"Love you will be the best feeling ever, trust me"
+++
Mulutnya terlopong akibat terkejut oppanya, Sungjae sedang melepak dengan geng crush nya. Haneul menarik Jisoo lalu menyorok di belakang dinding berhadapan dengan tempat Sungjae dan BTS sedang melepak.
" Eh, Haneul. Kenapa ni? " kata Jisoo sambil memandang Haneul yang sedang ligat menyorok di belakang dinding.
" Shuh! Senyaplah, cuba kau tengok kat sana. " kata Haneul sambil menunjukkan tempat Sungjae dan BTS.
" La, BTS je kan? Biarlah, kitakan selalu tengok diorang. Jomlah~ " kata Jisoo sambil menarik tangan Haneul.
" Itu aku tahu lah! Tapi tu hah! Laki yang rambut bercacak tu hah! Dia tu abang aku! " kata Haneul sambil jari telunjuknya mengarah kearah Sungjae.
" Abang kau?! Dia ke yang kau cerita tu? OMG, kebetulan kita! " kata Jisoo sambil menutup mulut.
" Aku xleh biarkan diorang rapat. Tak boleh.. " kata Haneul lalu menarik tangan Jisoo.
Mereka berdua beredar lalu berjalan menuju ke kelas. Haneul memicit-micit kepalanya, pening difikirkan cara untuk buatkan oppanya, Sungjae supaya tidak berkawan dengan Jimin dan BTS. Bukan apa, dia tak nak rahsianya terbongkar nanti. Bukan dia tak tahu yang oppanya.
V datang dari pintu belakang kelas, lalu mengambil tempat di sebelah Haneul. Kali ini, dia tidak mengejutkan Haneul, mungkin dah serik akibat Haneul sering memarahinya. V melihat Haneul sedang memicit kepalanya membuatkan V tertanya-tanya sebab kelakuan Haneul.
" Kau kenapa? Tak sihat ke? " tanya V lalu menyentuh dahi Haneul
" Ish! Janganlah~ "
" Aku nak tolong kau je pun, janganlah marah. " kata V lalu membetulkan kedudukannya.
Dia tidak lagi membantu Haneul, Haneul memalingkan wajahnya menghadap V. Kelihatan wajah V sayu akibat, dimarahi oleh Haneul. Haneul cuba untuk tidak memujukknya, tapi hatinya mulai timbul rasa kasihan. Ini salahnya, bukan V. Jadi dia harus mintak maaf dekat V. V masih lagi diam seperti tadi. Dia tidak memalingkan wajahnya walaupun seinci untuk memandang Haneul.
" V, sorrylah. Aku tak sengaja. " kata Haneul cuba memujuk V
" ...... " tiada jawapan yang keluar dari mulut V
" V~ Sorrylah eh.. " kata Haneul lagi
" Emmm k " kata V ringkas. Walaupun ringkas, Haneul sudah rasa cukup gembira. Dia segera memeluk V.
" That's why i love you! " kata Haneul sambil memeluk V
" Ehem, no hugging here. Hugging kat lain plishh~ " kata suara yang cukup Haneul kenal. Haneul melepaskan pelukan dan memandang wajah itu.
" Jeles ke wahai Cik Jisoo? " kata Haneul lalu mengangkat sebelah keningnya.
" Ne ada. " nafi Jisoo
+++
Hari ni merupakan latihan yang pertama diadakan pada tahun ini. Latihan kali ini agak meriah kerana kemasukan pelajar baru dari menengah rendah. Buat pertama kalinya, Haneul ingin mengambil bahagian yang bakal diadakan nanti.
YOU ARE READING
Crush → P.J.M✔
Hayran KurguCrush? Tak payah tanya, semua mesti ada. Paling kurang satu. Aku pun ada, ramai. Tapi, satu je paling aku sayang. Itu dia.