3

6.8K 32 0
                                    

Pagi itu, Amir bergegas keluar rumah berjumpa sahabatnya Min di kafe tempat mereka selalu berjumpaa dan menghabiskan masa. Amir bergegas keluar awal dari rumah seawal yang mungkin. Dia menuju ke rumah Min, niat di hati dia ingin sahaja lepak di rumah Min, tetapi, Min tidak mahu kerana takut apa yang hendak diceritakan oleh Amir sangat privasi. Dia tidak mahu keluarganya tahu apa-apa soal Amir.

Mereka menuju ke sebuah shopping komplek yang terletak tidak jauh dari rumah Min. setelah selesai memakir kereta mereka bergegas masuk ke shooping compleks tersebut, masih awal lagi dan kedai-kedai di situ belum menjalankan operasi lagi. Mereka menunggu sehingga café tempat mereka selalu lepak memulakan operasi.

“tak kan kau nak tukar kolej amir?” Pertanyaan Min tidak mengejutkan Amir dari lamunannya. Seperti biasa tempat lepak dia dan Min kawan baik Amir adalah di kafe Starbucks Alamanda Putrajaya. Tempat lepak yang seharusnya mereka kunjungi paling tidak pun seminggu sekali. Min adalah rakan baiknya dari bangku sekolah lagi. Amir dan Min begitu rapat dan Amir telah menganggap Min sebagai saudaranya sendiri. Namun Amir tidak tahu yang Min ada menyimpan perasaan padanya ketika Amir mula-mula kenal Min dahulu.

Suatu masa dahulu, semasa berada di darjah enam seorang budak lelaki kacak baru pindah ke Sekolah Kebangsaan Seri Mahawangsa yakni sekolah Min. Sedia maklumlah sesiapa sahaja yang baru masuk ke sekolah atau baru berpindah ke sekolah baru mesti mendapat liputan meluas dari pelajar-pelajar sekolah tersebut. Pada hari pertama Amir masuk ke sekolah tersebut. Amir bertembung dan terlanggar dengan Min di pintu pagar masuk sekolah.

“awak ok tak ni?” setelah melanggar Min, Amir bertanyakan keadaan Min.

“saya ok, tak ada apa-apa. Terima kasih, saya Min, sambil menghulurkan tangan Min memperkenalkan dirinya.

“saya Amir.” Sambil tersenyum Amir menyambut huluran tangan Min. Mereka masuk ke perkarangan sekolah bersama-sama.

Selepas selesai perhimpunan pagi, Amir bergerak ke bilik guru untuk pendaftaran dan tidak disangka-sangka yang Amir menjadi rakan sekelas Min. Setelah memperkenalkan diri Amir disuruh cikgu untuk duduk di sebelah Min dan bermula dari situ mereka berdua menjadi sahabat baik dan dari situ juga lah Min menaruh harapan kepada amir. Amir seperti biasa dia tidak melayan Min.

Di sekolah Amir terkenal dengan sikap playboynya, dia dikelilingi ramai wanita dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Amir sering melayan karenah pelajar-pelajar perempuan di sekolahnya dahulu. Dia juga pernah bercinta dengan tiga orang pelajar perempuan sekaligus di dalam satu kelas. Tidak tahu lah bagai mana dia simpan rahsia tersebut sehingga mereka tidak tahu yang mereka bermadu. Min sahaja yang selalu jadi penyelamat Amir, Min selalu menjadi orang suruhan untuk coverline Amir berdating dengan pasangannya di sekolah. Amir hanya menjadikan Min sebagai postmen untuk menghantar surat-surat cintanya dahulu kepada pelajar perempuan sekolahnya dulu. Boleh tahan kasanova jugak Amir ini. Mentang-mentang dia kacak dan anak orang kaya. Sampai lah suatu ketika Amir berkenalan dengan Sara, seorang pelajar perempuan yang baru mendaftar di sekolah tersebut. Amir sangat serius dengan Sara, Sara berpewatakan lemah lembut, cantik dan bersopan-santun. Bak kata orang, kalau bawak balik tunjuk dekat mak confirm jadi menantu punya. Tetapi apakan daya, hubungan mereka putus di tengah jalan apabila Sara berpindah ke sekolah lain dan terus tidak berhubung dengan Amir. Amir menjadi kusut dan tidak bersemangat, Amir bersumpah tidak mahu bercinta lagi. Dan tidak mahu mengenali perempuan lagi. Pada ketika itulah, Min menjadi pendorong untuk Amir meneruskan pelajarannya dan sehingga kini, Amir hanya percayakan Min dalam hidupnya.

