★Chapter 2★

163 15 3
                                    


Jin's POV

“Saya rasa saya tak patut duduk sinilah, Jin. Awak pun dah jumpa kawan awak. Saya pergi dulu lah ya?" Aku nampak raut wajah BoMi macam rasa bersalah. Eh? Dia rasa bersalah duduk dengan aku ke apa?

“Oh yelah jumpa nanti."

BoMi bangun dan menuju ke arah barat. Entah kemana dia nak pergi, ah biarlah dia jalan-jalan kat sekolah ni.

“Hyung. Kenapa hyung dengan dia?" JHope ni kecoh betul la. Semua benda nak tau.

“Korang la tinggalkan hyung! Saya nampak dia sorang, duduklah dengan dia. Lagipun, dia sekelas dengan saya." Ringkas je jawapan aku, asalkan budak kecoh ni faham sudah lah.

“Nae dongsaeng? Dia kat mana pula?"

“Adik hyung saya tak nampak. Takpelah, marilah ke library... Saya dah janji  diorang semua nak bawak hyung sekali ke library nanti!" JHope mendesak aku. Dia buat muka sedih pula!

“Alah yelah-yelah! Tau je kamu kan cara nak pujuk saya kan?” Aku tergelak tengok si HoSeok ni. Suka sangat buat lawak takde makna dia tu.

Skip

BoMi's POV

Aku bercadang nak pergi kedai buku, ada benda aku nak beli. Kedai buku pula ada di bangunan blok akademik hujung. Berjalanlah aku ke sana dengan badan dah start berpeluh-peluh.

Tiba-tiba aku ditarik oleh sekumpulan pelajar perempuan. Kuat diorang pegang aku sampai kaki aku pun dah tak jejak tanah.

“Eh eh apa ni lepaskanlah!" Aku sedikit menjerit.

“Senyaplah! Ikut je kami, jangan banyak tanya." Salah seorang membalas.

Aku dibawa di tangga bangunan hujung yang dah lama orang tak lalu. Apa salah aku sampai kena macam ni? Baru sehari kot aku kat sekolah ni!

“Eh apa yang saya dah buat salah? Kenapa korang bawa saya ke sini?"

Aku memberanikan diri.

“Kau buat apa duduk semeja dengan oppa Jin aku, hah? Budak baru dan mentah macam kau ni mana layak duduk dengan oppa aku! Dia aku punya lah!"

“Eh eh saya tak berniat pun-" Aku tak sempat nak menghabiskan kata-kataku.

“Eh kau ingat sikit ya! Leader kami, Momo sahaja yang boleh rapat dengannya. Oppa Jin tu Momo punya!" Seorang lagi pelajar attack aku. Aduhai~ apa yang aku dah buat ni?

“N-ne.."

Aku rasa takut sangat. Tak berani lansung nak lawan senior-senior yang dah keliling aku.

“Momo, awak nak biarkan je dia ni? Dia dah buat kesalahan besar la! Kalau saya jadi awak, saya dah campak dia dalam rumah sampah belakang sekolah sana!"

Gulp! Rumah sampah? Andwae! Aku nak lari dari sini, sekarang!

“No no itu belum cukup lagi. Hei budak baru, sebab kau dah cari pasal dengan aku, kau goda Jin aku, kau akan jadi hamba aku. Faham? Ini bukan pilihan, nak tak nak kau kena buat! Arasseo?" Suara Momo menjerit. Menggigil satu badan aku. Seram!

“Ne! Ne! Mianhaeyo, unnie!!"

Aku tunduk banyak kali kepada 5 orang unnies yang ada di situ. Air mataku pun tunggu masa je nak tumpah. Ilmu taekwando yang dari kecil aku belajar pun rasa dah kecut tiba-tiba. Aku betul-betul takut!

“HAHAHAHAHAHAAHHAHAH..."
Mereka gelakkan aku. Aku dahlah dah macam orang gila, ketakutan, badan menggigil-gigil dari tadi, suara pun dah pecah-pecah, boleh pula diorang bahagia gelakkan aku. Jahatnya!

“Lain kali jangan cari pasal. Senang cerita, kau jangan rapat dengan sesiapa pun kalau kau tak nak kena lagi. Tak guna punya budak mentah, murahan!"
Unnie yang tertera nama ‘DaSom' di nametagnya memberikan amaran keras kepadaku.

