Pagi yang begitu damai sekali. Namun penghuni di dalam rumah itu tidak menyedari Aurora keluar dari rumah tersebut sembunyi-sembunyi. Atisya terjaga lalu bangun dari katilnya. Cahaya matahari yang menerobos masuk melalui jendela yang tidak berlangsir itu menganggu lenanya. Dia melangkah keluar dari biliknya lalu menuju ke tingkat bawah.
"Selamat pagi..." sapa Atisya pada ibu-ibu pari yang sudah berada di meja makan tersebut.
"Atisya, Aurora di mana? Dia masih tidurkah?" Tanya ibu pari yang berpakaian biru.
Atisya mengangkat bahu tanda dia tidak tahu. Selalunya Aurora orangnya yang selalu bangun awal dari mereka. Tapi tadi pinti bilik gadis itu tertutup rapat. Mungkin Aurora masih tidur.
"Mungkin dia masih tidur..." Atisya cuma mengagak sahaja.
Mereka mengambil sarapan mereka seperti biasa. Atisya semakin hari semakin biasa dengan keadaan seperti itu. Tubuhnya pun boleh dikatakan langsing sejak permakanannya terhad. Tentang bahan resepi itu dia akan cuba sedaya upaya untuk mencari sama sebab dia pun mahu berikan kejutan pada Aurora. Tentang Mack, dia tidak lagi bertemu dengan lelaki gagak itu sejak peristiwa lelaki itu memberinya degupan jantung yang dia tidak faham maksudnya di tempat Maleficent.
Atisya bangun setelah selesai makan. Dia seperti biasa membantu ibu-ibu pari tersebut membersihkan dapur rumah tersebut. Kadang, dia menemani Aurora ke hutan untuk mencari kayu rotan. Dia pun semakin sebati dengan hutan di belakang rumah mereka itu. Namun sejak kebelakangan ini dia tidak menemani Aurora bermain lagi. Itu pun disebabkan Aurora menyuruhnya berehat sahaja di rumah.
......
Bunyi pintu bilik terbuka membuat Atisya tersedar. Dia mengenyeh matanya berkali-kali. Hari ini sudah tiga hari perkara itu menganggu tidurnya tiap kali pagi ingin menjelang. Dia perlahan-lahan bangun lalu membuka pintu biliknya dengan berhati-hati. Dia takut sekumpulan perompak yang cuba merompak rumah itu. Namun sangkaannya meleset sama sekali bila terpandangkan kelibat Aurora yang siap berpakaian kemas keluar dari biliknya secara diam-diam. Atisya tertanya-tanya ke mana gadis itu pergi pagi-pagi buta seperti itu? Semakin hari dia semakin tidak memahami perangai Aurora. Tiap kali dia bangun dan menikmati sarapan, Aurora sering tidak ada di meja itu. Selesai mereka bersarapan, baru Aurora muncul entah dari mana dengan pakaian cantik-cantik.
Tanpa menunggu lama, Atisya pantas mencapai skaf lehernya lalu dipakaikannya untuk menutup lehernya. Dia berhati-hati setiap kali mengekori langkah Aurora. Aurora di depan tidak mengesyaki sesuatu hanya meneruskan perjalanannya masuk ke dalam hutan.
Atisya masih setia mengekori sehinggalah Aurora berhenti di suatu tempat. Atisya berhenti lalu bersembunyi di sebalik pokok di situ. Dia memerhati Aurora yang masih berdiri di situ. Lagaknya seperti menanti kedatangan seseorang. Saat itulah muncul seorang lelaki dengan pakaian seperti anak raja menghampiri Aurora. Mereka begitu gembira bila bertemu. Atisya mula menyedari sesuatu. Aurora sudah bertemu dengan cinta sejatinya iaitu putera raja itu yang sedang berdiri di sebelah Aurora. Dan sumpahan itu?! Atisya susah hati. Ulangtahun Aurora tidak lama lagi akan berlangsung beberapa hari lagi.
......
Ibu-ibu pari memandang pada Atisya. Mestilah mereka nak tahu ke mana hilangnya Aurora sehingga pulang di waktu siang. Petangnya pula Aurora bermain dengan kawannya. Hanya Atisya sahaja tahu ke mana Aurora pergi.
"Hamba betul-betul tidak tahu. Mungkin kamu bertiga boleh bertanya pada empunya punya badan sendiri. Hamba tidak selalu bersama Aurora," kata Atisya terpaksa berbohong.
Ibu-ibu pari itu nanti pasti akan berasa risau tentang Aurora jika hal sebenar diketahui mereka. Lagi-lagi pula tentang Aurora yang begitu rapat dengan Maleficent dan gagak hitam tersebut.
"Agaknya Aurora mungkin sudah bertemu dengan kawan barunya. Tidak apa, Atisya. Hamba bertiga berharap kamu dapat menjaga Aurora. Bermain janganlah sampai memasuki hutan tebal sebab di sana tempat tinggal sihir jahat itu. Hamba bertiga khuatir Aurora bertemu dengan Maleficent sihir yang jahat itu," ujar ibu pari berpakaian oren kekuningan itu dengan nada risau.
"Baiklah, ibu-ibu pari. Hamba akan menjaga Aurora tiap kali kami berdua keluar bermain," kata Atisya cuba menyakinkan ibu-ibu pari tersebut.
YOU ARE READING
Sang Puteri Beradu (COMPLETED)
RomanceAtisya-Aurora. Mereka adalah perempuan dari dunia yang berbeza. Aurora merupakan masa silam yang begitu lama dilupakan orang. Manakala Atisya perempuan masa kini datang dari dunia penuh moden. Atisya disahkan koma setelah mengalami kemalangan yang...