13

4.7K 22 13
                                        

“hang dah dapat apa-apa informasi apa-apa tentang Maya?” sambil memandu menuju ke utara, Min bercakap menggunakan telefon.

“ada, tapi hang kena mai sini Min.” suara loghat utara kedengaran dari hujung talian.

“aku tengah on the way la nih. Hang tunggu sat nanti aku sampai.” Tindakan reflek bila Min bercakap dengan kenalannya yang berasal dari Bukit Kayu Hitam itu. Min pon mengubah loghatnya.

Min mempunyai kenalan di utara dan kenalannya itu mempunyai saudara di selatan Thai. Min ingin mengorek rahsia Maya yang asalnya dari selatan Thai. Min ingin mengetahui siapa Maya sebenarnya.

Enoy, sahabat Min dari utara. Sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur, Min dahulu Menetap di Bukit Kayu Hitam, dan selepas bapany dilarang berniaga di Bazar Bukit Kayu Hitam. Bazar itu akan dirobohkan dan akan dibina pejabat Imigresen. Oleh disebabkan itu, bapanya telah berpindah ke Kuala Lumpur dan memulakan hidup baru di sana. Enoy adalah jiran Min ketika Min berusia 10 tahun. Hubungan mereka tidak terputus begitu sahaja. Min sering juga Kembali ke tempat Asalnya untuk menziarahi jiran-jiran yang ditinggalkannya dahulu. Min juga sering menelefon Enoy jika ada waktu yang terluang semasa di Kuala Lumpur. Min dan Enoy dahulunya bersama-sama belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Kayu Hitam dan Min seorang yang tidak mudah melupakan kawannya.

“macam mana Enoy?” sebaik sahaja sampai ke rumah Enoy yang terletak di Taman Seri Temin, Min terus bertanya perihal siasatannya terhadap Maya, ibu tiri Amir.

“kalau ya pon, masuk la dahulu Min. Aku lama tak sembang dengan hang nih. Banyak benda aku nak cerita dengan hang nih.” Enoy menarik tangan Min dan mengajaknya masuk ke dalam rumah untuk bersembang.

“Min ka nih? Amboih Min.. lama tak jumpa aih. Mak ayah sihat dak?” sebaik sahaja melihat kelibat Min, ibu Enoy, Puan Roziah segera bersalaman dengan Min. Dah besar dah Min ni. Sudah segak dah macam ayah hang.” Min tersipu malu, hanya mampu tersenyum saat disapa oleh Puan Roziah.

“time hang pindah pi kolumpoq dulu, Enoy ni teqiak siang malam rindu dekat hang. Dia kata tak dak dah orang backing dia, teman dia main bola.” Enoy mencubit ibunya tadkala ibunya memberitahu rahsia Enoy. Enoy menaruh perasaan terhadap Min sebenarnya dari dulu lagi.

“Mohd Amin Abdul Aziz!”

Mereka tersentak tadkala mendengar suara parau tersebut dan serentak berpaling melihat ke arah muka pintu. Di muka pintu terpacul bapa Enoy Pakcik Ishak. Pakcik Ishak memang suka memanggil nama penuh orang. Dia tidak suka orang memanggil nama singkatan. Semasa Enoy memperkenalkan nama samarannya kepada bapanya, bapanya habis–habisan menentang nama tersebut. Nor Amelia binti Ishak ditukarkan ke Enoy. Lain habis tu.

Enoy yang berpewatakan lelaki berkawan rapat dengan Min semenjak dari kecil lagi. Mereka berkawan rapat kerana rumah Min bersebelahan dengan rumah Enoy. Mereka juga sebaya dan tiada sebab untuk mereka tidak menjadi kawan baik. Enoy menyimpan perasaan yang mendalam terhadap Min dan Min tahu akan soal itu, tetapi keinginan Min hanya untuk orang yang sama jantina dengan nya sahaja. Min bukannya lelaki Lembut yang senang dibuli. Min lelaki yang keras dan gantleman. Tapi Min tidak pasti mengapa dia menjadi lelaki yang tidak normal seperti itu. Salah satu faktornya mungkin kerana Min berkawan dengan perempuan sewaktu di bangku sekolah dahulu. Min juga terpengaruh dengan kawan perempuannya yang sukakan lelaki dan selalu memuji lelaki. Rakan-rakan Min dahulu hanyalah Enoy dan beberapa lagi teman perempuannya. Sikap Min yang suka melayan orang yang dekat dengannya sahaja membuatkan Enoy jatuh cinta dengannya. Tetapi dari dulu lagi Min hanya tertarik dengan lelaki dan bukan dengan perempuan seperti Enoy!.

Pagi itu, Min dan Enoy segera menuju ke selatan Thai untuk bertemu dengan informer Enoy. Mereka pergi ke sana dengan menaiki kereta Enoy. Mereka bertemu dengan informer tersebut di sebuah restoran makanan thai yang terletak di pekan Danok. Restoran berkenaan terletak betul-betul di hadapan menara jam yang tinggi dan gah sehinggakan Menara jam tersebut boleh dilihat dari Lebuhraya Utara Selatan menuju ke Bukit Kayu Hitam.

Se-hingga Hitam KelamTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang