"Sahabat lagi penting dari segalanya"
+++
" Aku yakin yang dia memang benci aku. Tapi kenapa? " fikir Jisoo
Jisoo membaringkan dirinya di atas katil miliknya. Dia memandang ke luar jendela biliknya. Suasana gelap diluar rumah membuatkan hatinya buntu memikirkan tentang orang kesukaannya. Dia cuba untuk melelapkan matanya, tapi matanya seperti dibuka kembali apabila ditutup. Dia mengambil telefonnya di atas meja lampu lalu mendail nombor Haneul.
Tutt.. Tutt..
" Annyeong, Haneul-ah.. "
" Yea, wae? "
" Firstly, sorry tau sebab tinggalkan kau tadi. Aku rasa tu cara terbaik untuk kau dekat dengan Jimin, kan? HAHAHA mian tau "
" Shit lah kau ni eiii. Tapi bagus jugak lah, at least dapat jugak aku berdua-duaan dengan dia. HAHAHA, btw kenapa call? "
" Aku rasa Jin memang betul-betul benci aku lah. "
Suaranya sayu apabila menyebut nama Jin.
" Kenapa? Aku tak rasa macam tu. Dia kenal kau pun macam tu je, takkan dah benci kut. Kau ni pun, cuba berfikiran positive. "
" Masalahnya aku dah cuba, tapi tak boleh, faham tak. Hikss, aku dah tak tahu nak buat macam mana. "
" Janganlah nangis, okay aku janji. Nanti aku cari tahu, betul ke tak yang Jin ni benci kau. Okay? Sekarang pegi tido, nanti esok aku cerita, okay? "
" Okay, thanks Haneul. Bye, goodnight from Kim Jisoo yang comel plus cute. "
" Yelah, goodnight too. "
Akhirnya, Jisoo dapat melelapkan matanya apabila mendengar nasihat daripada kawan baiknya. Dia merasakan kelegaan yang teramat. Hatinya berasa sungguh tenang.
+++
Harini hari last untuk latihan kejohanan sukan tahunan. Seperti biasa Haneul dan Jisoo sentiasa bersama, seperti belangkas. Mereka berjalan ke kantin untuk membeli air. Belum sempat mereka tiba di kantin, Haneul meminta diri untuk ke tandas. Dia meninggalkan Jisoo keseorangan. Jisoo pergi ke kantin lalu membeli minuman, dan berjalan untuk ke padang. Belum sempat dia sampai di padang, BTS dan Sungjae sudah tiba di hadapannya. Mereka memandang Jisoo dengan pandangan yang tidak boleh ditafsirkan.
Jimin dan Jungkook memegang bahu masing-masing. Mereka memandang Jisoo dari atas ke bawah. Sungjae dan V berbisik sama sendiri membuatkan Jisoo tidak selesa. Dia cuba untuk mengelak BTS dan Sungjae. Tapi, Jin sempat menahan Jisoo.
" Kau nak pergi mana? "
" N-nak pergi dekat Haneul. Boleh senior tepi sikit? " kata Jisoo yang cuba menepis tangan Jin yang sedang menghalang laluannya.
" Ingat boleh pergi cam tu je? Jangan mimpi. " kata Jin lalu bermain-main dengan rambut Jisoo.
Situasi itu betul-betul membuatkan Jisoo tidak selesa. Mahu sahaja dia menangis di situ. Jin dan geng-geng lansung tidak menghiraukan Jisoo. Sungjae dan V dari tadi asyik ketawa. Jimin sedang mengeluarkan telefonnya dari poket seluarnya untuk merakam. Belum sempat Jimin memulakan rakamannya. Mereka semua disergah kuat oleh Haneul yang baru tiba.
" Apa yang korang buat ni?! Oppa! " jerit Haneul kepada mereka berlapan lalu memandang wajah Sungjae dengan tajam.
" Oppa cuma nak berkawan dengan dia je. Jangan marah Neul. Oppa bukan buat apa-apa pun. " kata Sungjae sambil cuba untuk memeluk bahu adiknya.
