Vote for Jasminn dear🌟🙏
____________________________________________
🌸 Beribu bunga di taman, tapi hanya satu bunga yang sentiasa merka di hati ~ Jasmine 🌸
◾◾◾
AKU menekap mukaku dengan tangan. Sudah berapa kali aku terfikirkan perkara yang terjadi beberapa hari lepas semasa perjalanan pulang balik ke kuala lumpur.
Rasa serba salah tak habis lagi menyelinap kedalam hatiku. Rasa serba salah pada dua perkara.
Satu kepada Zafril. Dia yang berusaha pertahankan aku masa di maki hamun dengan lelaki cina tu tapi lepas tahu aku isteri pada Iskandar terus air mukanya berubah.
Kedua Jaslina. Walaupun kami tak baik tapi aku sedih bila tengok kekecewaan dia.
''Is sampai hati you kan? You dah janji dengan I yang tak ada siapa pun akan tahu dia isteri you, you janji akan perkenalkan I sorang je as you wife. Sampai hati you,'' Amuk Jaslina selepas kami tiba di lapangan terbang kuala lumpur. Dia menangis teresak di dada Iskandar.
Dan sekarang hubungan mereka renggan disebabkan aku. Apa lah malang yang kau bawa ni minn.
''Haih jauh termenung, teringat kan cik abang ke?''
Aku menoleh lalu tersenyum. ''Eh, mama. Tak lah, Minn cuma ambil angin je. Tenang duduk dekat sini,''
Mama Is mengambil tempat di sebelah aku di atas gazebo di halaman rumah Is. ''Mama nak tanya ni?'' Mama Is ambil tangan di ribaku lalu diusapnya lembut. Sangat mendamaikan sentuhan seorang ibu.
Aku angkat kening mengantikan soalan. ''Macam mana hubungan Is dengan Minn? Is dah boleh terima Minn belum?''
Badanku menegang automatik mendengar soalan mama. Aku gigit bibir bawah. ''Macam biasa lah mama, kami masih mencuba''Ujarku perlahan.
Mama Is menepuk perlahan tanganku. ''Takpa mama faham. Mama doakan yang terbaik untuk Minn dan Is,''
Aku pandang mama Is sayu. ''Terima kasih mama,'' Pernah ke mak doakan aku?
Mama Is menarik aku dalam pelukkan hangatnya. Aku membalas pelukkan mama Is. Erat. Kalau boleh aku taknak lepaskan pelukkan yang ini.
''Minn kena jadi seorang wanita yang kuat, Minn seorang yang bertuah. Sebab Minn bertuah Allah datangkan ujian pada Minn, Minn kena ingat tu ye.'' Nasihat mama Is seolah-olah tahu akan penderitaanku. Aku kemaskan lagi pelukkan di pinggang mama.
''Jasminn kuat mama, Jasminn kuat'' Ucapku sayu. Aku tahan diriku supaya tak menangis.
AKU keluar dari bilik air dengan hanya berkembang dengan tuala di paras dada ke lutut. Tadi mama cakap Iskandar terpaksa balik tengah malam ada meeting katanya. Meeting dengan hantu ke apa sampai tengah malam.
Dalam asyik aku mengeringkan rambut menggunakan tuala kecil tak semena rasa bulu romaku berdiri. Terasa seolah ada yang memerhatikan aku pantas aku pusingkan badan.
Iskandar elok terbaring di atas katil dengan matanya tepat menikam kearah aku. Aku jatuh pandangan kearah tubuhku sendiri. Dari atas hingga ke bawah, aku angkat kepala menoleh Iskandar semula dan..
''Arrghh!!'' Pekikku kuat. Pantas aku berlari semula kearah bilik air.
Belum sempat aku menolak pintu bilik air tangan Iskandar menahannya dulu. Bila masa dia kejar aku pun tak tahu.
Dengan muka pucat aku memandangnya. Tuala kecil yang aku gunakan untuk mengeringkan rambut, aku guna untuk menutup dadaku yang terdedah.
Iskandar merenung aku tajam. Dua belah tangannya diletakkan di bingkai pintu bilik air, mengunci pergerakkanku.
YOU ARE READING
J A S M I N N
RomanceRE-EDIT SOON! Highest rank #8 in romance (26 june 2017) Start : 3 march 2017, end : 16 april 2017 ( combo book ) ⚫BOOK ONE > JASMINN : bahagia dan derita ⚫BOOK TWO > JASMINN : the last fate She broken but she let go.... Jasminn seorang gadis malang...