Jasminn Special 10

41.1K 1.2K 167
                                    

20 sep 2017

Cak!!! 😂 ( here real ending )

JASMINN : THE LAST FATE

JASMINN : THE LAST FATE

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jasminn : Book Two

~ Dia bukan Derita, tapi bidadari kesayangan Tuhan ~

( Takdir Terindah )

Kerna dia yang ku cinta
Sungguh tak pernah
Ku sangka
Hadir membelai jiwa
Dengan ikhlas
Tulus hatinya

Pulangkan dia padaku
Tak tertanggung merindu
Biarkan kami hidup
Di bawah langit cinta-Mu

'' jangan cari saya lagi Is... ''

'' aku bukan malaikat, aku bukan nabi, aku tak mampu memaafkan atas kesilapan yang sama untuk kali kedua. Aku tak mampu memadamkan perit derita yang kau ukir. Maafkan aku jika jalan yang aku pilih bukan terbaik untuk kita... jangan cari saya lagi. ''


            '' KAMU nak cari dia buat apa? Kan mama dah larang kamu jumpa Jasminn. ''

'' dia Isteri Is ma, ''

'' isteri apa kalau kamu cuma tahu sakitkan hati dia je. ''

Iskandar menundukan kepala. Dia tahu itu kesalahannya yang paling besar. Nak membenarkan pun tak guna, memang jelas semua berpunca darinya.

'' kalau isteri sepatutnya kamu buat dia bahagia, ini tak lagi kamu buat dia menderita ada. ''

Mama Iskandar mencekak pinggang. Geram. Kali ini dia tak akan diam lagi. Semenjak mengenali Jasminn buat kali pertama sudah tertumpah kasih sayang buat menantunya itu. Apa yang terjadi pada Jasminn turut memberi kesan padanya juga.

'' Is tahu mak dan Is menyesal.. '' lirih suaranya mengungkap kata. Dia tahu dia tak layak pun di maafkan, tapi demi Tuhan, demi anak-anaknya akan dia hargai setiap detiknya bersama Jasminn. Tak akan dia hancurkan hati wanita itu lagi.

'' menyesal mulut tak ada guna kalau nanti kamu ulang balik menyakiti hati Jasminn. ''

'' dah mama tak benarkan kamu ganggu Minn lagi. Kalau dulu mama bagi peluang pada kamu untuk menangi hati Minn balik. Tapi sekarang mama akan halang kamu, sebab mama tak nak tengok Minn sedih lagi. '' usai katanya dia terus membawa diri ke bilik. Sedih juga hati tuanya terpaksa menerima takdir kehidupan anak menantunya. Kerana dia terlalu menyayangi Jasminn, dia sedih terpaksa menerima semua ini.


           TERSENYUM saja aku melihat puteriku satunya berlari seronok di sawah sambil menarik tali layang-layang berbentuk hati. Orang tak pernah berjumpa sawah, begitu lah jadinya.

J A S M I N NWhere stories live. Discover now