Bab 20

2.1K 125 0
                                    

Maleficent berjaya membuat putera raja itu pengsan. Dia mengangkat lelaki itu di atas kuda tersebut. Maleficent naik di kuda tersebut lalu bergerak laju meninggalkan tempat itu. Gagak hitam mengekorinya dari belakang. Yang pasti tujuan mereka adalah ke istana negeri tersebut.

.....

Atisya tersedar. Dia memandang keadaan sekelilingnya yang begitu pelik. Dia berada di mana. Rupanya dia berada di atas katil di dalam bilik entah dia pun tak tahu.

"Atisya, kamu sudah sedar," tegur ibu pari yang memakai pakaian biru.

"Ibu pari...kamu sudah jadi pari-pari..."

Ibu pari itu tersenyum. Muncul dua orang pari-pari kecil yang sudah setentunya ibu pari yang dikenalinya. Atisya memcari kelibat seseorang.

"Baguslah kamu sudah sedar, Atisya. Kami hampir tinggalkan kamu di rumah buruk tersebut. Maafkan kami..." kata ibu pari yang berpakaian warna hijau.

Atisya diam. Dia merenung pari-pari tersebut dengan penuh tanda-tanya.

"Jangan risau. Kami berjaya menyakin raja Arthur supaya kamu tinggal di sini bersama kami. Kamu sekarang dalam keadaan selamat. Oh ya jangan pernah keluar dari bilik ini sebab ini perintah raja Arthur. Kalau begitu, kami pergi dahulu sebab kami harus menjaga Puteri Aurora,"

"Aurora di mana?" Tanya Atisya cepat.

"Aurora dalam keadaan baik-baik sahaja. Kamu jangan risau. Kami pergi dahulu,"

.....

Atisya membuka perlahan pintu bilik itu. Setelah keadaan di luar tiada orang, Atisya berjalan laju menuju ke arah ke tempat bilik Aurora. Dia menghampiri pintu bilik di depannya. Dia pasti itu tentunya bilik kepunyaan Aurora. Tiba-tiba dia terdengar seseorang berbisik di dalam. Laju sahaja dia menolak pintu bilik tersebut.

"Atisya..."

Bila terpandangkan Aurora yang terbaring tidak sedarkan diri di atas katil, laju sahaja dia datang mendekati. Tak mungkin! Aurora...maafkan aku...kalau aku datang awal aku mungkin mampu menyelamatkan kau dari sumpahan tersebut.

"Aurora..." panggil Atisya dengan perasaan sedih.

Ibu-ibu pari juga turut bersedih. Lagipula mereka sudah mengumumkan tentang perkara itu pada raja Arthur. Namun raja Arthur sedang sibuk menyediakan askar-askarnya untuk peperangannya dengan ahli sihir jahat itu. Maleficent.

......

Kedengaran seperti suara orang mengadu sakit. Ibu-ibu pari laju membuka pintu bilik. Bila terpandangkan putera raja, mereka terus menarik tangan lelaki itu masuk ke dalam. Putera raja tersebut tercenggang. Namun bila terpandangkan Aurora yang terlena di katil, laju sahaja langkahnya menghampiri.

"Tolong beri dia ciuman kamu," pinta ibu-ibu pari itu.

Putera Luther teragak-agak untuk mencium. Dia tertanya-tanya mengapa keadaan Aurora
Begitu? Namun dia didesak lagi oleh pari-pari kecil itu. Dia akhirnya perlahan-lahan mendekatkan wajahnya pada wajah Aurora lalu bibir mereka bercantum.

.....

Atisya menangis semahunya di beranda istana itu. Dia tidak mampu melihat Aurora yang tidak sedarkan itu namun masih bernyawa. Aurora harus bergembira pada hari ulangtahunnya hari ini. Kalau dia datang awal sahaja Aurora tidak akan seperti itu.

"Atisya..." panggil satu suara garau di belakangnya.

Atisya tidak menoleh. Dia tahu empunya suara itu. Dia masih menangis. Sebak di dada tidak dapat ditahan.

"Atisya, kamu tidak perlu menangis seperti ini. Aurora sudah sedar. Sumpahan itu sudah hilang. Dia sudah menemui cinta sejatinya..."

"Betulkah?!"

Atisya terus mengesat air matanya. Laju dia meluru mendakap lelaki itu dengan penuh gembira. Mack senyum bahagia lalu membalas pelukan tersebut. Atisya seakan tersedar laju menolak perlahan tubuh Mack jauh darinya. Dia termalu sendiri.

"Maafkan hamba...Hamba begitu gembira sebab itulah terpeluk kamu," kata Atisya.

Mack hanya menguntum senyum pada gadis itu. Dia membuang pandang kehadapan. Semuanya sudah berakhir. Aurora sudah menemui cinta sejatinya. Manakala Maleficent sudah melangsaikan dendamnya pada raja Arthur. Dia juga berjaya mendapatkan sayapnya yang dulu dicuri oleh raja Arthur.

"Bagaimana dengan kita?" Soal Mack perlahan.

Atisya diam. Apa yang pasti dia akan kembali ke tempat asalnya. Ini bukan dunianya.

"Atisya...kalau kamu pergi sekarang, hamba hanya ingin mengatakan ini pada kamu bahawa hamba sangat mencintai kamu. Hamba memang tidak mahu berpisah dengan kamu tapi ini takdir hamba..."

"Mack, kamu betul. Hamba sudah ingat segalanya. Mungkin sudah masanya hamba pergi tinggalkan dunia ini. Tapi hamba juga ingin mengatakan ini pada kamu. Hamba juga sangat mencintai kamu...."

Senyap. Dua-duanya melayani perasaan masing-masing. Kala itu Mack mengenggam tangan Atisya begitu erat. Air mata Atisya mengalir jatuh ke pipi. Mungkin ini saat terakhir mereka bersama. Atisya menangis. Mack terus menarik perlahan tubuh Atisya ke dalam dakapannya.

"Menangislah...Mungkin ini kali terakhir hamba mendengar tangisan dari kamu. Mungkin selepas ini hamba akan merinduinya..."

Tanpa mereka sedari air mata cinta yang mengalir itulah menyebabkan sumpahan pada Mack menghilang. Atisya menjauhkan sedikit lalu waktu itu dia perasan dengan perubahan rupa Mack. Pakaiannya juga bertukar. Bukan warna hitam yang mengerunkan.

"Mack...kamu..."

Mack bagai baru tersedar. Dia memandang dirinya dengan perasaan teruja sekali. Atisya pula terpegun berdiri di situ memandang pada Mack. Jadi itulah rupa Mack yang sebenar. Begitu tampan walaupun gaya guntingan rambutnya begitu lama.

"Atisya...terima kasih. Kamulah cinta sejati hamba," kata Mack begitu gembira lalu meluru ke arah Atisya.

Atisya masih menatap wajah tersebut. Betul-betul dia suka memandang rupa tersebut. Inilah dikatakan jatuh cinta pandang pertama. Tapi dia tahu rupa bukan segalanya. Mack mencapai tangan kanan Atisya lalu mengucup tangan tersebut.

Sang Puteri Beradu (COMPLETED)Where stories live. Discover now