J A S M I N N 7

48.1K 1.6K 39
                                    

🌸Sometimes, we just have to let go,🌸

◾◾◾

KAMI naik ke rumah perlahan. Selepas selesai upacara akad nikah aku ajak keluarga Is singgah ke rumah seperti yang ayah pinta. Aku mengekori di belakang.

Mata aku mencari kelibat mak. Aku nampak mak duduk di kerusi dalam keadaan monyok. Aku menyorot pula pandangan ke pintu bilik Jaslina, aku pasti Jaslina masih beradu air mata. Aku nak minta maaf tapi tak tahu macam mana aku sendiri pun keliru dengan apa yang berlaku.

''Mari masuk, kita jamu selera kat dapur ye. Yah besan datang ni awak boleh buat dek pula.'' Ayah mempelawa keluarga Is makan, mak seperti tak mahu bercampur dengan keluarga Is padahal sebelum ni mak yang paling teruja.

Aku tarik nafas perlahan. ''Mama, papa dan yang lain jom lah ke dapur.'' Walaupun kekok aku cuba untuk bersikap natural sebagai perempuan. Iaitu lemah lembut dan sopan.

Seusai makan mereka berehat dulu di ruang tamu sebelum berangkat balik ke Kuala Lumpur. Aku pula terus masuk ke bilikku. Melepaskan lelah di katil.

''Kenapa semua ni jadi dekat aku, aku tak perangkap sesiapa pun malah aku yang di perangkap tapi....'' Aku senyum sendiri. ''Siapa lah nak percaya dekat kau Minn..'' Aku senyum sinis pada diri sendiri.

Kreek! Aku tersentap bila pintu dibuka dari luar terjenggul muka Iskandar. Terus tubuhku bangun berdiri.

''Pack barang kau, aku nak balik KL malam ni.'' Ujarnya tanpa memandang aku.

''Nak balik, balik lah suruh aku pack barang aku buat apa.'' Aku duduk kembali di sisi katil.

Iskandar memandang aku tajam. Dia masuk ke dalam dan mengunci pintu bilik. Gurlp aku telan air liur namun riak wajah aku biasakan.

''Betul lah apa yang Jaslina selalu cakap kau ni jenis yang tak tahu bersyukur. Dah jangan nak melawan cepat kemas barang kau.'' Arahnya.

''Aku taknak ikut kau balik sana, aku nak tinggal kat sini.'' Noktah aku. Aku tak nak jadi isteri dia.

Iskandar melangkah menghampiri aku. Dia berdiri betul-betul depan aku. Badannya ditundukkan sehingga mukanya berada betul-betul depan muka aku. ''Kalau boleh aku pun tak nak bawa balik kau ke sana. Tak hingin aku nak duduk sekali dengan kau. Tapi sebab mama aku yang paksa so aku terpaksa bawa kau balik, jadi untuk tak membuang masa aku CEPAT KEMAS BARANG KAU IKUT AKU BALIK!'' walaupun suaranya perlahan namun intonasinya tegas ditelinga aku. Dia memandang aku tajam.

Aku angkat kening. ''AKU TAK NAK.'' Kataku mencabar dirinya.

Dia mengetap gigi geram. Tangan diletakkan dibahu aku dan dicengkam kuat. ''Kau nak atau tak nak, kau tetap kena ikut sebab mak kau dah halau kau dari rumah ni. Faham!''

Mak halau aku? ''Kau tipu. Aku tak akan ikut kau balik.'' Aku cuba menidakkan rasa hati. Sampai hati mak.

Is lepaskan tangannya pada bahu aku. Dia angkat bahu. ''Suka hati kau nak percaya atau tak. Baik kau kemas barang kau sebelum mak kau ambil semua dan baling keluar rumah. Which one you prefer? Lima minit aku bagi masa dekat kau.'' Dia terus keluar dari bilik aku. Aku tunduk memandang lantai. Setitik air mata menitis aku seka kasar.

