8

3.4K 22 0
                                    

Selepas sebulan En, Firdaus pergi dan selama sebulan jugalah Amir duduk berdua-duaan dengan ibu tirinya itu. Tak bertegur sapa dan Amir semakin malas mahu pulang ke rumah. Dia tidak suka dengan perbuatan ibu tiri dan bapa saudaranya itu. Yang lagi menakutkan ibu tirinya itu tak habis-habis mahu menggodanya.

Dah gersang sangat dah ke mak tiri aku nih sampai aku pun nak try. Nasib baik taste aku bukan macam dia. Tapi kata-kata tersebut hanya muncul dalam hati Amir selepas ditegur dan digoda ibu tirinya itu sebentar tadi.

“Amir mama sengal badan la, boleh tolong picitkan belakang mama tak Amir? Dulu masa bapak Amir ada dia yang selalu buat macam nih” dengan nada manja ibu tiri Amir meminta pertolongan selepas melihat kelibat Amir masuk ke dalam banglo tiga tingkat milik arwah suaminya itu.

“alah, malas la! Amir nak tidur, naik dulu ye” Amir melarikan diri dari ibu tirinya itu. Bukan dia tidak tahu yang ibu tirinya ingin menggodanya. Tak habis-habis perempuan ni.

Sebaik masuk ke dalam bilik. Amir melihat katilnya dikemas rapi oleh ibu tirinya. Amir melihat satu nota kecil melekat di cermin bilik amir tertulis.

Kalau ada apa-apa mama ada dalam bilik. Mama tak kunci pintu tau!

Geli-geleman Amir membaca nota tersebut. Dengan tindakan reflexs dia pergi mengunci pintu yang tidak dikunci tadi. Dia takut kalau kalau ibu tirinya itu tiba-tiba masuk ke dalam bilik dan menggodanya. Amir sedar yang dia mempunyai wajah iras-iras bapanya. Tinggi lampai kulit sawo matang. Memang lelaki melayu habis. Kacak! Sebab tu ibu tirinya tergoda dengan dirinya.

Selepas membersihkan diri. Amir menghumbankan dirinya ke atas katil empuk di dalam biliknya. Dia mencapai dan melihat foto yang berada di tepi katil. Hmm sudah sebulan dia pergi. Kelihatan Amir sangat merindukan Firdaus. Dia tidak sangka yang bapanya akan pergi secepat itu.

Amir mengingat kembali semasa ibunya masih hidup. Ibu Amir mengetahui yang dia sedang sakit ketika Amir berusia 18 tahun. Ibunya mengalami barah tulang peringkat keempat dan tiada harapan untuk hidup. Pada Mulanya ibunya hanya sakit-sakit biasa, sampailah suatu hari ibunya pengsan di bilik lukisan dan dari situ mereka mengetahui ibunya mengalami sakit kronik tersebut. Semasa keberadaan ibunya, Amir tidaklah sedegil ini kerana pada mulanya Amir ikut sahaja perintah Bapanya untuk mengambil jurusan perniagaan, kerana dia juga dipaksa oleh ibu, ibunya berkata, jangan menyesal kalau ambil art dan jadi seperti ibu. Ibu tiada masa depan, dan mujur ibunya berkahwin dengan bapanya yang mempunyai perniagaan sendiri sedangkan ibunya tidak punya apa-apa.  Amir belajar selama setahun tanpa ada sebarang masalah, tetapi sejak dua tahun kebelakangan ini, Amir mula menunjukkan belangnya untuk menukar kos, memandangkan ibunya sudah pergi, dia tidak perlu lagi tunduk dengan arahan bapanya.

Amir tertidur sambil memegang foto ibubapanya.

---------------

Se-hingga Hitam KelamWhere stories live. Discover now