ACHTUNG!
" Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan.Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"
•••♦◄♥►♦•••
Qeri dah lama tertanya-tanya, apa kerja si Fali tatkala dia memberi pelbagai alasan bila acapkali diajak menyertai bebudak Kampung Senjanaik challenge bola di padang sekolah.
Bukan setakat main bola, tapi aktiviti lain juga semuanya ditolak mentah-mentah.
Memancing, berenang di sungai, memikat burung di semak-samun belakang surau, sebut saja. Semuanya dia dah tak endahkan.
Tak masuk akal dia tak minat semua itu, padahal Fali merupakan pemain bola handalan mewakili sekolah rendah juga sekolah menengah kini.
Qeri harus melakukan sesuatu. Dia mesti selidik apa kena dengan kawan baik yang sejak awal tahun ini dah tak sekelas lagi dengannya.
Sebelum ini, Fali pelajar paling pandai dalam kelas, kini dia boleh dikatakan terperosok jauh ke lembah yang biasa dihuni pelajar lembab serta bermasalah.
"Aku ade hal arr, sorry sebab tak dapat join korang semua," kata Fali tatkala diajak berkhemah di Hutan Lipur Ulu Terasek.
"Ape sangat arr keje kau tu? Asyik-asyik kau dok sibuk sangat sampaikan benda-benda yang pernah menjadi hobi kau dulu, kini kau tolak ke tepi?" tanya Qeri.
Berang dia dengan gelagat kawan baiknya ini.
"Kau punya prestasi kat sekolah pun makin merudum je aku tengok. Mak bapak kau tak perasan dan tak tegur kau ke?" soal Qeri lagi.
Fali terdiam. Wajahnya tunduk memandang rerumput kering di kaki.
"Kau takkan faham arr Qeri, ini hal aku. Jangan nak sibuk memandai plak. Aku harap kau tak report kat mak bapak aku pasal ni, okey? Kalau dia orang dapat tau, alamat kita tak bertegur-sapa lepas ni."
Amaran Fali membuatkan Qeri tersentak, terkesima.
Memang Qeri tak jangkakan semua itu. Fali tak pernah berperangai sedemikan sejak mereka berkawan seawal di tadika lagi.
Kini mereka sama-sama di form two . Benarlah kata orang, masa dan keadaan mampu merubah manusia.
Kawan boleh menjadi lawan bila tiba waktunya, juga bila ada sesuatu perkara merintang* di antara mereka.
YOU ARE READING
• t𝒶dpole •
Short Story• Sebuah himpunan cerpen fiksyen perihal persahabatan & survival remaja sepanjang meniti kedewasaan. Dikisar & dibumbui dengan misteri, seram, petualangan remaja, humor, adventure, fantasi, saspens juga drama. Tiada watak utama yang melebihi usia en...