“hoi! Aku cakap dengan kau ni!” Min menepuk meja hampir tertumpah minuman yang baru diletakkan oleh waiter sebentar tadi. Dia sekali lagi mencuba untuk mengembalikan Amir ke dunia nyata.

“yer- yer aku dengar la. Kejap la aku tengah fikir macam mana nak buat. Bapak dah tau aku dah kena buang kolej lah” Dia termenung memikirkan luka di mulut dan perihal bapanya yang tidak faham akan minat anaknya sendiri.

“bapak aku cakap dia tak kan support aku kalau aku ambil art” sambil menggaru-garu kepalanya yang tak gatal, Amir mengadu kepada Min. Riaknya sedih.

“habis tu kau support la diri kau sendiri ke ambil ptptn ke apa susah!” Min memberi cadangan yang cukup bernas bagi dirinya kerana dia pun ambil ptptn juga. Min bukanlah datang dari keluarga yang senang. Dia hanya anak peniaga kecil dan ibunya adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Nak tak nak dia perlu mengambil pinjaman tersebut untuk menampung yuran kolejnya yang mahal.

“kalau kau nak tunggu pendidikan percuma tak dapatnya der. Semua memerlukan duit sekarang, nak berak pun kena ada duit, kalau tak, tak boleh berak. Tahan la kau sampai mampos.” Min cuba membuat lawak untuk mengembalikan senyum di bibir Amir yang luka. Amir tersenyum tadkala Min membuat lawak bodoh di hadapannya, dia tahu yang Min sangat perihatin akan nasib dirinya. Dia sedikit cemburu dengan Min kerana ibu bapa Min sedikit pun tidak masuk campur akan urusan pemilihan kemasukan ke kolej semuanya Min yang pilih sendiri.

“yer la aku tahu la sekarang memang tak dapat pendidikan percuma, tapi mahasiswa tengah usulkan benda itu dekat kerajaan, aku tengok Adam Adla tu bersungguh nak pertahankan hak mahasiswa seronok betul aku dengar talk dia pasal AUKU. Dia memang lejen!” Sedikit mengubah topic tetapi Amir tersenyum.

“aku cakap pasal pendidikan percuma, yang kau ubah topic cakap pasal AUKU tu kenapa. Dia tu nak main politik time tengah study, sebab tu dia nak tegakkan AUKU tu. Yang tu lantak dia lah, dia tak cakap pon pasal pendidikan percuma. Yang usulkan pendidikan percuma tu orang lain bukannya dia” Min membetulkan apa yang dicakapkan oleh Amir.

“woi.. Yang kau nak emo ni kenapa? It doest’n matter who did that. Adam Adla is our hero you know?” Sambil ketawa dan kemudian menghirup kopi yang tinggal separuh itu dengan berhati-hati. Min tersenyum kelat. Apalah yang difikirkan oleh Amir ni, dia ni memang dah tak betul agaknya. Aku cakap lain dia jawab lain, taksub sangat dengan politik ambil la sains politik ke apa ke. Pekara tersebut hanya bermain di kotak fikiran Min.

“eh dah la Min, aku kena balik. Mak tiri aku ni asyik telefon ja dari tadi. Risau pulak aku.” Sambil mengangkat punggung dan menghabiskan air di depan Min, Amir mengeluarkan wallet dan meletakkan not RM20 di atas meja dan terus beredar.

“bye Amir. Nanti apa apa contact aku tau!” Min sedikit rungsing dengan masalah Amir. Dia tidak mahu Amir menukar kolej dan belajar di tempat lain. Dia tidak mahu berada jauh dari Amir. Kehidupan Min akan kosong jika Amir hilang dari hidupnya. Mati agaknya aku kalau Amir tak de. Desis Min di dalam hati.

---------------

Se-hingga Hitam KelamWhere stories live. Discover now