12

6K 23 0
                                        

Lagu So Far Away dendangan Avenge sevenfold berkumandang kuat di dalam kelas Amir. Amir tertunduk-tunduk mencari telefon bimbitnya yang berbunyi girang. Sambil tersengih-sengih memandang pensyarahnya di hadapan, Amir mengambil telefon bimbitnya segera  mematikan panggilan dan terus menukarkannya dalam mood silent.  

 Sambil meminta maaf kerana mengganggu kelas dengan bunyi bising telefon bimbitnya, Amir melihat ke dada skrin telefon dan periksa kembali siapakah yang menelefonnya tadi. Dia menghantar mesej kepada Min mengatakan dia berada di dalam kelas setelah melihat tertera nama Min di senarai pemanggilnya.

 “assalamualaikum. Mir, boleh aku jumpa kau tak?” terpacul suara dari dalam talian selepas bunyi tut tut beberapa kali di atas talian.

 “waalaikumusalam. Boleh, aku dekat kolej ni. Kau dekat mana? Ada apa hal nak jumpa aku? Rindu ke?” sedikit kedengaran ketawa kecil pada suara Amir.

 “kepala hotak kau, tak da masa aku nak rindu-rindu kau eh. aku ada hal mustahak nak jumpa kau ni.” Min menidakkan soalan dari Amir. Tetapi jauh di suduh hatinya, dia sangat rindukan pemuda itu. Sudah lama dia tidak bertemu Amir, memandangkan Amir telah belajar di berlainan kolej. Dia tidak sempat untuk berbuat ataupun berjumpa dengan Amir. Amir pun selalu menolak ajakan Amir, katanya sibuk dan banyak assignment.

 “oh ada apa? Cakap dekat sini tak boleh? Kena jumpa ke?” Amir separuh mengelak. Dia sangat malas berjumpa dengan Min kerana Min selalu menasihatkan dirinya tentang hubungannya dengan ibu tiri. Dia sudah selesa dengan hidupnya sekarang. Apa nak diubah lagi?

 “tak boleh, ini soal bapak kau.” Suara Min sedikit sayu di hujung talian mendengar penolakan Amir. Dia tahu yang Amir tidak lagi berminat mahu melepak lama-lama dengannya kerana, Amir sudah ada teman baru dan selalu sahaja pulang awal dan me ‘lepak’ di rumah.

 “aku tak berminat la nak ambil tahu, kau simpan je la apa yang kau dapat.” Amir menunjukkan rasa tidak minat

 “bapak kau mati kena bunuh!” Min separuh mendesak. Dia terpaksa memberitahu pekara tersebut terlebih awal.

 “apa? kau serius ni? ok ok, bila kau nak jumpa aku? Dekat mana?” suara Amir bergetar dan sedikit tidak keruan tadkala mendengar apa yang sebenarnya berlaku.

 “jumpa aku tempat biasa petang ni, pukul 4 petang boleh?”

 “kita jumpa dekat sana.”

------------------

 Kopi di hadapannya ditenung dan dikacau perlahan. Jam ditenung beberapa kali dan tangan Min kembali kepada sudu yang berada di dalam cawan kopinya. Jam telah menunjukkan pukul 4.05 minit. Kelibat Amir masih lagi belum dilihatnya.

 “yo what’s up?” Amir mengangkat tangan sambil tersenyum sebaik sahaja melihat Min dengan secawan kopi di atas meja.

 “Amir kau kena dengar sini, aku ada dua benda nak bagi tahu kau, satu pasal org yang bunuh bapak kau. Selepas aku hired semua informer yang aku kenal, aku dah tahu sapa yang upah org bunuh bapak kau,”

 “sape?” Amir dengar dengan teliti dan penuh tanda tanya.

 “bapak saudara kau, En. Fariz. Info yang aku dapat, ada org nampak dia jumpa dengan pembunuh upahan yang sangat licik. Pembunuh itu sungguh licik dan tiada siapa dapat kesan bukti yang ditinggalkan.”

 “aku dah agak dah, kita boleh dakwa dia tak?”

 “masalahnya sekarang kita tak ada bukti dan saksi pon tak kukuh”

 “habis tu macam mana nak buat?”

 “pekara itu kau serahkan dekat aku, aku akan cari jalan untuk selesaikan masalah ini” Min sambil menunjukkan jari telunjuk kepada dirinya sendiri bermuka serius dan keliru.

 “ satu lagi pasal ibu tiri kau,” muka Min sedikit berkerut tadkala menyebut perihal ibu tiri Amir.”

 “yang tu aku tak nak tahu, aku tak kisah siapa dia. Aku dah bahagia hidup macam ini.” Amir sedikit marah dengan kata-kata Min. Dia merasakan Min ingin memutuskan hubungan sumbang mahramnya dengan ibu tirinya.

 Amir segera keluar dari café tersebut dan meluru menuju ke kereta, sebaik sahaja masuk ke dalam perut kereta, enjin dihidupkan dan kereta terus meluncur laju.

 Min yang hanya melihat sahaja tindakan Amir. Dia hanya mendiamkan diri sambil termenung memikirkan cara untuk mengubah Amir.

---------------

Se-hingga Hitam KelamTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang