★Chapter 5★

84 9 3
                                    


WonWoo's POV

Aku dalam perjalanan ke tempat kerja. Bosan betul duduk rumah. Sebab terlajak tidur yang aku malas nak pergi kerja awal ni. Sebab kebosanan terlampau je nilah aku pergi kerja.

Aku menyusuri laluan pejalan kaki di tepi jalan raya. Nasib baik rumah aku tak perlu lintas jalan besar ni kalau nak ke sana, senang sikit.

Aku keluarkan earphone yang disimpan dalam poket. Baru aku naj letak earphone kat telinga, aku ternampak seorang perempuan berpakaian sama seperti aku. Eh pekerja baru ke?

Perempuan yang aku nampak itu tiba-tiba berhenti. Dia kaku berdiri tegak tak bergerak, serupa tugu dah!

“Eh kenapa dia berhenti tengah-tengah jalan? Gila ke?”

Dia memandang ke sesuatu arah, dia rupanya memandang sebuah lori yang  semakin laju menuju ke arahnya!

Aku memandang perempuan itu, kemudian lori, kemudian perempuan tu balik, dan kemudian lori balik.

“Ya! Agassi! Bikyeora! Jangan berdiri di situ!” Aku menjerit ke arahnya.

Tiba-tiba aku teringat sesuatu! Teringat tentang seseorang yang aku rindu sangat-sangat!

*Flashback*

Eh kenapa Mimi main tengah jalan tu? Mimi-ssi! Jangan main dekat jalan lah, josimhae!”

Aku memanggil adikku. Tetapi dia memandang sesuatu tak berkelip, bukannya dia pandang aku yang memanggilnya.

Sebuah lori menghampiri Mimi. Mimi lansung tidak bereaksi. Dia berdiri tergamam memandang kenderaan besar yang semakin menuju ke arahnya.

Aku gelabah gila masa tu. Terus aku pergi ke arah Mimi yang berdiri dekat tengah jalan raya, dia memang tak bereaksi lansung waktu tu.

Belum sempat aku sampai ke Mimi, lori itu melanggar adik aku. Aku menangis tak tahu apa harus dilakukan. Adik aku kena langgar!

“Adik....kenapa ni dik? Adik bangun, bangun adik!!” Aku meraung memandang Mimi yang bermandi darah. Orang sekeliling menenangkan aku tetapi aku rasa sedih sangat. Dialah satu-satunya adik aku.

“Dongsaeng gajima...,” aku tersedu-sedan melihat adik aku yang diusung ke hospital.

*End flashback*

Entah kenapa. Aku tiba-tiba teringat peristiwa itu. Peristiwa tu berulang lagi depan aku, tapi ini orang lain!

“Mimi, kalini oppa takkan lambat lagi.”

Apa lagi? Aku berlari laju ke arah perempuan yang kat tengah jalan raya tu. memang lajulah aku lari, atlet kebangsaan sekolah ya!

‘Aku takkan biarkan peristiwa tu berulang lagi, walaupun tu bukan Mimi.’ Bisik hati comelku ni.

Perempuan tu masih tak bergerak, apatah lagi beranjak je tepi. Pemandu lori yang baru ternampak ada seseorang di tengah jalan itu membunyikan hon berkali-kali dan membuat brek kecemasan kerana lori yang dipandunya agak laju.

Aku terus memeluk perempuan itu rapat-rapat. Ya! Kali ni aku tak terlambat.

Lori itu semakin perlahan, perlahan dan akhirnya berhenti. Berhenti betul-betul di depan kitorang, dalam 3 kaki je!

Aku melonggarkan pelukanku. Aku memandang ke arah perempuan yang aku peluk. Muka dia pucat lesi.

Dia mengangkat kepalanya, dia pandang aku.

Aku terus lepaskan dia. Ergh ramai juga yang pandang aduhai. Kenapalah aku peluk stranger?

“Mianhaeyo budak! Ahjussi tak nampak tadi. Gwaenchanhayo kamu berdua? Biar ahjussi hantarkan kamu berdua ke hospital.”

𝐈𝐍𝐍𝐎𝐂𝐄𝐍𝐓 || 𝐩𝐚𝐫𝐤 𝐣𝐢𝐧𝐲𝐨𝐮𝐧𝐠Where stories live. Discover now