J A S M I N N 20

49.5K 1.7K 31
                                    

Vote and comment if you like 🙏
____________________________________________

🍁 Adakah terlalu mahal kasih sayangmu sehingga aku tidak mampu untuk memilikinya. 🍁


◾◾◾


          ''APA lagi yang kau buat kat sini berhambus!'' Herdik mak menghalauku.

Aku memandang mak redup. Apa lagi yang tak kena denganku? Kenapa benci sangat mak dengan aku?

''Aku kata berambus, kau tak faham bahasa ke?!'' Mak menolak tubuhku ke pintu. Tak ada ke sikit rasa simpati dalam hati mak? Iskandar menarik tanganku menjauh.

''Mak dah lah tu bukan salah dia pun,'' Bela Syakir perlahan. Aku hanya memandang Syakir sayu.

Aku memandang pula mak. Pipi aku kembang kempiskan ''Bagitahu Jasminn mak apa salah Jasminn pada mak sampai mak benci Jasminn macam nie sekali?'' Sudah tidak tertahan lagi aku menanggungnya. Kalau boleh nak aja aku luahkan semua yang terbuku dalam hatiku.

Mak mencerlung kearahku tajam. Mak mahu menghampiri aku tapi Iskandar melindungi tubuhku. Syakir menarik tangan mak dan meminta mak bertenang.

''Sebab kau ayah kau mati tau tak! Aku tak suka kau ada dekat sini, pergi!''

''Mak.. apa yang Jasminn dah buat?'' Aku cuba meraih tangan mak namun mak menepisnya.

''Kau pergi dari sini aku tak nak tengok muka kau. Kau bukan anak aku lagi!'' Ucap mak langsung pergi meninggalkan aku.

''Mak...'' Syakir mengekori mak dari belakang. Aku hanya memandang kosong.

Mak... aku terpana. Kenapa mak buang aku?

Iskandar memeluk aku erat. Perlahan-lahan aku membalas pelukannya. Tangisan aku lepaskan di dadanya.

Sungguh aku lemah, lemah dengan ujian berkali-kali. Kenapa takdir hidup permainkan aku sebegini rupa? Kenapa begitu kejam?

Kakiku sudah tidak kuat lagi untuk berdiri. Dari berdiri terus lututku jatuh menyembah bumi sekali dengan Iskandar jatuh terduduk.

Tangisan yang tadi perlahan bertukar menjadi jeritan kesakitan. Tangan yang tadi erat memeluk Iskandar jatuh terjungtai ke sisi. Seluruh tenagaku hilang. Seluruh kekuatanku di ragut oleh takdir hidupku sendiri.

Rangkulan di pinggang dan bahuku semakin erat lebih erat dan kemas daripada tadi. Mungkin Is ingin menyalurkan kekuatan padaku.

''Minn...'' Panggilnya bergetar. ''Shuu...jangan macam nie...'' Tapak tangan Iskandar menggosok kepalaku perlahan.

''Kenapa...''Nafas aku tarik payah. ''Kenapa...hidup aku macam nie.. ?'' Ucapku dalam suara bergetar.

''Shuu... '' Iskandar mengemaskan lagi pelukannya. Untuk seketika dia menarik wajahku dan meletakkan bibirnya di ubun-ubunku. Lama.

Di menarik wajahku untuk memandangnya. Aku perasaan mata dan pipinya juga basah dengan air mata. ''Aku janji, aku akan hapuskan semua derita kau dan hadir kan bahagia..''

Ditarik aku ke dalam dakapannya sekali lagi lalu satu janji diucap lembut ke telinga aku. ''Aku...janji...'' Janjinya dalam getar suara dan satu lagi ciuman singgah di tepi kepalaku.

Masih adakah sinar harapan untukku? Masih adakah kebahagian buatku? Masih boleh ke aku berjalan meredah arus tanpa derita, jika diri ini tak pernah diingini oleh mereka?

          DALAM bilik, Jaslina setia melihat drama mesra di sebalik bukaan kecil pintu biliknya.

Dalam tak sedar tangannya menggenggam sebentuk penumbuk. Sakit hatinya melihat Jasminn berada dalam pelukan Iskandar, bertambah sakit bila Iskandar mengucup dahi Jasminn.

Semakin parah bencinya terhadap Jasminn. Tidak kiralah wanita itu adik kandungnya. Dendam kesumat itu akan dilunaskan juga.

Jaslina gigit bibir dalam menahan amarah. ''Aku akan rampas balik apa yang kau rampas dari aku!'' Itu tekadnya. Tidak kiralah Jasminn adiknya atau bukan.

''Iskandar kau jangan berani cuba untuk jatuh cinta dengan dia!'' Matanya galak memerhati pasangan suami isteri itu. Seakan lupa ayahnya yang baru meninggal dunia semalam, kini dia sibuk merancana sesuatu di fikirannya.

Dia cuma milik aku seorang!

____________________________________________

Sedikit hambar update kali ni, sis not feeling well tapi masih gigih nak update 😷 . Okay semoga korang enjoy membaca.

J A S M I N NWhere stories live. Discover now