Tadpole - Rumah Kebun Koko (2)

1.3K 34 11
                                    

        ACHTUNG!

" Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluanHarap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

"Fali bukak le dulu, makcik dah tak tahan tengok ni. Dah lama makcik haus." 

Terdengar suara Makcik Zara. 

Kira-kira dua minit kemudian suara Fali pula kedengaran,

"Sedap tak?"

"Hmm, macam biasa le, sedap," balas Makcik Zara diiringi batuk kecil.

Kemudian, mereka terdiam, lama. 

Qeri di bawah rumah semakin confuse  dan berdebar-debar dadanya. Dia memasang telinga sepenuhnya, bunyi-bunyi lain cuba diabaikan.

"Tutup dulu pintu, lepas tu kita masuk bilik sebab kat dalam ade kipas." 

Suara Makcik Zara kembali memecah hening. 

Terdengar pintu ditutup dan bunyi langkah kaki berkeriuk memijak lantai papan.

"Tak ape ke kita tutup pintu tu? Nanti ade jiran syak ape-ape plak? Lagipun, anak-anak makcik semua tak ade," Fali bertanya.

"Ala, kat sini jiran semua jauh-jauh dan time  macam ni semua dok sibuk kerja," balas Makcik Zara. 

Qeri mengerutkan wajah dek mendengar perbualan berbaur sumbang dua makhluk di atas kepalanya itu.

Keadaan kembali sunyi, lama, sekitar tiga minit. Namun Qeri tetap bersabar menonggeng di bawah rumah.

"Biar saya tolong bukak, makcik baring je. Jangan banyak bergerak, biar saya sorang je yang buat." 

Terdengar suara Fali mengarahkan.

"Pelan-pelan sikit Fali, jangan gelojoh macam dua hari lepas tu," pesan Makcik Zara.

"Aww, aduh. Sakitnya, Fali."

Suara wanita mengerang membuatkan mata Qeri membulat teruja.

Dia membetulkan kedudukan aset agungnya yang kini dah mengeras dan jadi tak selesa di dalam seluar sekolahnya.

"Sapu dulu krim putih tu, makcik tak tahan sakit ni. Fali buat pelan-pelan, ye? Aduh, Fali ni ganas sangat le," rengek Makcik Zara lagi bak orang dalam kesakitan.

"Masih berair dan kemerahan lagi ni. Biar saya cari tisu atau kain untuk lap, okey? Walaupun dah selalu saya belek tapi saya tak tahan tengok ni, rasa geli dan meloya je," suara Fali memujuk.

Seketika kemudian keadaan kembali sunyi. 

Tak kedengaran lagi sebarang bunyi di atas, cuma sesekali terdengar bunyi katil dan lantai berkeriut seolah ada tekanan atau pijakan kejap samada oleh Fali atau pun Makcik Zara.

Qeri menelan air liur dengan nafas tercungap-cungap. Terbayang aktiviti lucah yang sedang dilakukan oleh kedua manusia di dalam rumah itu.

Aset agungnya makin mengeras dan terasa berdenyut-denyut minta dibelai dan dipuaskan. Mahu saja dia bermain-main sendiri hingga tercapai klimaks. Namun ditahannya.

• t𝒶dpole •Where stories live. Discover now