Bab 2

4.2K 189 0
                                    

1845

Nafasnya tercunggap-cunggap cuba menyelamatkan dirinya dari arus sungai. Dia terkapai-kapai meminta pertolongan. Dia akhirnya semakin lemah tidak berdaya. Arus sungai yang kuat itu berjaya menghanyutkannya.

........

Atisya tersedar. Dia cuba membuka matanya luas-luas walaupun dirasakan cahaya yang entah dari mana menganggu deria penglihatannya. Kali ini dia mampu melihat sekelilingnya dengan begitu jelas. Rupanya dia terbaring di atas katil di dalam sebuah bilik kecil.

"Aku kat mana?" Tanya Atisya begitu hairan.

Kala itu dia terdengar derapan kasut seseorang melangkah. Pintu bilik itu ditolak dari luar. Muncul seorang perempuan yang begitu cantik rupanya membawa sedulang makanan bersama minuman lalu diletakkan di atas meja di sebelah katil. Pelik! Atisya memandang perempuan itu dari atas ke bawah.

"Kamu dah sedar. Apa kata kamu makan dulu sebab hamba tahu kamu tengah lapar sekarang," kata perempuan itu dengan senyuman yang tidak pernah lekang sedari dia masuk ke dalam bilik tersebut.

"Aku kat mana?" Soal Atisya, panik.

Perempuan itu tercenggang. Namun dia senyum kembali. Dia duduk sambil menghadap Atisya. Begitu takut Atisya memandang perempuan itu. Dahlah mengenakan gaun, rupanya pun sudah ala-ala orang saleh. Tuturnya pun mengunakan bahasa lama yang dia tidak berapa mengerti.

"Aku kat mana? Kenapa aku ada kat sini?" Soal Atisya lagi.

"Tenang, saudari...Waktu kelmarin, hamba dan ibu-ibu hamba telah menjumpai kamu terbaring lemas di tebing sungai dekat sini. Hamba tidak tahu asal usul kamu," jelas perempuan itu bersungguh-sungguh.

Atisya diam membisu. Apa yang terjadi pada dia sampai dia hampir lemas di sungai? Dia pun tidak ingat apa-apa. Ibu? Ayah? Dia pun tidak ingat. Langsung tidak ingat! Matanya memandang pada wajah perempuan di depannya itu. Kenapa semuanya pelik di pandangan matanya? Dia cuma ingat orang yang berpakaian seperti itu hanya orang zaman dahulu di negeri inggeris. Dia berada di mana sebenarnya?

"Saudari..."

Atisya bingkas bangun lalu berlari keluar dari bilik tersebut. Dia berlari menuruni anak tangga ke tingkat bawah. Di hujung anak tangga dia terjatuh. Dia mengerang kesakitan. Ketika itulah muncul tiga orang perempuan yang sudah berusia meluru menghampirinya. Atisya panik lalu dia bangkit untuk lari dari situ. Air matanya mengalir tanpa disedarinya. Pintu rumah dibuka lalu di tolak. Langkahnya terus terhenti bila terpandangkan keadaan di sekelilingnya. Dia terduduk lalu menangis semahunya.

"Saudari..."

"Aku kat mana sebenarnya?! Kenapa aku ada di sini? Kau semua ni siapa hah?! Apasal kau semua guna baju yang pelik-pelik?" Jerit Atisya sambil merenung pada empat orang perempuan yang sedang memandang ke arahnya.

"Saudari, hamba betul-betul tidak tahu kamj orang mana. Hamba dan ibu-ibu hamba jumpa kamu terbaring lemas di tebing sungai dekat sini. Marilah kamu istirehat dahulu. Mungkin kamu letih," pujuk perempuan muda itu dengan tutur kata yang lembut.

"Aurora, mari ibu bantu kamu. Kamu pergilah bersihkan diri kamu," kata seorang perempuan yang memakai pakaian berwarna hijau.

"Baiklah. Aurora masuk dulu, ibu,"

Aurora?! Atisya tercenggang. Dan ibu-ibu yang berdiri di hadapannya ini mungkin ibu-ibu pari. Bukankah ini hanya wujud dalam buku kanak-kanak. Di rumah yang usang seperti ini sudah cukup Atisya sedar bahawa dia kini berada di era entah ke berapa. Time travel!

"Saudari, silakan masuk...kamu beristirehatlah dulu,"

Atisya turut bangun bila ibu-ibu itu membantunya bangun. Mereka membawanya ke sebuah bilik kecil tadi.

Sang Puteri Beradu (COMPLETED)Where stories live. Discover now