Tadpole - Toyol Kondo (2)

852 25 17
                                    

ACHTUNG

Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yangberbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

"Mungkin angin atau kelawar terbang terlanggar cermin," bisik Anas untuk menyedapkan hati sendiri. 

Namun hakikatnya, dia seriau* dan cuak. 

Dia ke ruang tamu lantas merebahkan tubuh, berbaring di sofa empuk sambil menonton televisyen. Selimut nipis ditarik menutup kaki hingga pinggangnya.

Tu tap tup tap.

Dia menekan remote control  mencari-cari program apa yang menarik pada skrin nipis lima puluh incinya.

Akhirnya, siri kartun di saluran Disney  juga menjadi pilihan. Namun baru sepuluh minit melayan animasi penuh aksi, dia terlelap.

Bunyi seperti kaca terhempas pecah membuatkan dia bangun terkulat-kulat sambil menggosok-gosok mata mamunnya.

"Huh, ape plak ni? Takkan aku diuji dan diusik lagi malam-malam buta ni?" gumamnya.

Anas memberanikan diri membuka pintu dan menjenguk sedikit kepalanya pada laluan kiri di koridor. Tiada sesiapa, dia menoleh ke kanan.

Jantungnya berdegup kencang tatkala sekilas terpandang satu susuk tubuh seakan budak berlari ke arah pintu kecemasan.

Anehnya budak itu langsung tak berpakaian. Tubuhnya berwarna hijau kebiruan dengan punggung comel bergetar tatkala dia berlari menyelinap di celahan pintu tersebut.

Gerangan apakah itu? Hantu? Bunian atau toyol? Anas mula cuak dan takut.

Di lantai, ada serpihan kaca seakan botol pecah. Ada beberapa kesan tapak kaki yang mungkin berpunca dari pijakan makhluk pada tumpahan air botol tersebut.

Ia seperti apa yang dia jumpa di depan pintu kondonya beberapa hari lepas. Cepat-cepat Anas menutup dan menguncikan pintu.

Dia terus masuk ke biliknya dan berbaring di katil dengan berselimut litup*. Hatinya berdebar-debar mengingatkan makhluk menyerupai toyol yang pernah dia tengok dalam filem juga yang dibaca dalam novel-novel seram sebelum ini.

Dia melihat jam di dinding, dah sebelas dua minit malam. Debarannya masih terasa, tak mahu reda.

Suasana sunyi sepi.

"Kalau ada Harvey jadi peneman malam ini, alangkah best. Tak arr aku ketakutan dan rasa bosan cam ni," getusnya.

Dia cuba memejam mata namun bayangan tubuh budak hijau bogel tadi menerpa di ingatannya.

Manusiakah atau makhluk halus? 

Tubuhnya terasa seram sejuk. 

Akhirnya dia terlelap juga.

•••♦◄♥►♦•••

Hari Sabtu, Anas tiada apa-apa program di sekolah. Homework  pun dah hampir siap, jadi dia turun untuk mengambil angin pagi di sekitar taman hijau di kawasan kondominium.

Tiada sesiapa yang boleh diajak bersantai dan lepak-lepak kerana kondo ini kebanyakannya dihuni para bujangan yang bekerjaya penting. Sudah tentu mereka sibuk dengan urusan masing-masing.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 09, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

• t𝒶dpole •Where stories live. Discover now