2

7.7K 31 0
                                    

Suasana di kediaman elit itu sunyi sepi tanpa suara dan kenderaan. Mana tidaknya, jam telah menunjukkan pukul 4 pagi. Kediaman elit itu mempunyai 234 buah rumah banglo mewah dengan berkeluasan 1000 hektar tanah. Melihatkan kediaman yang bernilai ratusan ribu itu, pemiliknya terdiri daripada ahli perniagaan atau ahli koporat yang mempunyai kekayaan yang berjuta. Kehadiran 2 orang lelaki di salah sebuah rumah banglo amat mencurigakan.

“Nuar, kau masuk sattlekan kerja kau, aku tunggu sini cover line” Saad memberi arahan kepada Nuar, sebaik sahaja memberhentikan kenderaan di tepi pagar di bawah pokok di hadapan rumah Banglo tersebut.

“ok bos.” Nuar bergegas keluar, dia memanjat pintu pagar automatik berwarna coklat kehitaman dan berlari menuju ke pintu besar sambil kepalanya menoleh ke belakang, kiri dan kanan.

Sebaik sahaja sampai di muka pintu, dia membuka pintu besar rumah banglo tersebut dengan berhati-hati. Dia memasuki ruang rumah banglo tersebut dengan berhati-hati. Dia takut kalau-kalau tuan rumah sedar akan kehadirannya di dalam rumah tersebut yang tidak diundang itu. Nuar bergegas ke tingkat dimana, terletaknya pemilik rumah tersebut. Dia tidak boleh menyentuh apa-apa yang boleh meninggalkan bukti dan jika dia tersentuh, ia boleh mengakibatkan syak wasangka daripada polis.

Nuar membuka pintu bilik tersebut. Dia yakin bilik di hadapannya itu adalah bilik tuan rumah. Dia memasuki bilik yang tidak berkunci itu.  

---------------

Se-hingga Hitam KelamWhere stories live. Discover now