Tadpole - Toyol Kondo (1)

832 25 8
                                    


ACHTUNG

Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

Van kuning terang itu berhenti betul-betul di depan pintu pagar steel  yang setinggi lapan kaki. Turun seorang remaja lelaki berpakaian seragam sekolah menengah, longlai* sambil menggalas backpack  hitamnya.

"Esok jangan pulak kamu lambat macam pagi tadi. Makcik tak akan tunggu walau seminit pun." 

Marah si pemandu, seorang wanita separuh abad. Kasar dan kahar* saja lagaknya bak lelaki. Dengan t-shirt  ketat menampakkan kontur* tubuh montelnya.

Kedengaran ketawa bising dan bingit di dalam van yang masih terpelohong* pintunya.

"Esok kalau dia lambat, kita tinggalkan je, makcik. Biar dia nangis menapak ke sekolah." 

Satu suara menjerit menguis gegendang telinga Anas.

Dia kenal akan suara itu, Naquib. 

Si musuh tradisinya sejak di sekolah rendah lagi. Anas berpaling lalu menjelirkan lidah pink nya ke arah pintu van yang sedang ditutup oleh salah seorang penumpang di belakang.

Jari hantunya menghala ke atas dan mulutnya mengeluarkan ungkapan fuck you  namun tanpa bunyi. Benci dia dengan gelagat dua tiga bebudak yang sama naik van dengannya itu.

Mahu saja dia berfixie  ke sekolah biar aman perjalanan pergi baliknya. Namun dibantah keras mamanya yang takut akan keselamatannya di jalan raya yang sibuk dengan ribuan kenderaan hilir-mudik.

"Good morning, Mr. Anas," ucap Pak Guard berbangsa India dengan gaya lidah melentik. Sekejap tadi dia asyik bernyanyi-nyanyi riang lagu Hindi 'Janam Janam Ka Saath' sambil membayangkan wajah si pelakon wanita, Babita.


Lelaki bermisai bak MGR* itu tersengih memandangnya dari tingkap pondok jaga di sebelah pintu pagar. 

Anas tak menjawab.

"Dah nak petang pun, morning  lagi ke?" gumamnya sendirian. 

Dia menapak longlai ke arah kondominium dua belas tingkat, kira-kira tiga puluh meter di depannya.

Hampir tujuh tahun dia dan mamanya menghuni kondo mewah yang serba lengkap ini. Mereka hanya berdua, sejak papanya meninggalkan mereka dan berpenghidupan sendiri setelah bercerai dengan mamanya tatkala umur Anas lapan tahun.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
• t𝒶dpole •Where stories live. Discover now