Bab 5

3.1K 152 0
                                    

Tuan Hussin terjaga dari lenanya yang panjang. Dia bersandar pada kerusi tersebut sambil membuang pandang ke arah tubuh anaknya itu. Lantas dia menarik selimut anaknya sampai paras bahu. Tentu anaknya kesejukkan. Dia menoleh pada jam di pergelangan tangannya. 4.35 pagi. Sudah masuk waktu subuh rupanya.

"Atisya, ayah hendak pergi sembahyang sekejap," kata Tuan Hussin sebelum berlalu pergi.

......

"Assalamualaikum, abang,"

Puan Rubiah menghampiri suaminya lalu menyalami tangannya. Dia pun menghampiri anaknya yang tidak sedar itu.

"Atisya, apa khabar? Mama sentiasa sihat di sini. Dah lama mama tak dengar khabar kamu, nak," ujar Puan Rubiah dengan nada sayu.

"Dahlah, Biah. Bawa banyak bersabar. Duduklah dulu. Kalau macam tu abang pergi kerja," kata Tuan Hussin sambil memandang Puan Rubiah.

"Pergilah...abang jangan lupa makan minum abang ye. Biah rasa bersalah sangat abang sebab sejak kebelakangan ini Biah tak mampu jaga makan minum abang. Sedangkan Biah ini isteri abang,"

"Dah. Abang tahu lagipula anak kita di sini perlukan kita, Biah. Biah jangan risaulah akan abang. Nanti abang makan dengan kawan abang. Biah juga jangan lupa nak makan ye. Abang pergi dulu,"

Puan Rubiah tersenyum hambar. Tangan suaminya dikucup penuh kasih. Tuan Hussin berlalu selesai sahaja mengucup dahi isterinya. Puan Rubiah kini kesepian. Hanya bunyi nafas anaknya sahaja menjadi peneman di saat sunyi. Wajah Atisya ditenung lama.

"Atisya, bangunlah...mama rindu nak dengar suara kamu, nak. Bila mama tengok kamu macam ni, mama tak tahan nak menangis. Sedih mama tengok anak mama macam ni. Sampai bila Atisya macam ni?" Luah Puan Rubiah dengan linangan air mata.

Puan Rubiah menangis semahunya. Dia gagal menahan tangisannya di hadapan Atisya. Tangisannya semakin kuat di dalam wad tersebut.

"Maafkan mama, Atisya...mama sebenarnya tidak mahu menangis di depan kamu. Mama tak sengaja," ujar Puan Rubiah setelah tangisannya reda sedikit.

Puan Rubiah mengelap air matanya dengan sapu tangan.  Selepas itu dia mengenggam tangan anaknya. Air matanya mengalir lagi.

.......

Langkahnya terhenti betul-betul di depan wad tersebut. Jantungnya  berdegup laju. Patut ke dia buat macam ni? Tapi sudah lama dia tak jumpa dengan Atisya.

"Nak masuk ke?" Tegur seseorang di belakangnya.

Dia terperanjat lalu menoleh ke belakangnya. Seorang lelaki yang sudah berusia sedang memandang ke arahnya.

"Anak ini siapa?" Tanya lelaki itu dengan mesra.

"Saya Isyraf, pakcik. Saya ni kawan Atisya. Dan pakcik ni siapa?"

Tuan Hussin tersenyum lebar. Syukur Alhamdulillah ada juga orang sudi jenguk anaknya di hospital itu. Mungkin ini sedikit membantu untuk menyedarkan anaknya dari tidurnya yang lena. Dah dua minggu, dia ternanti-nanti kedatangan kawan anaknya itu namun belum ada yang sudi jenguk anaknya itu. Tapi hari ini dia bersyukur sangat.

"Kita masuk dalam dulu. Tak elok pakcik layan tetamu pakcik kat luar sini je,"

Isyraf hanya senyum. Dia menuruti langkah orang tua itu masuk ke dalam wad tersebut. Mata Isyraf terus terpaku memandang pada sekujur tubuh yang terbaring lesu di atas katil tersebut. Atisya!

"Siapa dia ni, bang?" Soal Puan Rubiah sambil memandang ke arah Isyraf.

"Lupa nak perkenalkan. Ni Isyraf, kawan Atisya. Isyraf, pakcik ni ayah Atisya dan ni ibu Atisya..."

Isyraf tersenyum kelat. Dia menunduk untuk bersalam. Tuan Hussin bertukar senyum dengan isterinya. Sejuk matanya memandang kawan anaknya itu orangnya baik-baik belaka.

"Dah lama ke Isyraf  kenal dengan anak makcik?" Tanya Puan Rubiah begitu teruja sekali.

Tuan Hussin mengelengkan kepalanya. Namun terselit senyuman bahagia di bibirnya. Sekurangnya isterinya itu tidak bersedih lagi akan anaknya.

"Adalah dalam tiga tahun macam tu sebab saya kenal dia waktu sekolah rendah lagi. Sebenarnya saya datang ni nak jenguk Atisya. Yalah saya dengar khabar dia kemalangan. Tapi saya juga turut dukacita sebab apa yang telah menimpa pada anak pakcik dan makcik," ujar Isyraf begitu sopan.

"Terima kasih, Isyraf sebab sudi datang sini untuk jenguk anak makcik dan pakcik. Mungkin dengan adanya Isyraf sebanyak mungkin boleh membantu anak makcik dan pakcik untuk kembali sedar," kata Puan Rubiah dengan mata yang bersinar-sinar.

Isyraf senyum. Ramah sungguh orang tua Atisya melayaninya sedangkan hubungannya dengan Atisya tidak berapa rapat. Mereka juga bukan kawan.

Sang Puteri Beradu (COMPLETED)Where stories live. Discover now