9

4.8K 27 1
                                        

Pagi keesokan harinya Amir perlu mendaftarkan diri ke kolejnya yang baru memandangkan dia telah diberi amaran sebanyak tiga kali, dia tidak lagi layak untuk berada di kolejnya yang dahulu. Amir mengambil keputusan untuk mendaftar di kolej yang tidak jauh dari kolej yang lama. Hal ini disarankan oleh Min kerana Min tidak mahu berjauhan dengan Amir. Min takut Amir terjebak dengan kegiatan liar anak-anak load di luar sana. Almaklumlah. Amir ni lembab sedikit selalu mengikut apa sahaja yang dikatakan. Kalau kawan-kawannya ajak ke club, dia ikut sahaja tanpa banyak cerita, tetapi dia tidak sukakan tempat-tempat sebegitu rupa. Dia lebih suka duduk dengan Min bercerita.

Ada suatu ketika, Amir berkawan dengan Farid anak Datuk Lutfi yang liar. Farid seorang yang sosial dan sangat nakal. Amir dibawa Farid ke sebuah Club malam ternama di Kuala Lumpur dan pada ketika itu, Amir baru pertama kali menjejakkan kaki ke Club malam dan dia tidak tahu selok-belok club malam tersebut. Amir mabuk teruk dan dia ditinggalkan Farid di club tersebut. Satu Kuala Lumpur Min mencari Amir. Min mendapat panggilan yang  menyuruh Min mengambil Amir di club malam tersebut, setelah pulang, Amir muntah-muntah dan pada keesokan harinya, Amir mengalami demam panas dan sejak hari itu, Amir telah berjanji tidak lagi pergi ke tempat-tempat begitu.

Bunyi hon kedengaran di depan banglo En. Firdaus, Amir menjenguk ke tingkap melihat siapa yang datang. Rupa-rupanya kereta Min telah siap berada di hadapan rumahnya. Amir membereskan diri melihat ke cermin, kacak jugak aku nih.  Desis Amir di dalam hati. Selepas merapikan rambut, Amir bergegas turun dan mendapatkan kunci keretanya. Dia perlu cepat ke hari pendaftaran semester satu Kolej Ungku Omar.  Tanpa sempat bersarapan Amir bergegas keluar tanpa menyapa ibu tirinya di ruang makan. Ibu tirinya itu telah siap berada di meja makan menunggu Amir.

“Amir nak ke mana tu? Jom sarapan dulu!” Ibu tirinya berlari ke muka pintu melihat Amir telah berlari keluar mendapatkan kereta Min.

“tak nak! Mama makan la dulu. Amir dah lambat ni!” Amir tanpa menoleh menjawab pertanyaan ibunya.

Amir menyapa Min dengan kehairanan. Dia tak sangka pula yang Min akan menemaninya untuk pendaftaran kolej baru. Amir excited bila Min ada untuk memberi sokongan kepadanya.

“kau cakap tak nak ikut semalam ada kelas la apa lah, apasal hari ni ubah fikiran pulak Min?” Amir bertanya kehairanan sebaik sahaja masuk ke dalam kereta Myvi putih Min.

“untuk kawan aku, aku sanggup ponteng kelas. Hari ni kan hari first kau masuk kolej baru. Aku nak la teman kau jugak!” Min menekan pedal minyak dan keretanya terus meluncur laju ke tempat yang dituju.

“smart kau hari ni. Pertama kalinya aku tengok kau ceria semacam je. Seronok sangat nampak?” Min pelik dengan perangai Amir hari ini. Selalunya dia tidak seceria hari ini.

“mana tak nya hari ini aku happy gila sebab impian aku bakal jadi kenyataan. Aku akan jadi pelukis terkenal abad ini dan seterusnya!” Dari riak wajah Amir, terbukti dia sangat meminati bidang seni. Dia sangat meminatinya kerana ibu kandungnya dahulu juga seorang pelukis. Dia mahu meneruskan legasi ibunya and niat ibunya yang mahu membuka galeri seni sendiri.

“macam mana dengan yuran kolej?” Min bertanyakan soal dimana mereka sama-sama fikirkan dahulu dan yang menjadi permasalahan mereka dahulu.

“semua tu dah settle la Min. Aku kan ada duit bapak aku. Dia dah meninggal kan. Harta dia semua aku punya. Seronok jugak jadi anak tunggal ni kan? Aku kaya Min! Aku kaya!” Amir ketawa terbahak-bahak ketika mengatakan dia sudah kaya.

Amir tidak perlu memikirkan soal pinjaman lagi kerana semua harta bapanya kini sudah jatuh ke tangannya tetapi soal business dia menaruh sepenuh harapan terhadap bapa saudaranya en. Fariz. Dia sedar yang dia tidak mempunyai ilmu untuk menguruskan syarikat air bercabonat bapanya, sebelum business bapanya lingkup baik dia serahkan dahulu kepada yang pakar. Tapi kalau nak diikutkan Amir berhak dan perlu bertanggungjawab dengan perniagaan bapanya kerana umurnya telah 21 tahun dan berhak membuat keputusan. Tetapi minatnya bukanlah ke arah itu.

Se-hingga Hitam KelamTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang