Bab 25

2.3K 131 0
                                    

Isyraf menunggu di situ. Tidak lama lagi keluarga Atisya akan datang di situ. Bila Atisya pengsan tadi dialah orang yang paling risau. Cikgu menelefon ambulan dan Atisya terus dikejarkan ke hospital.

Isyraf menoleh bila terdengar bunyi tapak kasut yang begitu menghampirinya. Jelas kerisauan pada wajah Tuan Hussin dan Puan Rubiah kala itu. Mana tidak anaknya masik diperiksa di dalam bilik kecemasan.

"Ya Allah, bang...apa lagi yang terjadi pada anak kita..." sayu suara Puan Rubiah merintih.

"Sabar, Biah. Allah sentiasa bersama kita..." pujuk Tuan Hussin sambil menepuk perlahan bahu isterinya itu berkali-kali.

"Pakcik, makcik, duduklah dulu," ajak Isyraf begitu sopan.

Tuan Hussin menganggukkan kepalanya. Mereka berdua akhirnya duduk di sebelah Isyraf. Isyraf menunggu di situ. Dia mahu tahu keadaan Atisya.

Pintu bilik kecemasan akhirnya dibuka. Keluar seorang doktor lelaki lalu mereka laju menghampiri doktor tersebut.

"Bagaimana keadaan anak saya, doktor?" Tanya Tuan Hussin cuba berlagak tenang.

Kala itu keluar beberapa jururawat yang menolak katil pesakit milik Atisya pergi dari situ. Atisya masih belum sedarkan diri lagi. Puan Rubiah menahan sendu.

"Bertenang, encik semua. Anak encik dalam keadaan yang selamat. Tidak ada kecederaan yang dalam pun. Tapi..."

"Tapi apa, doktor?" Tanya Puan Rubiah begitu cepat.

"Dari apa yang kami periksa anak encik hanya mengalami bengkak biasa di perutnya. Jangan khuatir kami akan merawat anak encik sebaik mungkin," jelas doktor tersebut begitu mesra.

"Syukur Alhamdulillah..." ucap Tuan Hussin begitu gembira.

.....

Isyraf melangkah perlahan masuk ke dalam wad tersebut. Laju matanya memandang wajah yang masih tidak sedarkan diri itu. Sudah dua kali gadis itu dimasukkan ke dalam hospital. Dan kali ini dia berdiri lagi di sini di hadapan gadis pujaan hatinya.

"Atisya..."

Isyraf duduk di kerusi yang disediakan itu. Matanya masih menatap wajah Atisya yang pucat itu. Mungkin dia terkejut dengan perubahan Aliysa. Syukurlah Allah dah tunjukkan segalanya pada Atisya. Mereka layak menerima balasan yang setimpal apa yang mereka lakukan pada Atisya sebelum ini.

Jari-jemari Atisya bergerak sedikit. Isyraf senyum bahagia. Tidak sabar menanti gadis itu membuka matanya.

"Isyraf...saya kat mana ni?" Tanya Atisya sebaik sahaja membuka matanya.

"Shhh...jangan bising. Awak istirehat je. Saya akan temani awak di sini," ujar Isyraf dengan suara lembutnya.

"Tapi kenapa dengan saya sebenarnya? Ouchh!"

Atisya mengerang kesakitan sambil menyentuh pada perutnya. Isyraf cepat bertindak menyuruh Atisya berbaring semula. Atisya akur.

"Doktor cakap awak tak apa-apa cuma bengkak biasa je kat perut awak. Oh ya ibu dan ayah awak masih ada kat luar. Jangan risau saya tak akan apa-apakan awak," jelas Isyraf supaya Atisya tidak menyoal lagi.

Jenuh juga dia mendengar pertanyaan dari gadis itu nanti. Sebab itu dia bagitahu awal. Atisya memahami lalu hanya mendiamkan diri. Namun ketika itu matanya memandang pada Isyraf di sisinya. Mata mereka bertaut. Lama.

"Saya cintakan awak, Isyraf...Saya takut lepas ni saya tak jumpa awak lagi. Jadi biarlah saya luahkan perasaan saya sekarang pada awak. Saya cintakan awak sangat-sangat...saya tak harap awak untuk balas cinta saya. Saya redha kalau awak bukan sejati saya yang saya cari selama ni..."

"Apa yang awak merepek ni...Saya tetap yang dulu, Atisya. Saya tetap lelaki yang mencintai awak dalam diam. Biarpun awak tak menyedari kewujudan saya tapi saya tetap gembira sebab akhirnya cinta saya dah terbalas. Kini, saya percaya cinta sejati saya adalah awak..."

Atisya menahan sendu. Akhirnya dia berjaya mencari cinta sejatinya. Aurora, saya dah temukan cinta sejati saya...

Sang Puteri Beradu (COMPLETED)Where stories live. Discover now