“Sudahlah girls. Gajja. Aku loya tengok muka budak ni. Baik aku tengok muka oppa aku je, baru sejuk hati. Biarkan je budak ni. Dahlah miskin."

Momo memandang jijik ke arahku. Hina sungguh pandangan dia kepada aku.

Mereka meninggalkan aku keseorangan.

Selepas mereka melangkah keluar, aku terus menangis semahu-mahunya. Serius, aku rasa diri aku ni hina sangat. Aku terduduk mengenangkan nasib diri ini. Hanya disebabkan aku duduk dengan pujaan hati seseorang, aku dibenci, first day sekolah pula tu!

Apa salah aku?

JinYoung's POV

"Cukuplah beli buku ni je." Aku berjalan keluar dari kedai buku.

Tiba-tiba aku terlihat kelibat senior-senior perempuan yang tua 3 tahun dari aku berjalan sambil bergelak ketawa dari arah tangga bangunan hujung. Pelik. Apa senior-senior tu buat kat situ?

Satu sekolah kenal dengan mereka. 5 orang anak orang ternama itu juga merupakan pembuli ternama di sekolah. Nama mereka selalu berada di jabatan disiplin, tetapi mereka tidak dibuang hanya kerana kuasa parents mereka yang cukup berpengaruh. Aku cukup tidak suka diorang semua tu.

“Apa diorang buat kat situ?"

Aku pun acah-acah jadi Sherlock Holmes, pergi ke arah tangga tu berjengket-jengket. Yelah, kenalah ada feel watak tu betul-betul!

Tiba-tiba aku terdengar suara orang menangis dari tangga tu.

“Gulp! Aku perlu tengok ke tak eh?”

Badan aku mula seram sejuk. Dahlah sorang-sorang je ni.

“Fuh Park JinYoung, kau kena berani! Mesti bukan apa-apa. Baik, aku tengok!" Aku cuba sedapkan hati aku. Aku ulang ayat yang sama berkali-kali, padahal hati pula tak keruan, ‘siapa yang menangis tu?',‘sekolah ini ada hantu?', ‘takkanlah si 5G(5 Gedik, nama panggilan aku kepada senior-senior samseng tu) tu dah kena sampuk hantu?',‘ke...diorang bela saka?'

Macam-macam kata hati ni, tapi aku kuatkan langkah ke arah tangga.

Aku jenguk sedikit dan kelihatan seorang perempuan menangis. Aku kuatkan diri, berjalan ke arah pelajar tu.

“Err hello.... wae-?"

Gadis yang menangis tadi menoleh ke arahku. Mukanya pucat ketakutan. Dan barulah aku tahu, ini pelajar yang baru berpindah masuk ke sini, tua setahun dari aku!

“Eh ini nuna BoMi ke? Nuna yang baru masuk sekolah ni harini kan?"

“Siapa awak? Pergi lah."

“Saya Park JinYoung. Kelas 3-1 . Saya terdengar nuna menangis. Kenapa ni?" Risau pula aku tengok muka nuna ni, pucat lesi!

“Pergi jelah."

“Seolma! 5 orang nuna tadi buli nuna ke? Saya nak adukan kat Tuan Go sekarang juga!"

Aku nak bangun, tetapi nuna BoMi tahan aku.

“Jangan bagitau cikgu.. nanti saya kena lagi teruk."

“Apa saya patut buat sekarang ni kalau biarkan nuna macam ni!"

Aku gelabah. Kesiannya aku kat nuna BoMi ni, baru hari pertamanya dah kena macam ni.

Nuna BoMi tersenyum padaku. Senyuman yang berat. Aku rasa bersalah ingin tinggalkan nuna ni keseorangan walaupun dia suruh aku pergi.

Nuna BoMi mengelap air matanya dan menyambung, “takpelah saya dah okay! Tengok? Saya siap boleh senyum lagi. Terima kasih ya sebab ambil berat." Nuna BoMi cuba buat seperti tiada apa-apa berlaku.

Tapi betulkah nuna ni okay?

𝐈𝐍𝐍𝐎𝐂𝐄𝐍𝐓 || 𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐣𝐢𝐧𝐲𝐨𝐮𝐧𝐠Where stories live. Discover now