J A S M I N N 26

50.3K 1.7K 27
                                    

Please vote, comment and share if you like 🙏
____________________________________________

🍂Saat mentari menyinari bumi saat itu aku berdoa semoga engkau yang akan menyinari hidupku 🍂

◾◾◾

          ''MAMA, Minn ingat Minn nak balik kampung,''

Mama memandangku pelik. ''Kenapa tiba-tiba je nie? Minn gaduh dengan Iskandar ke?'' Serkap mama Is.

Aku cepat-cepat geleng kepala. Aku tak nak mama Is mengesyaki apa-apa. ''Eh tak lah, Is dengan Minn okay je cuma Minn...'' Aku telan air liur perlahan. ''Minn rindukan kampung,'' Aku tunduk menekur lantai.

''Bukan hari tu baru je lepas balik kampung ke?''

Aku gigit bibir bawah. ''Minn nak balik jenguk kubur ayah.. Minn rindu..'' Ye itu tujuan pertama aku untuk balik ke kampung. Aku nak jenguk kubur ayahku dan kedua, mungkin tiba masanya aku pergi dari hidup Iskandar.

Mama sentuh bahuku lembut. ''Baiklah kalau Minn nak balik juga, tapi tunggu Iskandar ye biar Iskandar hantar.''

Aku angkat kepala memandang ibu mentuaku. Cepat-cepat aku menggeleng. ''Eh tak apa ma. Minn boleh naik bas, Minn tak nak susahkan Iskandar.''

''Eh apa pula susah Minn kan isteri dia. Lagipun bahaya lah naik bas sorang-sorang. Tunggu Iskandar balik kerja ye, takpun nanti mama suruh Is mintak cuti teman Minn dekat kampung.''

Aduh..''tapi..''

''Tak ada tapi-tapi lah, dah lah mama nak ke dapur nak masak nie.'' Mama menepuk pehaku perlahan kemudian berlalu ke dapur.

Aku mengeluh kecil. Macam mana aku nak lari macam nie, kalau mama suruh Iskandar yang hantar.



          ''KAU buat apa datang sini?!'' Soal Iskandar tajam.

Edry mendekat ke meja Iskandar. ''Is aku tahu kau marah kat aku, tapi bagi aku jelaskan perkara yang sebenar.'' Ucap Edry bersungguh. Dia berharap sangat Iskandar nak dengar penjelasannya.

Mencerlung Iskandar memandang Edry. Nak saja dia layankan penumbuk dekat muka Edry. ''Kau nak jelaskan apa lagi? Bukan semua dah jelas?!''

Edry menggeleng. ''Tak Is, apa yang jadi sebenarnya tak ada kena mengena dengan Jasminn. Jasminn tak tahu apa-apa pun dalam hal nie, malah dia juga mangsa macam kau.''

Semakin tajam mata Iskandar memandang Edry. ''Kau nak cakap apa sebenarnya?'' Iskandar senyum sinis. ''Apa Jasminn cagarkan pada kau untuk kau tolong dia?'' Soal Iskandar sinis.

Edry terpempam. ''Wei, mulut kau elok sikit. Jasminn bukan yang macam tu!'' Panas juga hati dia dengar tuduhan Iskandar macam tu. Walaupun dia selalu jahat dengan Jasminn, tapi dia tetap ada rasa belas kasihan dengan Jasminn.

Iskandar senyum sumbing. ''Berapa lama kau jadi kekasih gelap dia, sampai kau sanggup ikut telunjuk dia?''

Edry mengenggam penumbuk. Kalau ikutkan perangai samsengnya ini memang dah lunyai muka Iskandar dia kerjakan. Nasib baik dia datang sini dengan tujuan untuk bersihkan nama Jasminn. Dia mula sedar akan khilafnya. Terlalu taksub dengan Jaslina dia terpaksa menipu. Tapi hakikatnya Jaslina tak pernah pun memandangnya. Dia hanya diperbodohkan sahaja.

''Bro aku datang sini bukan nak cari gaduh dengan kau. Tapi aku merayu dekat kau dengar apa aku nak cakap nie. Jangan sampai bila kau dah kehilangan dia baru kau nak rasa menyesal.'' Pandai juga si Edry nie bagi ceramah dekat orang ye.

Iskandar berkerut memandang Edry. Melihatkan muka serius Edry akhirnya dia mengalah. ''Baik, kau bagitahu aku semuanya.'' Iskandar melabuhkan punggungnya di kerusi dan menjemput Edry turut sama duduk. Macam nie senang sikit nak berbincang.

J A S M I N NWhere stories live. Discover now