''KAU ni dengar tak aku panggil? Dah lah pemalas, bodoh pula tu. Ei apa lah nasib aku dapat anak macam kau ni?'' Mak menarik lagi telinga aku. Nak kata rasa sakit tu sakit lah juga tapi aku dah lali dah kena macam ni.Aku cuba menolak tangan mak kuat. ''Mak apa ni sakit lah!''
''Hah padan lah muka kau, biar kau rasa sakit. Kau ni tak habis-habis nak menyusahkan aku kan?''
''Kalau orang ni menyusahkan kenapa tak bunuh je orang dari dulu!!''
Jawapan aku buat mak makin geram. ''Kau sehari tak melawan aku tak boleh ke hah? Kau nak aku bunuh kau sangat kan, meh sini.'' Mak menarik aku ke bilik. Aku tahu apa kesudahannya.
Mak ambil tali pinggang ayah yang tergantung di dinding lalu tak menanti mak terus melibas badan aku dengan tali pinggang ayah.
''Kau nak sangat mati kan? mati kau kena dengan aku. Anak tak berguna, menyusahkan aku ada lagi lah. Kenapa lah kau tak macam ni tak macam kakak abang kau ha? menyejukkan perut aku. Ini tidak panaskan aku lagi ada lah. Kenapa kau tak mati je dari kecil.'' Maki mak bersama libasan tali pinggang di tubuhku. Aku dah biasa untuk semua ini.
Aku tak seberuntung abang dan kakak aku yang selalu dapat kasih sayang dan perhatian mak dan ayah.
Seringkali diriku diherdik oleh mak. Kadang-kadang sampai aku terfikir yang aku ni bukan anak kandung mereka. Bila aku persoalkan aku di katakan bodoh dan berangan kononnya aku ni nak datang dari anak orang kaya.
Terlalu biasa sehinggakan air mata tak mahu mengalir dari mata aku. Terlalu biasa sehingga hatiku menjadi keras dan degil.
Aku hanya membiarkan mak melibas badanku sehingga puas.
''Puas hati aku! Anak tak guna, kenapa lah dengan kau ni hah. Ei serabut lah aku!'' Mak campak tali pinggang ke tepi setelah puas membahang serata badan aku.
''Stress aku ada anak macam kau ni tau tak?!'' Mak menunjal kepala aku dengan jarinya setelah itu meniggalkan aku di dalam bilik sendiri.
Aku menggigit bibir menahan bisa di badan. Perlahan aku bangun berdiri. Rasa pedih seluruh badan menyukarkan aku.
Aku berjalan menapak keluar dari bilik mak dengan jalan berjengkit akibat daripada rasa sakit.
''Hah kau nak pergi mana pula tu? Tak serik lagi kena bantai?!'' Menengking mak dari tangga dapur.
''Gi mampus ar!'' Jawabku sepatah tanpa berpaling.
''Anak kurang ajar! Sini kau!''
Aku cepat-cepat berjalan keluar dari rumah tak mahu di tangkap oleh mak. Kalau boleh aku nak lari jauh. Tapi aku tahu aku tak mampu nak pergi mana-mana sebab aku tak berharta tak berduit.
Aku ni tak berkerja. Bukan tak ada kerja dan bukan tak ada orang nak ambil aku kerja tapi aku memang sengaja tak nak kerja. Dah alang-alang mak anggap aku anak tak guna tu biarlah aku lengkapkan profile aku sebagai anak tak guna.
Aku jalan di sepanjang batas padi. Rumah aku ni dekat dengan kawasan padi so kalau nak tenangkan fikiran kat sini lah tempatnya.
''Oi!!!''
__________________________________________
NOTE :
Here my new storyline, walaupun novel Jiwa tak habis lagi dan MiaAleesa masih tergantung hahaha. I'm about fresh with started and lost with klimaks and ending, so ampunkan sis ye. Jangan lupa baca sambil dengar lagu, baru ada feel, baru sampai rasa dia.
YOU ARE READING
J A S M I N N
RomanceRE-EDIT SOON! Highest rank #8 in romance (26 june 2017) Start : 3 march 2017, end : 16 april 2017 ( combo book ) ⚫BOOK ONE > JASMINN : bahagia dan derita ⚫BOOK TWO > JASMINN : the last fate She broken but she let go.... Jasminn seorang gadis malang...