Bab 4

3.4K 165 0
                                    

Kagum. Itulah yang dia dapat jelaskan. Aurora membesar tanpa mengetahui orang tuanya masih hidup lagi. Atisya tidak percaya dia sekarang berhadapan dengan puteri Aurora yang sebenar. Aurora yang baik dan penyanyang. Hari ini Aurora sudah berusia 14 tahun dan masuk bulan 10 nanti genaplah umurnya 15 tahun.

"Tuan hamba, jomlah kita main!" Jerit Aurora begitu gembira lalu berlari ke arah pokok di atas bukit.

Atisya tersenyum lalu turut berlari ke bukit tersebut. Sampai di sana, Aurora sedang bermain dengan binatang kesayangannya. Itulah puteri Aurora yang dikenalinya. Kawannya hanyalah binatang-binatang yang tinggal di hutan. Atisya terpegun lalu tangannya perlahan-lahan mengusap arnab betina itu.

"Bagaimana, tuan hamba? Seronok tidak?" Soal Aurora yang ketika itu berbaring di atas rumput hijau. Dirinya dikelilingi  pelbagai binatang.

"Mungkin bukan sekadar seronok. Hamba rasa terlalu seronok," jawab Atisya begitu gembira.

Begitu indahnya pemandangan di situ. Rumput yang menghijau, daun-daun yang berguguran ditiup angin petang itu. Malah, cuaca yang tidak terlalu panas tidak juga terlalu sejuk. Atisya betul-betul terpegun.

"Aurora, mulai hari ini kamu panggilah hamba dengan menggunakan nama hamba,"

"Atisya. Sedap nama tuan hamba," puji Aurora bersama senyuman paling manis.

Atisya duduk. Tangannya masih bermain dengan arnab betina tadi. Sesekali dia tergelak melihat arnab itu kegelian.

"Aurora!" Sapa satu suara di belakang mereka.

Aurora cepat menoleh. Atisya juga turut menoleh sama. Sihir itu! Maleficent. Aurora bangun lalu meluru memeluk tubuh sihir itu. Atisya panik. Aurora begitu rapat dengan Maleficent. Dia salah cerita ke? Bukan ke dalam buku dituliskan bahawa Aurora hanya berkawan dengan binatang-binatang. Tidak pada sihir jahat itu.

"Hamba hendak perkenalkan kawan hamba. Nama dia Atisya,"

Kala itu mata Atisya bertembung dengan mata Maleficent. Begitu lama mereka berkeadaan seperti itu. Mujur Aurora bersuara. Maleficent menghulurkan senyuman. Atisya masih diam. Melihat begitu akrabnya Aurora melayani Maleficent membuat Atisya mengalah pada takdir. Maleficent hanya sekadar melayan kerenah Aurora. Tidak pula dia menyakiti Aurora.

"Atisya, mari ikut hamba!" Ajak Aurora sambil menarik tangan Atisya.

"Nak ke mana?" Tanya Atisya pelik.

"Kita ikut ibu pari itu. Dia nak bawa kita ke tempat dia. Tempat itu lebih jauh indah dari sini," jelas Aurora begitu teruja.

......

Atisya berjalan di belakang mereka. Tiap kali langkah kakinya dia cuba berhati-hati. Dia takut akan perangkap sihir tersebut. Burung gagak yang berterbangan di sebelah Maleficent sungguh menakutkan Atisya. Kenapalah dia bertemu dengan sihir yang jahat.

Langkah Atisya terhenti serta-merta. Dia terpegun untuk buat kedua kalinya. Kawasan paya yang menakutkan namun tidak di pandangan matanya mahupun Aurora. Aurora terlebih seronok bermain di paya itu bersama tumbuhan yang hidup. Baju yang dipakainya itu habis kotor. Atisya memandang pada Maleficent yang duduk di akar pokok bakau bersama burung gagak di bahunya. Maleficent sentiasa dengan wajah muramnya namun Atisya tahu wanita sihir itu begitu gembira dengan tingkah-laku Aurora.

"Apa semua ini?" Soal Atisya dengan nada berbisik pada dirinya.

"Aurora, mungkin dah sampai masanya untuk kamu pulang sekarang. Kawan kamu tentu letih," kata Maleficent.

Aurora terhenti lalu memandang ke arah Atisya. Dia naik lalu menghampiri Maleficent. Atisya hanya memandang.

"Hamba rasa seronok sekali berada di sini, ibu pari. Hamba harap ibu pari bawa hamba ke sini lagi sama kawan hamba juga," ucap Aurora begitu gembira.

Sebelum melangkah pergi, Aurora sempat mengucapkan selamat tinggal pada kawannya di situ. Atisya akhirnya mengekori langkah Aurora keluar dari hutan tersebut. Untuk kali terakhir, Atisya cuba menoleh ke belakang pada sihir itu. Kala itu mata mereka bertembung lalu laju Atisya memandang ke hadapan. Takut sekiranya perempuan sihir itu memberi sumpahan kepadanya pula.

Sang Puteri Beradu (COMPLETED)Where stories live. Discover now