6

3.8K 26 0
                                        

“macam mana bapak kau boleh pergi sekelip mata macam tu je amir” Min bertanyakan soal kematian bapanya dengan nada tidak berpuas hati selepas selesai kenduri tahlil.

“dia meninggal dalam tidur” pendek sahaja jawapan Amir.

“bapak kau ade penyakit ke sebelum dia meninggal?” Min mengutarakan pertanyaan yang membuat Amir rimas. Amir yang masih bersedih dengn pemergian bapanya sedikit marah dengan pertanyaan Min.

“ mana la aku tahu, dia tak pernah mengadu apa-apa. Dia baik-baik sahaja, sihat ja aku tengok.” Amir menjawab dengan nada marah. Amir masih terkejut dengan pemergian bapanya secara mengejut.

Amir dan Min duduk di buaian di halaman banglo milik arwah En.Firdaus selepas majlis tahlil yang dilakukan juga di rumah tersebut. Mereka duduk membincangkan perihal kematian mengejut arwah Firdaus yakni bapa kepada amir. Sepanjang majlis tahlil tersebut, kelibat Maya tidak kelihatan, Cuma beberapa orang jiran sahaja yang ada di dapur. Amir merasa hairan kenapa Maya tidak keluar bilik sejak balik dari pengebumian. Urusan majlis tahlil pula diuruskan bapa saurada Amir iaitu En. Fariz. Adik kepada Firdaus.

“kita kena siasat kematian bapak kau nih Mir” Min memberikan cadangan.

“kau tak buat report polis ke?” Min terus bertanya.

“mana lah aku tau, tengok-tengok mayat tu dah terbujur kaku dekat atas katil. Tak pasti la pulak mak tiri aku tu buat report polis ke tak. Tau-tau dah mati.” Amir menerangkan pekara tersebut kepada min.

Perasaan Min bercampur baur antara percaya atau tidak bapak Amir mati mengejut atau telah di plan oleh seseorang.

“kita kena siasat nih” Min memberikan cadangan bernasnya

“dah la kau nih, cakap je, apa kita nak buat. Aku bukan tahu selok-belok forensik nih. Kau tu boleh la.” Amir mencebik tanda geram dengan cadangan Min

“kau ni lembab la Mir” Min memarahi Amir sambil menampar belakang amir.

“siapa yang lembab?” Amir mengelak dan beraduh sedikit selepas elakkannya tidak berkesan. Penampar Min melekat juga di bahagian belakang amir.

“kau lah, kau kena ambik tahu, mungkin benda mcm ni ada udang di sebaliknya. Tak mustahil kalau benda ni boleh jadi dekat kau jugak.”

“kau ni mcm mendoakan aku mati pulak. Kau memang nak aku mati ke?” Amir sedikit merajuk dengan percakapan Min. Tetapi dia bukannya terasa pun dengan percakapan Min itu kerana dia tahu Min sangat ambil berat tentang dirinya.

“bukan macam itu Amir, aku ni risaukan kau. Aku macam pelik dengan mak tiri kesayangan kau tu, dia react pelik semacam jer aku rasa ada yang tak kena la dengan dia tu.” Min memberikan hint untuk Amir membuka cerita.

“aku pon rasa macam tu jugak Min. Aku rasa dia ada sembunyikan sesuatu, hari tu aku ada terserempak dia dengan seorang lelaki, dia cakap adik dia. Tapi aku rasa dia ada simpan lelaki dekat luar lah, bapak aku kan sibuk, dia boleh berfoya-foya dekat luar dengan lelaki lain.”berkerut Amir mengingati kejadian tersebut.

“aku dah syak dah, aku pun selalu terserempak jugak dengan mak tiri kau nih. Tapi tak tahu pulak lelaki yang sama atau bukan.” Berkerut dahi Min memikirkan siapa sebenarnya ibu tiri rakan karibnya itu.

“aku nak kau buka kes bapak aku dan satu lagi siasat mak tiri aku jugak. Kau upah la sape-sape, ikut gerak-geri dia. Kau kan banyak informer.” Amir memberikan cadangan sambil memandang jauh ke langit malam.

----------------

Se-hingga Hitam KelamTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang