"Mama...ayah..." panggil Atisya perlahan.
Kelibat ayah dan ibunya di depan dipandang begitu sayu. Berkali dia panggil namun mereka tidak mengendahkan laungannya itu. Atisya terus berlari mengejar dari belakang namun kelibat ayah dan ibunya makin hilang di sebalik kilauan cahaya yang datang entah dari mana. Dia memasuki cahaya itu lalu mencari orang tuanya. Namun dia gagal.
"Mama...ayah...kenapa tinggalkan Atisya?"
Atisya menangis semahunya. Sehingga dia tersedar bila ada orang memegang bahunya. Laju dia bangun. Dia hairan dia berada di mana. Tapi bila mengamati keadaannya di sekelilingnya itu dia tahu dia berada di tempat Maleficent.
"Hamba dengar kamu berkata dalam tidur tadi..."
Atisya menoleh ke sebelahnya. Mack ada di situ sambil memandang ke arahnya. Atisya pantas melarikan pandangannya ke arah Aurora yang sedang seronok bermain di paya. Gelak tawanya kedengaran bila bermain dengan tumbuhan hidup itu.
"Kamu sebut mama...ayah...Itu sahaja hamba dengar. Hamba tidak menyangka kamu boleh tertidur di sini. Itulah hamba temani takut ada ular patuk kamu," jelas Mack dengan bersungguh-sungguh.
"Mack, hamba sudah tahu mengenai cerita hidup kamu. Tetapi bolehkah hamba bertanya dari mana kamu dapat sumpahan tersebut?" Pinta Atisya lalu menyandar pada akar pokok tersebut.
"Dulu, ada ahli sihir jahat yang cuba menghancurkan kampung di tempat hamba tinggal. Hamba tinggal bersama ibu dan ayah hamba. Sejak ahli sihir jahat itu menghancurkan kampung itu, habis semua orang lelaki disumpah menjadi gagak hitam. Kenapa dia sumpah kami jadi gagak hitam, sebab...hanya dengan cara itu tidak ada seorang perempuan pun yang nak bersama dengan lelaki itu. Dari situ, hamba menggembara mencari cinta sejati setelah ayah dan ibu hamba meninggal dunia. Hamba dengar kawan hamba yang lain sudah bahagia dengan pasangan mereka. Sedangkan hamba masih seperti ini sehingga hari ini," cerita Mack begitu tekun sambil tangannya bermain dengan ranting kayu.
Atisya terdiam membisu. Dia menoleh pada Mack di sebelahnya. Wajah sayu lelaki itu cukup menggambarkan dia sedih akan hidupnya.
"Mack, hamba minta maaf kalau hamba sudah membuat kamu sedih," ucap Atisya dengan nada sayu.
"Tidak, Atisya. Hamba sudah lama berkeadaan seperti ini. Hamba sudah lama buang rasa sedih itu dari hidup hamba. Mungkin suatu hari nanti hamba akan bertemu dengan jodoh hamba..."
Mack tersenyum sendiri. Atisya tumpang tersenyum.
"Bagaimana kaki kamu? Sudah sihatkah?" Tanya Mack sambil memandang ke arah Atisya.
"Sihat sikit sahaja. Tetapi jangan risau. Hamba boleh berjalan sendiri," kata Atisya begiti gembira lalu menunjukkan kakinya pada lelaki itu.
"Boleh hamba tengok?"
Atisya hanya menganggukkan kepalanya sambil mengukir senyum di bibir. Mack pun memeriksa kaki Atisya sebelah kanan yang terseliuh itu. Kesan lebam semakin memudar. Jari-jemarinya lembut menyentuh kaki gadis itu di tempat kesan lebam tersebut.
Atisya terkaku. Sentuhan dari tangan lelaki itu membuat jantungnya berdegup pantas. Pipinya mula timbul tompok-tompok kemerahan. Namun matanya masih menatap wajah Mack yang bersahaja itu.
"Betul kata kamu. Kaki kamu sudah semakin sihat," kata Mack lalu matanya memandang pada Atisya yang juga memandang ke arahnya.
Begitu lama mereka berkeadaan seperti itu. Atisya tersedar bila tangan Mack lembut menyentuh wajahnya. Dia pantas menepis tangan lelaki itu lalu memalingkan wajahnya ke tempat lain.
"Maafkan hamba tentang perkara tadi. Hamba betul-betul tidak sedar..." ucap Mack dengan nada rasa bersalah.
Atisya menarik nafas untuk tenangkan jantungnya yang sedari tadi berdegup laju. Setelah reda, dia menoleh pada lelaki itu.
"Tidak apa. Hamba juga salah,"
Perasaan gugup dibuang tepi. Atisya cuba berlagak tenang di depan lelaki itu.
"Atisya...jangan bergerak," kata Mack seakan memberi arahan.
Atisya jadi tidak sedap hati. Kenapa?
"Kenapa?" Soal Atisya ingin tahu sambil memandang pada Mack.
"Dengar kata hamba. Jangan bergerak sebab...ada benda panjang sekarang tengah menuju mendekati kam...." kata Mack terhenti di situ bila Atisya pantas menuju ke arahnya.
Tubuh lelaki itu dirangkul kemas. Dia tahu benda panjang itu. Janganlah dia dipatuk ular selepas ini. Namun selepas itu dia tersedar bila Mack seakan cuba menahan gelak. Dia membuka matanya merenung lelaki itu. Mack tidak menahan lagi lalu tercetuslah tawanya. Atisya bertambah geram lalu menumbuk dada lelaki itu banyak kali.
"Ouchh!" Mack mengadu sakit lalu Atisya pun berhenti menumbuk.
"Maafkan hamba..."
"Tidak apa, Atisya. Memang patut kamu tumbuk hamba sebab kenakan kamu tadi. Hamba pun nak minta maaf juga. Tidak sangka hamba, kamu ini kuat menumbuk," usik Mack dengan senyuman nakal.
Atisya menahan malu. Dia tidak mahu bersemuka dengan Mack. Tepat pada masanya, Aurora mengajaknya untuk pulang. Atisya pantas bangun meninggalkan Mack di situ.
.......
Atisya ingin masuk ke dalam biliknya namun dia terhenti bila terpandangkan Aurora yang berada di beranda rumah. Dia datang menghampiri lalu bersembunyi di sebalik pintu.
"Ibu, hamba sudah masuk 15 tahun nanti. Apa kata selepas ini ibu lepaskan hamba untuk hidup bebas. Hamba sudah besar dan hamba memang pantas untuk hidup bebas,"
Rupanya Aurora sedang mencari kata-kata yang sesuai untuk ibu-ibu parinya. Mungkin dia nak berkata begitu ketika hari ulangtahunnya yang tidak lama lagi. Dan sumpahan itu sudah semakin dekat.
"Tidak. Hamba patut cari alasan yang bagus supaya ibu mempercayai kata-kata hamba,"
Atisya berundur perlahan-lahan. Tempohnya semakin dekat. Bagaimana dia membantu Aurora lepas dari sumpahan tersebut? Dia melangkah masuk ke dalam biliknya.
YOU ARE READING
Sang Puteri Beradu (COMPLETED)
RomanceAtisya-Aurora. Mereka adalah perempuan dari dunia yang berbeza. Aurora merupakan masa silam yang begitu lama dilupakan orang. Manakala Atisya perempuan masa kini datang dari dunia penuh moden. Atisya disahkan koma setelah mengalami kemalangan yang...