Pencarian Min berlaku lama. Sehingga Min tidak dapat fokus dengan pekerjaan. Fikirannya jadi bercelaru. Makan tidak mahu,mandi tidak mahu sampai kerja pun tidak mahu. Kemurungan min sehinggakan dia dibuang kerja. Perasaan bersalah terhadap enoy sungguh mencengkap hati dan jiwanya.
Kehilangan enoy satu satunya kawan yang tersisa menyebabkan min gagal dalam segala hal yang dilakukannya. Disebabkan meletakkan hawa nasfu songsangnya diatas segala hal min menjadi seperti besi buruk yang kalau dijual boleh lah dapat dalam dua tiga ringgit.
Pencarian min berakhir apabila dia bertemu dengan ibu bapa enoy di kampung. Min menceritakan segala galanya kepada ibu bapa enoy. Sehinggakan ibu bapanya terkejut. Namun ibu bapa enoy masih bersikap baik terhadap min.
"Mak cik tak tau nak tolong hang mcm mana"
"Makcik tak boleh bawak hang jumpa enoy walaupun makcik tau tempat dia dekat mana"
"Tapi makcik ada satu benda nak bagi dekat hang"
Ibu enoy menyerahkan satu kad alamat kepada min. Di kad itu tertera alamat sebuah rumah yang terletak di utara tanah air.
"Pergilah ke alamat itu. Semuanya akan terjawab di alamat itu"
"Cumanya pakcik harap kamu min dapat berubah dan jadilah lelaki yang sejati selepas ini"
"Terima kasih pakcik. Saya akan segera ke sana"
Tanpa berlengah, min memulakan pencariannya ke alamat yang telah diberikan kepadanya. Waze dipasang dan kereta segera meluncur laju. Dia berharap dapat berjumpa enoy yang dirinduinya itu dan berharap dapat memperisterikan enoy kerana itu yang dia mahu setakat ini.
Dia berharap berita gembira ini dapat disampaikan kepada enoy dan enoy gembira mendengarnya. Tidak lama selepas itu, min sampai ke alamat yang tertera. Dia turub dari kereta dengan kaki yang terketar-ketar sambil berlinangan air mata.
"Boleh saya berjumpa dengan enoy?"
"Tidak ada orang nama enoy dekat sini encik"
"Eh. Nama sebenarnya Nor Amelia Binti Ishak"
"Boleh. Mari saya tunjukkan."
.....
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam" abang dah balik?
Macam mana kerja hari ni? Okay tak?
"Boleh la sayang, tak penat sangat tak Rilek sangat. Biasa-biasa ja. Sayang abang mandi dulu okay. Nanti kita makan sama-sama."
"Okay, mandi sana, busuk tau."
......
"Begitulah keadaan cik Amelia. Sepanjang dia di sini, dia selalu menyebut nama min dan ingin mengahwini min. Sehinggakan saya perlu menjadi min khayalannya. Saya sebagai doktor terpaksa melayan karenah pesakit-pesakit saya"
"Cik Amelia disahkan menghidap minor mental disorder yang berlaku disebabkan oleh kecelaruan pola pemikiran oleh kerana terlalu stress atau terlalu sedih sehinggakan dia tidak dapat mengawal emosi dan sering berkhayal."
Tamat