''Baiklah kalau ini kemahuan mak Minn akan pergi, dan Minn tak pasti Minn akan balik ke sini ataupun tak, ini yang mak nak kan.'' Aku bangun melangkah kearah almari. Semua pakaian aku keluarkan. Beg besar ditepi aku capai kasar dan aku sumbat semua bajuku kasar.

Setelah aku zip begku aku keluar dari bilik yang mungkin akan menjadi tempat tidurku yang terakhir kali dalam rumah ni. Di luar aku tengok semua keluarga Is sudah melangkah ke kereta dan ada ayah disitu.. tapi mak tak ada.

Aku turun menghampiri ayah. Untuk terakhir kali aku mencapai tangan tua ayah lalu aku kucup penuh kasih. ''Yah halalkan segala makan minum Minn sepanjang Minn ada dekat sini. Ampunkan segala salah silap Minn.''

Dan seperti tadi ayah menarik aku kedalam dakapannya. Dakapan yang kedua daripada ayah. Aku membalas pelukkan ayah namun tak seperti tadi tiada lagi air mata yang keluar mangalir di pipi aku.

Ayah menarik aku supaya memandangnya. ''Jadi isteri yang solehah, dengar cakap suami, jangan melawan cakap suami. Jaga rumahtangga Minn baik-baik,'' Aku hanya mendengar nasihat ayah tanpa ada rasa nak membalas. Hatiku sudah mati.

''Ayah akan sentiasa doakan kebahagian anak ayah...''

Kenapa sekarang baru ayah nak doakan kenapa ayah tak bagi je kebahagian pada Minn dulu lagi.

''Teruskan menjadi Jasminn yang kuat....''

Dari dulu lagi Minn kuat melalui hari-hari yang duka dalam hidup Minn ayah.

''Ayah tak selalu ada dengan Jasminn dah nanti, jadi Jasminn kena kuat harungi hidup Jasminn...''

Ayah memang tak pernah ada pun dengan Jasminn.

''Maafkan ayah nak..'' Ayah terus menarik aku dalam dakapannya. Dakapan yang sangat erat. Lebih erat daripada tadi. Seakan-akan tak mahu melepaskan aku.

Serta merta aku jadi tak sedap hati. Jantungku berdegup laju. ''Ayah...'' Aku seru nama ayah perlahan.

Ayah melepaskan pelukkannya. ''Dah, pergi lah suami kamu dah tunggu tu.'' Ayah pusingkan badannya membelakangi aku.

''Ayah...'' Aku panggil lagi nama ayah.

Aku tersentap bila Iskandar mengambil beg baju di tanganku. Tangannya menarik tanganku. ''Minn jom dah lewat ni, Ayah kami balik dulu ye.'' Pamit Iskandar pada ayah. Ayah pusingkan badan menghadap kami. Mata ayah merah. Ayah menangis?

''Yelah hati-hati bawa kereta,'' Pesan ayah. Matanya langsung tak memandang aku.

''Ayah... Jasminn sayang ayah,'' Ucapku perlahan sebelum Iskandar menolak tubuhku masuk ke dalam kereta.

Dari dalam kereta aku pusing ke belakang melihat ayah melalui cermin kereta belakang. Ayah membelakangi kami. Aku dapat rasa yang ini mungkin kali terakhir aku dapat melihat muka ayah.

Bila kereta semakin jauh dari halaman rumahku. Aku pusing semula badanku kedepan. Aku lekapkan tangan di dada. Ayah... Jasminn teringin sangat nak dengar ayah cakap dekat Minn yang ayah sayangkan Minn. Ya Allah kau lindungilah ayah aku, kau perliharalah dia Ya Allah.

Aku mengiring badan ke kiri menghadap tingkap kereta. Aku pejamkan mata rapat. Biar tangisan aku hanya didalam hati.

J A S M I N NTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang