DUA bulan kemudian. Sepeti dalam perbincangan mak aku dan mak Is, malam ni mereka akan disatukan. Jelas wajah bahagia di muka Jaslina. Walaupun kami tak baik, aku terut merasa bahagia melihat kakak aku bahagia.
Sepanjang dua bulan ni tak ada dah mak mencari salahku dalam apa-apa. Masanya banyak dihabiskan kepada Jaslina. Aman hidupku sepanjang dua bulan ni, cuma kadang-kadang je mak membebel.
Di rumahku kini penuh dengan orang kampung yang bergotong-royong. Makcik-makcik sibuk di dapur memasak itu ini. Aku? Aku macam biasa lah, tak ambil perduli dengan semua. Aku lebih selesa di depan TV dan menonton rancangan kegemaranku. Nak melengkapkan pakej anak tak guna katakan.
Aku kerap mendapat jelingan maut mak dan Jaslina, dan gelengan kepala dari ayah dan beberapa orang makcik yang lalu nak ke dapur. Aku buat tak endah saja. Malam ni abang sulungku akan balik dari pulau pinang. Dia menyambung master di sana. Ahh dia pun tak pernah perduli tentang aku. Dia dan Jaslina sama je suka menyakitkan hati aku.
Dalam seronok menonton televisyen aku terpandangkan kelibat Edry di luar rumah. Dia terut membantu orang bergotong-royong.
Aik, tak sedih ke tengok kekasih hati bakal di ijab kabul malam ni. Kental betul hati kau ye Edry. Aku gelak dalam hati.
''Jasminn!!'' Laung mak dari dapur. Aduh adalah tu nak suruh aku buat kerja kat dapur tu. Perlahan-lahan aku berjalan keluar dari rumah. Basikal di tepi tangga aku ambil. Baik aku blah dulu sebelum mak menyuruh aku buat kerja. Tak kuasa aku bukan aku yang nak kahwin.
Aku kayuh basikal ke sawah padi. Tempat biasa menjadi tempat aku melepaskan segala perasaan yang terbuku pada alam.
DALAM seronok melayan perasaan aku mengerling jam di tangan. Bapak ah lama gak aku bertapa. Dari tegahari sampai ke petang.
Aku buat keputusan balik ke rumah. Mintak-mintak lah semua kerja rumah dah selesai tak ada lah mak nak suruh aku buat itu ini. Aku melangkah ke arah basikal.
Ting!
Bunyi telefon nokia menghentikan langkahku. Telefon ni ayah yang bagi lepas ayah dapat telefon baru dari Syakir. Ayah dapat telefon touch skrin jenama samsung terus telefon buruk dengan keypad ni dia bagi kat aku. Aku tak kisah pun telefon tak penting untuk aku.
Aku menggagal telefon dalam poket seluar trek yang aku pakai. Ruang mesej aku buka.
Jaslina? Apa terbiat minah ni nak mesej aku? Aku buka mesejnya.
From : Jaslina
'Minn tolong kakak minn'Aku tercenggang sendiri. Kakak? Sejak bila pula minah ni pandai berbaik dengan aku ni. Namun aku balas juga mesejnya.
To : Jaslina
'Tolong apa?'Tak sampai seminit Jaslina membalas mesejku.
From : Jaslina
'Tolong datang dekat
hotel tune pekan.
Akak di perangkap minn.'Mulutku ternganga. Cuba menangkap maksudnya. Diperangkap?
To : Jaslina
'Apa maksud kau nie.
Kau buat apa disana?
Jangan main-main
boleh tak?'Serius aku risau. Walaupun kitaorang tak rapat tapi dia tetap kakak aku. Sambil menunggu mesej di balas aku berlari laju ke arah basikal dalam hati aku berdoa. Janganlah jadi apa-apa dekat Jaslina.
From : Jaslina
'Akak tak main-main minn.
Akak baru tahu siapa Is
yang sebenar. Dia cuba
nak rogol akak minn akak
takut please datang cepat.'Aku baca mesej Jaslina dengan tangan menggigil. Is? Rogol? Kurang ajar kau Iskandar, jantan tak guna. Aku kayuh basikal laju ke pekan. Mintak-mintak aku sempat selamatkan Jaslina.
Tak guna punya jantan. Berapa jam je lagi kau nak disatukan dengan Jaslina. Tapi baru sekarang kau nak tunjuk rupa kau yang sebenar. Kayuhan aku laju kan.
