14

1.5K 10 0
                                    

"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam" abang dah balik?
Macam mana kerja hari ni? Okay tak?
"Boleh la sayang, tak penat sangat tak Rilek sangat. Biasa-biasa ja. Sayang abang mandi dulu okay. Nanti kita makan sama-sama."
"Okay, mandi sana, busuk tau."

Sayang Enoy pada Min Bukan kepalang tak sanggup rasanya Enoy untuk berpisah dengan Min.

......

Selepas kehilangan Amir, Min menjadi murung dan hilang semangat untuk hidup. Rawan di hatinya hanya tuhan yang tahu, kehilangan sahabat sekaligus teman sehati sejiwa mengakibatkan Min sentiasa dirundung kesedihan. Selepas daripada kejadian Amir meninggal dunia disebabkan serangan bom di hotel di Danok, Min kembali ke Kuala Lumpur Dan melakukan tugas harian seperti biasa. Sungguh kekok apabila Amir tiada di sisi Min.

Sekembalinya di Kuala Lumpur, Min mengambil keputusan untuk berubah ke arah kebaikkan, dia berjinak-jinak belajar menerima dan mencintai perempuan, namun apalah daya seorang manusia seperti min. Min kecundang juga selepas dia dikecewakan oleh seseorang di kolej. Min belajar untuk mencintai perempuan dan perempuan itu sanggup tinggalkan min apabila min berterus terang tentang masa lalunya dan nafsu songsang yang beliau ada pada suatu ketika dahulu. Perempuan itu tidak dapat menerima semua masa lalu min dan meninggalkannya begitu sahaja tanpa ada rasa bersalah.

Selepas mengalami peristiwa yang pahit, min berjinak-jinak memasuki kelab gay yang ada di ibu kota. Dia kembali kepada fitrahnya yang asal iaitu menyukai kaum sejenis. Min memilih kehidupan sosial dan songsang sebagai pegangan hidupnya. Namun hubungannya dengan Enoy masih diteruskan seperti biasa. Yang lainnya, Enoy telah berhijrah ke Kota besar Kuala Lumpur untuk mengejar Min. Enoy masih menaruh harapan yang besar untuk memiliki lelaki yang dia cintai itu. Namun bukan semudah yang disangka.

"Hang ni aku hairan la. Awat aku call hang selalu tak angkat. Aku risau tau bila balik kerja tengok kereta hang bawah apartment kita ni tak dak. Hang pi mana lewat malam baru balik.?"

"Hang call aku ka? Tak perasan pulak. Hehehe. Ade la mana boleh habaq dekat hang nanti hang bising. "

"Aku tengok lepas Amir tak dak hang jadi macam ni. Keluaq masuk kelab malam"

"Aik macam mana hang tau weh?"

"Aku tahu la. Ni enoy kot. KL ni aku pegang"

Nasib baik dia tak tau aku pi kelab Gay. Getus Min dalam hati.

Se-hingga Hitam KelamWhere stories live. Discover now