Tadpole - Bila Armi Pusing Kampung (2)

952 32 21
                                    

ACHTUNG!

" Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tidak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

Tiba berhampiran simpang dekat tali air di sebelah balai raya, mata Armi tertancap pada sebuah motor Yamaha RXZ  dengan dua susuk tubuh di atasnya.

Seorang lelaki muda dan seorang gadis yang terangkat punggungnya tatkala jentera bising itu membrek di gigi jalan.

"Okey, lusa nanti jangan lupa tunggu kat tempat biasa, ekk? Abang ade surprise  untuk Lara." 

Dapat didengari oleh Armi akan kata-kata lelaki muda itu kepada si gadis yang sedang bersusah-payah turun dari motor dek keketatan* jeans nya.

Armi tak pernah pun nampak lelaki muda itu sebelum ini. 

"Hmm, mungkin jantan tu bukan orang kampung ni yang disambar Kak Lara untuk jadi boyfriend  baru dia kot?" gumamnya.

Dek terpandang saja kelibat Armi dengan basikal birunya itu, muka Melara berubah jadi masam, meluat.

"Huh, ape pulak le yang budak sewel ni nak bersyarah kat aku?" dia bergumam tatkala lelaki muda itu berlalu pergi membawa sama bingitan bunyi enjin motornya.

Melara berjalan terlenggang-lenggang tanpa mempedulikan Armi yang setia menanti di pinggir jalan. Dia langsung tak memandang budak kepoh itu tatkala mereka berselisih.

"Kak Lara, siapa budak jantan tu? Ape nama dia? Kat mana dia tinggal? Korang pegi mana tadi?" 

Bertubi-tubi soalan Armi talakan pada gadis genit berkulit sawo matang itu.

"Ee, cuba sekali jangan menyibuk urusan orang lain boleh tak?" bentak Melara, geram, sambil menjegil ke arah Armi.

"Pergh.. tanya cam tu pun tak boleh ke? Cuba arr bagi reaksi yang sopan sikit. Kau tu pompuan, anak dara plak lagi," balas Armi seraya merebahkan basikalnya pada rerumput layu di tepi jalan.

"Woi, budak sewel. Tolong le, sekali ni je aku mintak kat kau, jangan nak sibuk pasal aku. Bagi le aku tenang dan aman sepanjang perjalanan aku nak balik ke rumah ni.

"Pi main jauh-jauh, buat benda yang selalu bebudak lelaki macam kau buat. Pegi main guli ke, main lastik ke atau pegi mancing ke," gerutu Melara sambil menapak.

"Aku bukan sesaja nak menyibuk. Dah alang-alang terserempak ngan kau kat sini, aku cuma nak tau siapa budak jantan tu? Nampak muka cam jemuan* je.

"Aku tak nak nanti polis panggil aku jadi saksi kes sorang gadis seksi mati tak berpakaian terkangkang dalam longkang.

"Kalau tau nama jantan tu, senang sikit aku nak jawab soalan polis nanti. Setakat ingat nombor motor dia tak memadai," jawab Armi lalu mencebik.

Melara berhenti menapak tatkala mendengar jawapan tak berlapik Armi itu. 

Dia mendengus sambil berfikir sesuatu.

"Shahril Efendi bin Mustaza, dok kat Taman Gunasama. Keje, jadi despatch  kat pejabat PORLA  sana. Okey, dah puas hati kau budak sewel?" Melara melepaskan geramnya.

• t𝒶dpole •Where stories live. Discover now