Sampai je di depan hotel tune. Aku ambil telefon dalam poket seluar no Jaslina aku dail. Eh enggage. Macam mana aku nak selamatkan kau ni aku tak tahu bilik yang mana satu.
Aku masuk dalam hotel. Penyambut tetamu pandang aku dengan senyuman. ''Hai selamat datang ke hotel Tune,''
Aku tunduk lalu senyum. Macam mana nak cakap ni. ''Erk..sebenarnya saya nak cari orang,'' penyambut tetamu itu memandang aku pelik. ''Ada tak orang yang nama Iskandar menginap di sini.''
Dari muka manis tersenyum berubah menjadi muka serius. Penyambut tetamu itu memandang aku dengan
Curiga. ''Maaf cik, kami tak boleh dedahkan maklumat peribadi pelanggan kami. Cik ni siapa?''Dah agak dah. Aku garu kepala. ''Sa..saya ni bakal adik ipar dia. Malam ni bakal abang ipar saya akan disatukan dengan kakak saya. So saya diarahkan untuk bawa abang ipar saya ke rumah,'' Aku tersengih memandangnya. Mudahan alasanku menjadi.
Penyambut tetamu tu senyum kembali. ''Ouh..cakap lah awal-awal. Sekejap ye cik saya cek. Emm.. bilik dia no 204 tingkat dua.''
Aku angguk dan senyum. ''Terima kasih ye cik.'' Aku berjalan laju ke arah lif.
Sampai di tingkat dua aku mencari no bilik 204. ''Hah jumpa pun.'' Tanganku tiba-tiba menggigil, dadaku berdebar.
Aku lekapkan telinga ke pintu. Senyap. Jangan cakap dia dah apa-apa kan kakak aku. Celaka kau Is. Aku tarik nafas. Apa-apa kemungkinan pun aku kena hadapi dengan tenang. Tanganku melekap di pemengan pintu. Picu aku tekan perlahan.
Klik! Tak kunci. Nasib baik. Perlahan-lahan aku melangkah masuk ke dalam. Sunyi je. Mana Jaslina.
''Jas...'' Aku panggil perlahan seakan berbisik.
''Jaslina...'' Tiada sahutan dari Jaslina. Aku masuk lagi lebih dalam.
Kosong?
Mana Jaslina. Jangan-jangan Iskandar dah bawa lari Jaslina. Aku dah terlambat. Aku berlari ke beranda. Langsir aku selak perlahan. Jaslina mana kau?
''Jaslina!!!'' Aku menjerit kuat. Aku jatuh terduduk di beranda.
''Woi!!!!''
Jerkahan itu membuat aku tersentap dan terus tubuhku berpusing menghadap orang yang menjerkahku. Mataku membuntang begitu juga dengan Iskandar.
''Kau!!''
Aku bangun menghampiri Iskandar yang hanya bertuala di pinggang. Aku memandang tepat ke mukanya.
''Kau buat apa kat sini? Macam mana kau boleh masuk kesini?'' Serbunya dulu sebelum sempat aku bersuara. Mukanya tajam memandangku.
''Mana Jaslina?! Apa yang kau dah buat dekat dia?! Tak guna!!'' Pekikku tepat kemukanya. Tangan aku tumbuk-tumbuk dada Iskandar.
Iskandar merampas tanganku. Menahan tangan aku dari menumbuk dadanya. Tangannya kuat mengengam tangan aku.
''Apa benda kau mengarut ni hah? Kau keluar dari bilik aku.'' Hambunya sambil menarik kasar aku ke pintu.
Pintu dibuka kasar. Namun aku dan Iskandar tergamam melihat apa yang terpapar di hadapan kami. Iskandar serta merta melepaskan pengangan tangannya dari lenganku.
Mukanya pucat begitu juga dengan aku. Nafasku tiba-tiba menjadi sempit. Apa lagi dugaan ni?
YOU ARE READING
J A S M I N N
RomanceRE-EDIT SOON! Highest rank #8 in romance (26 june 2017) Start : 3 march 2017, end : 16 april 2017 ( combo book ) ⚫BOOK ONE > JASMINN : bahagia dan derita ⚫BOOK TWO > JASMINN : the last fate She broken but she let go.... Jasminn seorang gadis malang...