Ni orang yang pukul yeochin kau? " Namjoon merenung Yoongi.
"Apa kejadah jenis kau punya conclude kau hyung" Taehyung menrollkan eyesnya.
"La betullah! " Pandangan Namjoon terarah pula pada Taehyung.
"Eh jap! Dia ni bukan hubae kau ke Yoongi" Hoseok yang diam berbicara. ID card bertukar tangan.
"Patutlah aku rasa cam familiar je. " ID card di tangan dilempar kasar atas meja. Berbahang hati dia. Hairan sebab apa budak ni belasah Jaemi.
"Jadi? " Jungkook merenung hyung2 dia.
"Jadi! Kita belasah dia pula la! Tunggu apa lagi" Belum Yoongi nak melangkah keluar Jin menarik tangannya dan memaksanya duduk.
"Banyak kau punya belasah. Kau ingat kita ni yakuza nak pukul2 orang. Soal dahla.. Aku yakin yang mesti ada dalang disebalik tu punya. Aku rasa Jaemi pun dia tak kenal takkan nak berdendam. " Jin menasihati Yoongi yang mukanya sudah memerah. Dia angguk dengar penjelasan Jin. Hati dia kian tenang.
"Nanti kita soal dia... Lepastu pandai2 la kita nak buat apa dengan dia pun" Jin tersenyum jahat. Ingat dia bagus la tu.. Tapi cadangan dia disambut baik oleh ahli yang lain.
YOU ARE READING
Together | BTS
Fanfictioncover by : @Yoon_Jaemi 🎈 Mengisahkan suka duka 7 orang sahabat yang mempunyai 1 impian yang sama.