Hari yang dinanti pun tiba. Mereka sibuk membuat kejutan untuk ulangtahun Aurora yang ke 15 tahun. Atisya menepati janjinya mencari bahan untuk kek hari jadi Aurora. Akhirnya usaha mereka menemui kejayaan. Aurora tentu gembira. Inikan ulangtahunnya. Tadi pagi Aurora keluar entah hendak ke mana. Atisya hanya berada di rumah membantu kerja-kerja ibu-ibu pari itu.
"Atisya, kamu berehatlah. Kalau Aurora sudah datang baru kami panggil kamu turun ke bawah. Pergilah," kata ibu pari berpakaian warna hijau.
Atisya senyum. Dia menurut lalu dia berlalu dari situ. Dia menaiki tangga dengan berhati-hati.
"Atisya!"
Atisya berhenti di anak tangga terakhir untuk menuju ke tingkat atas. Namanya dipanggil lagi. Atisya pantas menoleh ke belakang.kala itu badannya tidak seimbang. Atisya cuba berpaut pada pegangan tangga tersebut namun dia terlambat. Tubuhnya jatuh bergolek hingga ke tingkat bawah. Kepalanya terus terhantuk pada sesuatu benda keras. Atisya cuba mencari kelibat yang dilihatnya tadi. Dia tidak salah lihat. Isyraf memang ada di situ. Namun akhirnya pandangannya semakin gelap. Dia dapat menangkap suara-suara ibu-ibu pari yang meluru ke arahnya begitu panik. Atisya tidak sedar diri selepas itu.
......
Aurora melangkah masuk. Dia kehairanan bila rumah itu terasa begitu sunyi. Dia mencari kelibat ibu-ibu pari di ruang dapur. Namun mereka tidak ada di situ.
Aurora mula berasa pelik. Tiba-tiba dia terdengar suara orang berbisik di bilik ibu-ibu pari tersebut. Dia melangkah perlahan-lahan menghampiri pintu bilik tersebut.
"Apa yang harus kita lakukan sekarang? Aurora sudah berusia 15 tahun. Kita sudah melakukan tanggungjawab kita menjaga Aurora hingga dia berusia 15 tahun. Yang pentingnya sumpahan itu tidak menjadi pada Aurora,"
"Tapi kita kena maklumkan pada raja dahulu. Nanti dia marah Aurora pulang ke istana itu,"
"Bagaimana kita nak beritahu pada Aurora bahawa dia adalah puteri raja?"
Senyap. Aurora terkejut. Air matanya mengalir di pipi. Jadi dia adalah anak raja negeri itu. Tapi kenapa dia berada di sini? Sumpahan?! Dia juga terkena sumpahan. Dia menangis. Dia harus bertemu dengan ayahnya.
"Aurora..."
"Hamba sudah dengar semuanya...." kata Aurora dengan sedih.
Dia berlari menuju ke biliknya. Di situ dia menangis semahunya. Begitu lama dia berfikir. Akhirnya dia membuat keputusan. Dia berlari keluar menuruni tangga ke tingkat bawah. Di sana ibu-ibu pari menantinya. Dia tidak peduli lalu keluar dari rumah. Langkahnya laju diaturkan pada kuda kesayangannya. Bersama kuda itu dia pergi meninggalkan tempat yang dia dibesarkan.
Ibu-ibu pari mula risau. Habislah mereka dimarahi oleh raja Ethan. Mereka pantas bertukar menjadi pari-pari kecil. Akhirnya mereka bebas. Mereka berterbangan dengan gembiranya.
"Mari kita pergi ke istana,"
Mereka terbang keluar dari rumah tersebut. Dengan gembiranya mereka terbang laju diiringi gelak tawa mereka.
YOU ARE READING
Sang Puteri Beradu (COMPLETED)
RomanceAtisya-Aurora. Mereka adalah perempuan dari dunia yang berbeza. Aurora merupakan masa silam yang begitu lama dilupakan orang. Manakala Atisya perempuan masa kini datang dari dunia penuh moden. Atisya disahkan koma setelah mengalami kemalangan yang...