[ Malam pertandingan ]
"Jun kau jangan pengsan macam haritu pulak. Kalau tak aku sumbat stokin ni dalam mulut kau" Stokin hitam di tangan Eun ditalakan ke muka Jun. Jun menrollkan eyesnya kemudian tersengih.
Pink Punk beruntung bila pihak penganjur beri setiap group yang bertanding satu bilik. Mereka bersiap dengan kostum dan secara sendiri semuanya tanpa pertolongan orang lain.
Masing-masing dalam kostum seluar slack hitam dan baju kemeja putih dan juga tie terletak elok untuk melengkapkan kostum mereka hari ni.
"Wei macam mana nak ikat tie ni" Yuna berlari ke sini sana.
"Janganlah bergerak. Meh sini" Obin menarik bahu Yuna supaya berhadapan dengannya.
"Sebelum ni siapa yang ikatkan tie untuk kau masa sekolah? " Soal Yoora
"Oppa aku" Yuna membalas dengan sengihan. Kemudian dia fokus melihat Obin semula yang gigih membantunya.
"Hwa kau kenapa? " Soal Eun apabila dia melihat Hwa mundar mandir tak berhenti-henti. Macam cacing kepanasan. Kejap duduk kejap berdiri.
"Aku rasa tak sedap hati. Tu je" Balasan Hwa menyebabkan dia menjadi perhatian.
"Jangan risau. Semuanya akan berjalan dengan lancar." Eun menepuk bahu Hwa. Sebagai leader dia semestinya bertanggungjawab dalam menyenangkan hati setiap member.
"Eun-niee teman aku toilet jom" Tangan Eun dilambung kiri kanan oleh Yoora. Dan dia pula asyik dok menari menahan panggilan alam dia tu.
"Kau ni pun la. Dah jom cepat" Eun keluar daripada bilik persalinan menuju ke tandas. Yoora sudahpun berlari macam cheetah ke depan sebab terlalu tidak tahan. Eun menggeleng kepalanya.
"Baik tak payah ajak aku teman" Gumannya dan mengikut jejak langkah Yoora. Sampai di pertengahan jalan lengan dia ditarik kemudiannya badannya diseret tanpa izinnya.
Selesai membuang apa yang patut Yoora membasuh tangannya kemudian keluar daripada tandas. Dia menggaru kepala.
"Mana Eun? " Kemudian kepalanya digerakkan ke kiri dan ke kanan. Siap dia nanti.
Yoora terus melangkah menuju ke tempat persalinan mereka. Pintu dikuak dan kelihatan 7 jejaka kegilaan ramai berada di situ.
Apabila pandangannya menangkap tubuh jejaka kesayangannya terus dia menjerit suka.
"Datang tak gitau" Soal Yoora bila dia selamat berada dalam dakapan Hoseok.
"Cafe lenggang jadi kitorang cadang sini ja" Rambut Yoora diusapnya kasih..
"Wei Yoora mana Eun? " Soal Obin. Dia melihat sekeliling mencari Eun langsung tak kelihatan kelibatnya.
"Eh bukan dia dah balik sini? " Yoora terpinga-pinga mendengar soalan yang di utarakan Obin tadi. Pink Punk menggeleng.
"Tapi tadi masa aku keluar dari toilet dia takda dekat luar pintu" Balas Yoora lagi. Masing-masing berpandangan.
"Kau jangan wei. Giliran kita lepasni" Yuna mula cuak. Aduh mana si Eun ni.
Apabila pintu dikuak semua mata teroleh ke arah pintu tersebut.
"Okay Pink Punk. Sila pergi belakang stage sekarang. Lagi 5 minit giliran korang" Kelibat itu pun hilang..
"Aduh camna ni" Yuna mundar mandir.
"Caln down" Jimin memegang bahu Yuna. Dia sudah tak keruan.
"Biar aku cari Eun. " Belum lagi mendapat balasan V terus keluar daripada bilik tersebut.
"Oppa adik awak hilang! " Jaemi memandang Yoongi yang masih duduk dengan tenang.
YOU ARE READING
Together | BTS
Fanfictioncover by : @Yoon_Jaemi 🎈 Mengisahkan suka duka 7 orang sahabat yang mempunyai 1 impian yang sama.