“dia dah mati. Terima kasih sebab buat kerja dengan cekap dan cepat” Seorang bercakap dengan Saad ditelefon kedengaran serius dengan perjanjian pembunuhan itu.
“sama-sama, lepas ini kalau nak bunuh sesiapa lagi panggillah aku” Saad sambil ketawa seronok dengan pujian tersebut.
“esok aku akan bank in kan duit. Masuk akaun kau. RM50000.”
“terima kasih bos. Seronok berurusan dengan bos.” Saad masih ketawa dan tersengih dengan kerjanya.
“satu lagi hal, lepas ni kau jangan cari aku, biar aku je yang cari kau. Aku tak nak ade apa-apa urusan dengan kau sehingga aku telefon kau balik untuk urusan seterusnya.”
‘jangan risau la bos, saya akan pastikan tak akan ada masalah lepas ni. Semua ditanggung beres.” Saad membalas dengan rasa riak.
Talian dimatikan, Saad tersenyum riang tadkala memikirkan dia akan jadi kaya esok hari. Saad telah membunuh ramai orang. Semuanya dikalangan ahli perniagaan, dan kes nya tidak dapat dibuktikan di mahkamah kerana kerjanya sungguh teliti.
----------------