" Kau jangan sentuh aku! Jisoo, jom pergi dari sini. Menyemak aku tengok setan-setan ni! " kata Haneul lantas menarik tangan Jisoo. Jisoo terpinga-pinga mengikut Haneul.
Sampai sahaja di padang, Haneul duduk di bangku bersebelahan padang. Jisoo juga turut duduk bersama Haneul. Jisoo menundukkan wajahnya memandang rumput.
" Jisoo, kenapa kau tak lawan je tadi? " kata Haneul
" Aku bukan taknak lawan, tapi aku rasa aku tak patut lawan selagi diorang tak melebihi batasan. " kata Jisoo lalu memandang Haneul.
" Tak melebihi batas kau cakap? Kau sedar tak ni? Tu dah dikira membuli tahu tak?! " marah Haneul.
" Kau jangan cakap yang kau cakap macam tu, sebab kau minat Jin dan nak selamatkan dia daripada masalah buli. Alasan yang tak munasabah Jisoo. Jisoo, tak kira lah sama ada kau minat dia ke tak. Tapi, kalau buli tetap buli. Ingat tu? " kata Haneul lalu menogok(?) air mimerak yang dibeli oleh Jisoo.
" Biarlah Haneul, aku okay. " kata Jisoo lalu memeluk bahu Haneul.
" Kau ingat ni Jisoo. Disebabkan diorang buli kau, aku akan benci diorang sampai diorang mintak maaf dengan kau. Ingat tu Jisoo. Termasuk oppa aku. Muktamad. " kata Haneul lalu berjalan kearah pasukan lontar cakeranya. Kata-kata itu bermain di kotak fikirannya.
+++
Sedar bahawa suasana di sekitar ini masih tegang akibat dijerkah oleh Haneul, adik perempuan Sungjae, BTS tidak mengeluarkan perkataan walaupum sepatah pun dari mulut mereka. Sungjae memecahkan kesunyiaan yang melanda.
" Jin, this going too wrong. I don't th-- "
" Kalau kau tak nak masuk campur, aku tak kesah. Sebab, Haneul adik kau dan aku tak nak hubungan adik beradik korang berdua renggang. So, kau boleh undur diri kalau kau nak. " kata Jin lembut.
" Ok Jin, aku akan undur diri. Maafkan aku sebab tak boleh bantu korang. Aku sayangkan adik aku, aku tak nak hubungan kami renggang. Aku pergi dulu ye. Nak cari Haneul. " kata Sungjae lalu memecut laju mencari Haneul dan Jisoo.
Jisoo masih lagi di bangku. Dia seolah-olah hilang dari dunia nyata. Fikirannya menerawang(?), ke sana, ke sini. Jisoo menyentuh dadanya, kuat sungguh jantungnya berdegup.
" Nampaknya aku kena lupakan dia. Dia tak suka aku. " katanya sambil tersenyum pahit
" HANEUL! JISOO! KORANG KAT MANA?! " jerit seseorang yang sedang mencari Haneul dan Jisoo. Jisoo mencari wajah yang memanggil namanya. Setelah itu, terpacullah wajah lelaki yang 'membuli'nya tadi. Dia cuba untuk lari tapi sempat ditahan.
" Wait Jisoo. I'm sorry about that. I-- " katanya segera dipotong
" Kau datang sini nak sakitkan hati kawan aku lagi? Langkah mayat aku dulu. Perangai dh mcam apa tah, eh buang duit jelah hantar kau belajar jauh-jauh. Tpi cara nak hormat wanita pun tak tahu. Membazir. Tak sampai sebulan kau kat sink, perangai dah macam setan. " kata Haneul lalu berdiri berhadapan dengan abangnya, Sungjae.
" You're the worst brother that I've known Kim Sungjae. " kata Haneul lalu menarik tangan Jisoo supaya beredar dari situ. Segala panggilan nama yang dipanggil oleh Sungjae tidak membuatkan Haneul berpaling pun.
+++
"Air yang dicincang takkan putus"
YOU ARE READING
Crush → P.J.M✔
FanfictionCrush? Tak payah tanya, semua mesti ada. Paling kurang satu. Aku pun ada, ramai. Tapi, satu je paling aku sayang. Itu dia.