Bab 15

2K 125 0
                                    

Aurora begitu puas bermain dengan tumbuhan hidup. Maleficent masih dengan ekpresi mukanya yang agak serius. Namun Atisya tahu di balik muka serius itu, Maleficent amat menyanyangi Aurora seperti anaknya.

"Atisya, mari kita pulang,"

Atisya tersedar dari lamunannya. Dia pantas bangun menghampiri Aurora. Maleficent juga turut berdiri lalu mendekati Aurora yang begitimu comot. Dia tersenyum akhirnya. Atisya berasa lega. Lega sebab Maleficent adalah ahli sihir yang baik.

......

Makan malam tersebut hanya biasa-biasa sahaja. Atisya seperti tidak ada selera untuk makan. Petang tadi dia tak ada kesempatan untuk bersua dengan Mack. Mungkin lelaki itu cedera maka dia malas untuk datang ke situ. Tanpa sedar dia mengeluh. Dan kala itu empat pasang mata memandang ke arahnya.

"Atisya, kamu ada masalahkah?" Soal ibu-ibu pari itu serentak.

Atisya terperanjat kecil. Dia tersenyum kelat pada mereka. Saat itu pandangan matanya bertembung dengan mata Aurora. Entah dia sungguh tidak faham dengan maksud pandangan dari Aurora itu.

"Hamba baik sahaja, ibu. Mari makan," balas Atisya teragak-agak.

Selesai makan, Atisya sengaja menyibukkan dirinya di dapur membantu ibu-ibu pari. Dia takut Aurora tahu akan perasaannya pada Mack.

Atisya melangkah ke beranda rumah itu untuk mengambil angin malam. Dia mengelamun sejenak sambil memandang ke arah bintang-bintang yang bertaburan di langit malam.

"Atisya..."

Atisya tersedar lalu cepat menoleh ke sebelahnya. Dah lama ke Aurora berada di situ?

"Kenapa, Aurora?" Tanya Atisya cuba berlagak tenang.

"Hamba sudah tahu kenapa kamu jadi macam ini..."

"Maksud kamu?!"

"Kamu sudah jatuh cinta, Atisya...Apa maksudnya jika orang itu memandang ke arah bintang-bintang pada waktu malam macam ini? Sudah terbukti kamu jatuh cinta dengan seseorang. Kamu begitu merindui dia, Atisya..." ujar Aurora panjang lebar namun cukup mudah difahami.

Atisya terkedu. Dia membuang pandang ke hadapan. Matanya sudah bergenang di tubir matanya. Mengapa begitu sakit bila mencintai seseorang?

"Menangislah. Hamba ada bersama kamu di sini," pujuk Aurora lalu menarik Atisya ke dalam pelukannya.

Atisya menangis kecil. Terasa tangan Aurora lembut mengusap berkali-kali pada belakangnya. Aurora, terima kasih untuk semuanya...Begitu lama mereka berkeadaan seperti itu sehinggalah tangisan Atisya reda.
Atisya berdiri tegak sambil mengesat air matanya di pipi. Aurora masih setia di sisinya.

"Boleh hamba tahu siapa orangnya itu?" Pinta Aurora perlahan.

Atisya masih diam. Dia belum bersedia untuk kongsi perasaannya pada Aurora. Tiba-tiba Aurora mengenggam tanganya begitu erat sambil menatap wajah Atisya.

"Mack kah orang itu?" Soal Aurora lagi.

Atisya masih diam. Namun selepas itu dia menganggukkan kepalanya. Aurora tidak terkejut namun wajahnya begitu gembira. Atisya pelik.

"Kenapa?" Soal Atisya perlahan.

"Sudah tiba masanya Mack bertemu dengan pasangan hidupnya. Dan orang itu adalah kamu..." jawab Aurora begitu teruja.

Atisya senyum. Cintakah Mack pada dirinya?

Sang Puteri Beradu (COMPLETED)Where stories live. Discover now