🌈Beautiful rainbow always come after heavy rain🌈
◾◾◾
PAK Syamil pusing badannya semula. Dilihatnya kereta Toyota Vios Iskandar sudah tiada di halaman rumah. Pak Syamil duduk di tangga rumah. Air matanya jatuh menitis di pipi tuanya.
''Ayah sayangkan Jasminn...maafkan ayah,'' Dibiarkan air matanya mengalir terus jatuh ke pipi.
Dia sayangkan Jasminn anaknya. Apa yang berlaku tiada satu pun salah anaknya. Tetapi hatinya terlalu ego untuk menyatakannya sehingga dia sanggup mengabaikan Jasminn dari kecil lagi.
Dia tahu Jasminn bukanlah anak yang degil, tapi itu cuma protesnya untuk menunjukkan perasaan sebenar yang dia rasa. Tapi dia butakan mata, butakan hati untuk melihat bertapa Jasminn perlukan perhatian darinya dari isterinya.
Jasminn anak yang tabah. Semoga Iskandar boleh bahagiakan Jasminn.
''Dah berambus dah anak tak guna tu?''
Pak Syamil tersentap dengan teguran tu pantas berpaling kearah suara isterinya. ''Anak tak guna tu anak awak Yah,''
Mak Jariah mendengus. ''Anak yang saya tak sudi atas kelahirannya.''
Pak Syamil membuntang mata mendengar patah yang keluar dari mulut isterinya. ''Astafurullahalazim Yah, itu anak awak. Bawa mengucap.''
Mak Jariah tersenyum sinis. ''Sejak bila awak ambil kisah dengan anak awak yang tu, sebelum ni pun bukan awak perduli pun dengan dia.'' Katanya terus melangkah masuk kedalam membiarkan pak Syamil terpinga-pinga. Dia duduk semula di tangga.
Pak Syamil bertongkat kepala dengan tangannya. ''Maafkan ayah Jasminn''
JASLINA menangis teresak di biliknya. Dari petang tadi sehingga kini air matanya tak kering dari matanya. Dia melihat gambarnya dan Iskandar didalam Iphone. Gambar semasa mereka di australia.
Dia menangis lagi. Sudah berapa kali emaknya mengetuk pintu, tapi langsung dia tak endahkan. Abangnya juga cuba memujuk.
''Aku benci kau Jasminn, kau bukan adik aku.'' Jaslina mengetapkan giginya. ''Kau pemusnah, kau pembawa malang, kau bencana, aku benci kau. BENCI!!!!!!'' Jaslina menjerit kuat.
Jeritan Jaslina mengejutkan mak Jariah dan Pak Syamil.
Mak Jariah menunju ke pintu bilik anaknya dan diketuk kuat pintu bilik anaknya. ''Lina!! Lina buka pintu ni Lina!'' Panggil mak Jariah. Risau jika anaknya itu buat perkara yang diluar jangka.
''Aku benci kau Jasminn! Aku benci!'' Jaslina meraung lagi.
''Lina jangan macam ni nak, buka pintu ni sayang,'' Mak Jariah ketuk lagi pintu bilik Jaslina. Kali ni lebih kuat.
''Lina buka pintu! Lina kena redha, jodoh Lina bukan dengan Iskandar.'' Kali pak Syamil pula cuba memujuk.
''Tak! Lina sayang Is, Lina nak Is, Lina benci Jasminn!''
''Lina cukup tu. Buka pintu ni ayah cakap!'' Suara Pak Syamil menengking tinggi.
''Taknak! Jangan ganggu Lina, pergi!!''
''Lina....''
''JASMINN bangun dah sampai ni,'' Aku terasa seperti ada yang mengoncangka badan aku kuat. Ayah ke? Ayah kejutkan aku bangun ke?
''Ayah...'' Aku cuba buka mataku perlahan.
''Ayah toki kau, aku ni suami kau sayang. Suami yang baru kau nikah tadi kau dah lupa ke? Dah bangun cepat?'' Kata Iskandar sakastik.
YOU ARE READING
J A S M I N N
RomanceRE-EDIT SOON! Highest rank #8 in romance (26 june 2017) Start : 3 march 2017, end : 16 april 2017 ( combo book ) ⚫BOOK ONE > JASMINN : bahagia dan derita ⚫BOOK TWO > JASMINN : the last fate She broken but she let go.... Jasminn seorang gadis malang...