Tadpole - Bila Armi Pusing Kampung (1)

1.3K 34 14
                                    

ACHTUNG!

Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan.Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

Dia bodoh alang, lurus bendul dan tiga suku. 

Cakap apa saja gelaran negatif yang terlintas di fikiran, itulah Armi.

Budak sebelas tahun yang rajin ke sekolah dan tak pernah ponteng mengaji dengan Nek Dayah, perempuan lebih separuh abad yang berumah di tepi kebun sawit Kampung Badak Hingar.

Armi disayangi kedua ibu bapanya, Mak Jeha dan Pak Kimsan. Juga seorang kakak dan abang, Nurin dan Hazman. Masing-masing lapan belas dan lima belas tahun.


     Sebagaimana mereka menyayanginya, Armi juga sayang keempat-empat insan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebagaimana mereka menyayanginya, Armi juga sayang keempat-empat insan itu. Acapkali dia menzahirkan ucapan sayang terhadap mereka, bersungguh-sungguh.

"Mak, ayah, aku sayang sangat kat mak ayah berdua. Sebab mak ayah bagi aku makan minum. Bagi aku sekolah dan beli baju dan basikal ni.

"Walaupun basikal second hand  je, tapi aku syukur daripada tak ade langsung," ujar Armi tatkala mereka anak-beranak sedang santai menonton siri kegemarannya 'Gerak Khas' di televisyen.

Sememangnya, sejak boleh bercakap, waktu usianya satu setengah tahun, Armi menyebut dirinya 'aku' kepada semua orang.

Bukan dia tak hormat orang tua atau tak ada adab sopan ketimuran Melayu. Dia memberi alasan selesa bila menyebut 'aku' bila bercakap dengan orang.

Lagipun katanya, di negara seberang sana, semua bebudak cakap macam itu dengan orang tua mereka.

Emak dan bapanya hanya mengiakan saja. Tak mahu mereka memanjangkan lagi perkara remeh itu. 

Lagipun, Armi tak pernah menimbulkan sebarang masalah kepada mereka seisi rumah. Kalau ada pun, dalam skala yang kecil saja.

Bagi orang kampung atau sesiapa yang belum biasa dengan cara percakapan Armi, akan terkedu terkesima. Mereka akan anggap dia tak beradab dan kurang ajar.

Bagi Mak Jeha, biarpun Armi nampak seperti kurang ajar bila menggunakan ganti diri itu tapi dia seratus kali lebih baik berbanding anak-anak yang menyebut 'saya', 'cek' atau 'adik' namun perangai mengalahkan jin pelesit.

Orang kampung semua kenal Armi, budak paling banyak ragam serta ligat celotehnya. 

Apa saja yang keluar dari mulut, sememangnya ikhlas dari hati nuraninya. Siapa yang tak pernah kena kenen* atau teguran tajamnya?

• t𝒶dpole •Where stories live. Discover now